Oleh : AdukaTaruna
"kenapa tak buat dlm buku betul. kenapa mesti buat dlm BI? kau nak eksport buku kau ke. tak perlu ah buat dlm BI. biar org tak pandai BM ketinggalan. padan muka mereka."
Pertamanya, wa bukan pejuang bangsa dan bukan pejuang bahasa. Wa adalah universal mengikut falsafah wa yang cuba disandarkan setepat mungkin kepada falsafah Islam.
Bahasa adalah milik Allah. Bahasa burung, bahasa jin, bahasa malaikat, bahasa arnab, bahasa Inggeris, Bahasa Melayu adalah sama di sisi Allah. Mana yang paling baik pada satu-satu zaman, maka, perlulah diamalkan dan kembangkan. Kaizen.
Katakan Jin Afrit mengajar manusia satu bahasa yang sangat praktikal untuk subjem Matematik. Sangat pantas dan sesuai bagi manusia. Sehingga boleh menghafal 20 digit sekali baca, sehingga boleh mendarap tanpa kalkulator dan sebagainya.
Maka, atas falsafah Allah yang univelsal, wajib muslim berhijrah kepada yang lebih baik. Itu adalah falsafah wa.
Novel wa.
Novel wa adalah falsafah berat bagi majoriti kelompok pengguna bukan bahasa Melayu. Ianya adalah dakwah yang tersembunyi dalam satu percaturan dan cubaan mempermainkan daya imaginasi pembaca. Adalah rugi seandainya anda mengharamkan terjemahan Al-Quran.
“Biarkan orang tak pandai Bahasa Arab ketinggalan.”
Bagi wa, ini adalah salah satu elemen assobiyyah. Wa bukan pejuang bahasa dan bukan pejuang bahasa. Anda boleh memahami falsafah wa dalam novel wa nanti (insyaallah) sebaik sahaja menghabiskan ayat terakhir dalam novel itu (kerana plotnya disusun secara ‘catur’.)
Itu adalah jawapan falsafah. Jawapan pasaran (duit) pula ialah, pembaca Bahasa Inggeris lebih ramai dari pembaca Bahasa Melayu. Katakan 1000 : 10. Dan lebih malangnya, 10 pembaca Bahasa Melayu itu, 7 darinya pembaca ‘Harian Metro / URTV’ dari pembaca bahan-bahan berat.
Wallahualam.
wah!!! pasni kaya la lu bro..... wa pun tak terrer sangat ngan bahasa mat saleh ni.... setakat nak book hotel boley la wa skeping.... kalau baca novel yang berat² ni wa suka bahasa melayu la.... bukan apa malas nak belek kamus n baca berulang²......
ReplyDeleteHahaha. Lu bukan tak tahu bro. Wa kan bangang BI. Member wa yang terjemahkan.
ReplyDeleteKaya tak kaya wallahualam la bro. Ikut mata duitan wa ni, memang nak kaya pon. huahuahua.
Tapi kalau hanya dapat martabatkan, berkongsi, karya milik sendiri, pun jadilah.
Heeee...
Amin.
kalau kau selalu tengok tv dan baca akhbar, selalu akan keluar ayat begini. "siapa yang tak pandai bi, akan ketinggalan". ia terlalu selalu, hingga aku merasakan ia suatu propaganda. jadi, aku cuma nak balas balik saja kenyataan tersebut. aku bukan pejuang bangsa atau bahasa. kalau kau cuma nak pasarkan buku kau di malaysia, aku rasa edisi bm akan lebih laris. aku rasa kau ketinggalan sikit tentang pasaran buku berbahasa melayu di negara kita. kau mesti husnus zan dengan pembaca bahan bacaan berbahasa melayu. kau tengoklah nanti. wasalam.
ReplyDeleteMemula memang wa nak pasarkan kat Malaysia jer bro. Khusus pembaca Melayu lah.
ReplyDeleteTapi setelah diberi penerangan oleh syarikat2 yg berasakan keuntungan, buku wa ni susah nak jual.
Then, member wa nak terjemah dalam BI. Alang2 dah terjemah dalam BI, nak test pasaran luar.
Cuma, masih kaji, selidik, kat mana nak iklan untuk pasaran BI Global.
Kalau ikut tempurung IT wa ni, ebay tahu la wa. Hahahaha.