Skip to main content

Benggali pakai serban takper plak?

Oleh : AdukaTaruna

Islam menghormati anutan lain. Itu antara dia dengan Allah. Yang Allah suruh, dakwah dia, tunjukkan keindahan Islam, berkerjasama, belajar selagi mana dia tidak mengkhianati kita.

Masalahnya Benggali ni wajib pakai serban. Yang muslim pulak tak wajib. Malah boleh jatuh wajib tanggal serban, guna helmet kalau kita ambil ayat Allah jangan campakkan diri dalam kebinasaan.

Babi pun jatuh hukum halal kalau situasi tu bertukar ma. Inikan pulak serban yang ntah apa statusnya itu.

Kalau lu pakai serban kerana kasihkan Nabi, sudah tentu lu boleh patuh pada ketetapan yang Allah buat. Yakni, apabila situasi memerlukan serban ditanggalkan, maka tanggalkan ia. Kerana kita memakai serban kerana kasihkan Nabi. Bukan kerana kasihkan serban.

Ada ustaz mengatakan kereta Mercedes seumpama unta merah. Eh, pandai pula meletakkan unta sebagai pembolehubah atau alat. Apsal tak naik unta dan rela dipenjarakan kerana mempertahan sunnah?

Sebab apa tidak berusaha mendapatkan unta dan menunggangnya di highway atas nama sunnah? Sebab naik unta lebih susah dan kurang bergaya alim berbanding serban kah?

Dey…. Kamon man. Sampai bila kita asyik silap dalam menetapkan falsafah?

Comments

  1. wa nak komen pasai serban...

    semasa arab zaman tok naduk dulu... serban bukan satu2nya tutup kepala... ada jugak tutup kepala ala yang lu boleh nampak orang2 arab saudi pakai la ni.. ala2 ulama' Najd.(tutup kain dan pakai lilit tali kat kepala)...

    Soklan wa kat lu, kenapa pemakaian sebegitu nabi tak pakai dan tak disunnahkan?

    Lu pikir la beb.
    ~zaminc~

    ReplyDelete
  2. dah nabi suka / selesa pakai tu. Pakaian budaya dia. Nabi tak sabda pun suh ikut pakai serban.

    soalan wa plak.

    Kenapa azan tak ikut sunnah. Naik tempat tinggi, tak guna pembesar suara?

    Kenapa tak ikut sunnah nabi naik unta?

    Kenapa tak ikut sunnah nabi berperang guna pelepah tamar, tombak, pedang?

    ReplyDelete
  3. Series wa kata lu tak pikir akan persoalan yang wa ajukan.

    soalan2 lu tu, panjang perbahasannya... tak sesuai kalau letak kat ruangan komen sebegini.

    Point penting yang wa nak bgtau ialah kekangan terhadap orang Islam yang ingin mengamalkan agamanya. Walaupun berserban itu sunat, namun tetap anjuran agama.

    Satu lagi, kalau betul sikh wajib berserban kenapa ada yang tak pakai, dan sejak bila pulak dalam agama lain selain Islam ada hukum2 sunat, wajib, harus?

    BTW, memang ada hadis anjuran berserban...
    ~zaminc~

    ReplyDelete
  4. Antara sunnah yang sunat dengan keselamatan diri yang wajib, apabila bertembung, kena pilih yang mana?

    Bab Sigh tu bab lain. Itu hak dia. Islam takleh sekat. Kita bincang bab muslim, bro.

    Jubah sunnah yang sunat (kita ikut fahaman lu), tapi kenapa Nabi tak larang tentera Islam tukar jubah kepada baju besi apabila situasi perang?

    Kenapa tak bantah uniform askar, kasut but kerana mengharamkan sunnah?

    Tak payah pandang yang Sigh tu, bro. Ikut tajuk.

    ReplyDelete
  5. oklah ikut tajuk.
    Sori la sebab wa rimas dengan tekanan2 di dalam meninggikan syiar agama ni.

    Skrang ni isunya adakah keselamatan diri atau double standard dalam undang2?

    Yang wa baca ialah double standard dalam melaksanakan undang2.
    ~zaminc~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...