Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Pencemaran bunyi dari surau ajaran siapa?

Dalam isu pencemaran bunyi oleh speaker surau / masjid; Aktivis Kelantan (AK03) akan membantu penghulu dan masyarakat bukan muslim dalam mendapatkan hak mereka tanpa dimanipulasi sebagai anti Islam atau perkauman. Isu pencemaran bunyi ini dipecahkan kepada 2 perkara. 1. Tafsiran agama. i. Hanya azan yang termasuk dalam definisi seruan / panggilan. Yang lain tidak. ii. Jemaah yang malas mengaji, menyampaikan tazkirah bagi mengimarahkan masjid tidak boleh melepaskan kemalasan itu kepada kaset yang dimainkan. iii. Muhammad saw mengharamkan sesuatu penambahan dalam perkara ibadah. iv. Muhammad saw mengharamkan sesuatu yang baginda tidak buat, tetapi menggunakan nama baginda bagi menghalalkannya. v. Muhammad saw melarang membaca Al Quran dengan kuat berdekatan dengan orang yang sedang tidur (berehat). vi. Allah mengharamkan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. 2. Garis panduan PBT / Majlis Agama. i. Takrifkan definisi speaker dalam undang2 kecil. Speaker jenis dalam