Oleh : AdukaTaruna
Islam menghormati anutan lain. Itu antara dia dengan Allah. Yang Allah suruh, dakwah dia, tunjukkan keindahan Islam, berkerjasama, belajar selagi mana dia tidak mengkhianati kita.
Masalahnya Benggali ni wajib pakai serban. Yang muslim pulak tak wajib. Malah boleh jatuh wajib tanggal serban, guna helmet kalau kita ambil ayat Allah jangan campakkan diri dalam kebinasaan.
Babi pun jatuh hukum halal kalau situasi tu bertukar ma. Inikan pulak serban yang ntah apa statusnya itu.
Kalau lu pakai serban kerana kasihkan Nabi, sudah tentu lu boleh patuh pada ketetapan yang Allah buat. Yakni, apabila situasi memerlukan serban ditanggalkan, maka tanggalkan ia. Kerana kita memakai serban kerana kasihkan Nabi. Bukan kerana kasihkan serban.
Ada ustaz mengatakan kereta Mercedes seumpama unta merah. Eh, pandai pula meletakkan unta sebagai pembolehubah atau alat. Apsal tak naik unta dan rela dipenjarakan kerana mempertahan sunnah?
Sebab apa tidak berusaha mendapatkan unta dan menunggangnya di highway atas nama sunnah? Sebab naik unta lebih susah dan kurang bergaya alim berbanding serban kah?
Dey…. Kamon man. Sampai bila kita asyik silap dalam menetapkan falsafah?
wa nak komen pasai serban...
ReplyDeletesemasa arab zaman tok naduk dulu... serban bukan satu2nya tutup kepala... ada jugak tutup kepala ala yang lu boleh nampak orang2 arab saudi pakai la ni.. ala2 ulama' Najd.(tutup kain dan pakai lilit tali kat kepala)...
Soklan wa kat lu, kenapa pemakaian sebegitu nabi tak pakai dan tak disunnahkan?
Lu pikir la beb.
~zaminc~
dah nabi suka / selesa pakai tu. Pakaian budaya dia. Nabi tak sabda pun suh ikut pakai serban.
ReplyDeletesoalan wa plak.
Kenapa azan tak ikut sunnah. Naik tempat tinggi, tak guna pembesar suara?
Kenapa tak ikut sunnah nabi naik unta?
Kenapa tak ikut sunnah nabi berperang guna pelepah tamar, tombak, pedang?
Series wa kata lu tak pikir akan persoalan yang wa ajukan.
ReplyDeletesoalan2 lu tu, panjang perbahasannya... tak sesuai kalau letak kat ruangan komen sebegini.
Point penting yang wa nak bgtau ialah kekangan terhadap orang Islam yang ingin mengamalkan agamanya. Walaupun berserban itu sunat, namun tetap anjuran agama.
Satu lagi, kalau betul sikh wajib berserban kenapa ada yang tak pakai, dan sejak bila pulak dalam agama lain selain Islam ada hukum2 sunat, wajib, harus?
BTW, memang ada hadis anjuran berserban...
~zaminc~
Antara sunnah yang sunat dengan keselamatan diri yang wajib, apabila bertembung, kena pilih yang mana?
ReplyDeleteBab Sigh tu bab lain. Itu hak dia. Islam takleh sekat. Kita bincang bab muslim, bro.
Jubah sunnah yang sunat (kita ikut fahaman lu), tapi kenapa Nabi tak larang tentera Islam tukar jubah kepada baju besi apabila situasi perang?
Kenapa tak bantah uniform askar, kasut but kerana mengharamkan sunnah?
Tak payah pandang yang Sigh tu, bro. Ikut tajuk.
oklah ikut tajuk.
ReplyDeleteSori la sebab wa rimas dengan tekanan2 di dalam meninggikan syiar agama ni.
Skrang ni isunya adakah keselamatan diri atau double standard dalam undang2?
Yang wa baca ialah double standard dalam melaksanakan undang2.
~zaminc~