Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Sempadan laut Kelantan hanya 5 km?

Calon Komunis dan Pil Kuda

Gantung gambar Rusia dosa. Gambar gambar sultan? Memang cerdik sungguh Presiden penghafal ni. Kita tak pernah penat lawan orang jahat. Tapi penat lawan orang bodoh. PAS perlu wajibkan calon Presiden ambil ujian IQ la gua ingat. Hafal semua boleh hafal. Burung tiong pun boleh hafal.

Hati Kering Pun Basah...

Gua ambil keputusan untuk kempen jenis tak membebel. Sebab pada gua, pengundi Putrajaya jenis sibuk dan sangat pentingkan privacy. Jenis benci orang membebel. Antara kempen bisu yang gua setup ialah tayang slogan kertas di traffic light. Masa nak gerak ke lokasi, gua dimaklumkan 2 aktivis (adik studen) tak nak hadir. Takpa. Gua faham. Ni kerja muka tebal hati kering. Lepas ni gua akan doktrin. Bila balik, rupa2nya mereka masak untuk kami. Kongsi duit sorang sikit. Beli beras, sardin dan telur. Hati kering pun basah...

Semangat yang membazir.

Semangat ada. Tapi disalurkan dengan cara yang membazir. Itu pendapat gua. Di Kelantan malah mungkin di mana2 (kecuali tempat gua kawasan bandar); ramai sungguh orang buka pos. Pos ni macam khemah atau port la. Dihiasi dengan bendera2. 1. Apa fungsi post ni selain tempat lepak? Nak kata tempat mesyuarat bukan. Nak kata keselamatan, tak logik. Nak kata pos cantik mampu menambah undi, lagi la tak munasabah. Untuk buat dan hias pos ni, perlukan 5 pekerja. 3 hari. Siap. Ada beribu pos di Kelantan. 5 pekerja darap 3 hari darap 5000, kalau disalurkan tenaga dan semangat ini kepada benda yang sepatutnya, seawal tahun 1990 an lagi, Selatan Thai akan menjadi milik Kelantan. Haha. 2. Replika. Ini lagi gile. Kapal selam ada. Beg tangan Rosmah pun ada. Cantik2 plak tu. Ni kerja 7 orang. 7 hari siap. Malah ada yang sampai bermasam muka pasal nak siapkan benda ni. Cuba tanya berapa orang yang dah lari undi dari BN dengan berhala2 tak berguna tu. Ngaaaa... Tapi sebenarnya seronok gak teng

Aktivis lagi mulia dari ostad.

Baik punya claim. Aktivis lagi mulia dari ostad. Lama dah gua dah menulis. Banyak kat FB jer. Tapi kali ni gua nak tulis lah. Luahan perasaan. Haha. [1] Kelantan ni boleh dikatakan kerusi selamat untuk PAS. So, berebut2 gua cakap lu. Ada pemuda yang dikatakan takut nak bertanding di kerusi Pasir Mas sebab Ibrahim Ali. Nak letak parlimen lain, calon yang lepas adalah lelaki. Bila lelaki, mereka jenis melawan. Last2, letak kat Rantau Panjang. Sebab calon lepas pompan. Ada harapan tak melawan. Penyokong pompan bangkit menentang plak. Last sekali bila Ibrahim Ali tak dapat jadi calon, kembali semula ke Pasir Mas. Kalau betul, maklumat ni, pening. Kerat kote lah. Penakut. Tahu nak play safe jer. Kalau betul la maklumat tu. [2] Ni ada satu kes kat Bachok plak. Sekor orang tua ni dah lama dah jadi calon PAS. Bila turn nama dia tak dicalonkan, dia bleh plak bertanding bebas. Ak a laaa... Gua ingat dia bertanding bebas sebab tak setuju kerusi bagi kat PKR atau apa. Tapi sebab PAS tuka

Kelantan : DUN cuci kaki

Pada pandangan gua, ini adalah senarai DUN yang tahap cuci kaki punya. Maksudnya, dikatakan ADUN asal yang bekerja di situ naik taraf ke parlimen atau tidak bertanding di DUN itu lagi. So, penggantinya memang cuci kaki jer. Terus baring. Kubu dah kuat. Sistem dah kukuh. Hasil team terdahulu. 1. Chempaka 2. Panchor 3. Salor 4. Melor