Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Video : Istilah Ku Li kepada Stopa

Katanya Azmin cari TGNA di Mekah

Disampaikan kepada gua, si J berkata, Azmin Ali ke Mekah untuk berjumpa TGNA. Isinya ialah mengenai kerusi Bachok. PKR mahu Bachok melalui Dr Zaiyadi. Ada pertukaran yang tertentu. Pada gua, Bachok ni kerusi yang sensitif. Kerana gua tak sure rakyat PAS Bachok sanggup dilukakan 2 kali. Diperbodohkan berkali-kali. Pada 2008, rakyat PAS Bachok terpaksa memilih orang luar. Dan orang luar itu telah khianat terhadap mereka dengan menggunakan logo PAS. Tapi kini, ketika luka belum sembuh, tiba2 PAS bagi PKR, gua tak tahu apa yang terjadi. Gua takda masalah pun sesiapa. Dr Zaiyadi gua kenal. Dia layak jadi MP. Idea ada. Karisma ada. Ada orang perlekehkan keberanian dia untuk isytihar keluar UMNO dulu sebelum berniat nak bertanding di Bachok. Tapi melihatkan Dr Zaiyadi, gua tahu dia guna tektik Hasan Nash. Tunggu dipecat. UMNO juga tahu Zaiyadi tunggu peluang itu. Cumanya... gua juga tahu pengundi PAS Bachok ada masalah luka dihiris2. "Pakcik. PRU13 ni, gano kalu PAS beri PKR ta

Kisah hidup : Bank Islam yang tak Islam

[1] Pasal kulit gua Chinese look, setiap raya Cina, gua mesti makan besar dengan keluarga. Tahun ni raya Cina mesti balik punya. Tapi pasal gua punya baby belum habis pantang, dan mak gua tahu perangai gua, mak gua pulak nak datang Kelantan. Mujur tak jadi sebab nasihat adik-beradik lain. Nak naik kete ke Kelantan raya cina ni? Jem woi. Nak naik kete api? Kompom tahun lepas lagi tiket habes. Hari tu, gua pun dengan eksyen beli tiket keretapi. Ingatkan keluar dari Kelantan takda masalah berbanding masuk ke Kelantan. Rupa2nya habes gak. Ak alaa.. negeri miskin ni pulak.. nak naik bas, sebab 2 anak kecil, kena balik 3 dewasa. RM50x3 pergi balik dah RM300. Kete api RM30x3 pergi balik RM180. Naik Mazda Laimen pergi balik baru RM150. [2] Balik dengan Mazda kena buat persediaan. Sebab ada baby. Kos RM300 naik bas tu, baik tinted Mazda gua dan repair air-cond. Sebelum repair air-cond, gua g tinted. Kedai dekat dengan opis. Kesemua cermin, kecuali depan. RM120. Sekali rupa2nya duit tingga