Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jun 25, 2009

Kepimpinan Ulama bikin bangsat terbaru?


10 tahun kahwin isteri hanya diberi nafkah RM300



SITI ROSMALA menunjukkan laporan polis mendakwa didera suami di Mahkamah Syariah Kangar, semalam.

KANGAR: Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam.

Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.

Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

Abdul Rashid

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.

Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara.

Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.

Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan.

Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry.

Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun.

Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.

Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.

34 comments:

Anonymous said...

ini sesuai la lu nak kata bangsat.

ana 20 tahun belajar di mesir.kita kena rujuk dalil dan hadis.isteri sepatutnya kena jaga keaiban suami.

hahaha

cpj said...

nak tanya ustaz ya, bagaimana nak bercakap benar di mahkamah sekiranya kena jaga keaiban suami di situ?

M.H.A Hamzah said...

elok sgt cerita kt semua org perihal tilam dan bantal rumah tangga dia.wlupun suami dia slh,adakah itu memberi kebenaran kpd isteri utk canangkan pd semua org?klu si isteri x niat nak canangkan,sapa2 yg suka sgt canangkan perihal rumah tangga org tu kira bagus?tambahan pulak org2 yg anti ulamak.

Xenan said...

hahaha,
Baca la bebetul laporan ni.Takan isteri takleh canang kat mahkamah salah suami?

oi PAS,sbb PAS bawak islam, sila lucutkan jwtn mamat ni.Kalau PAS bwak sekular..boleh la asing2 kan tajuk kat rumah lain kat pejabat lain.

Takan pas nak berpemimpinkan pendera isteri?

Teringat wa dulu MP PAS kene lucut jawatan sbb pakai seluar pendek.Ni pendera isteri mcm mana pulak??

p/s: wa baca berita ni pagi2 td..dah agak sure AT jadik bahan.wakakak

denaihati said...

Ulama pun ada macam-macam jenis...ni bukan ulama pewaris Nabi...nabi sangat memulihara wanita...

http://1-malaysia.blogspot.com

Anonymous said...

smlm ade thread kat tko diskas isu ni.dah kene delete daa

Anonymous said...

ni Ulamak bangang...dan yang berkata jangan mengaibkan suami tu apekehal nye pulak..mcm mane nak adili kes kalu tak cerita..bodoh..yang salah bukan perempuan tu..sistem dan media yang salah..
sepatutnye apabila perbicaraaan yang menyentuh aib seseorng tu tak perlu di perbesarkan..tak perlu nak lapur setiap patah perkataan yang dilafaskan oleh isteri yang menjadi mangsa..
kalu nak jaga aib sangat takkan pesalah zina di rotan dan direjam di khalayak ramai..tolol..
kalu nak taat pun biale pada suami yang tau memuliakan isteri dan meletakkan si isteri itu sesuai ngan kedudukannya..
ni betul2 ulamak bodoh..yang belajar kat mesir tu pun takkan bodoh..kalu isteri salah kan ada panduan dari islam untuk menghukum..mane ada kene bantai..itupun kalu salah.

iLLidan said...

Dari sini kita dapat tahu mengapa isteri tak diberikan kuasa untuk menjatuhkan talak untuk cerai. Sebaliknya diberikan hak menunjukkan sebab untuk meminta cerai iaitu fasakh.

Tujuan talak adalah untuk menjatuhkan hubungan sah antara suami isteri dan kuasa diberi pada lelaki tidak pada perempuan. Kerana bertujuan untuk melindungi si isteri sekiranya isteri berkelakuan melampau dan tidak senonoh. Itu untuk menjaga aib si isteri supaya berubah dan boleh mendirikan rumah tangga yg lain bersama lelaki lain.

Sebaliknya sekiranya si isteri menerima lelaki yg berkelakuan tidak baik dan tak senonoh, si isteri berhak menuntut fasakh dgn tujuan menunjukkan sebab untuk bercerai. Bukan bertujuan mengaibkan si isteri tetapi melindungi kaum wanita yg lain dan juga si isteri tiada kuasa talak seperti suami. Dgn ini suami yg bermasalah td akan sukar untuk mencari isteri lain yg besar kemungkinan turut menjadi mangsa yg sama.



Sbg peringatan, Islam itu indah dan luas sesuai dgn fitrah manusia. Ia tidak membezakan samada seseorang itu dari golongan rakyat biasa, bangsawan mahupon ustaz sekiranya terlibat dala kesalahan jenayah.

Anonymous said...

adoila...
abis isu perpaduan isu dera bini plak...ni kang Nik Aziz lagi la yg kene tembak...pasal sekor dua yg buat bangsat...Dewan Ulamak pnyer kuase kot yg kene PECAT `ustaz` ni..
kalau betul dia salah..busuk tul name.. - ALBLOGGERY

Anonymous said...

tu lah kita ni jangan la wala' membabi buta.... Allah SWT bagi akal untuk kita PK..... ulama pun tak semua ikut seperti pewaris nabi..... yang menyamar ulama ni ramai.... ni tidak.... mentang² la kawan ni dipanggil ulama'.... semuanya nak panggil pewaris nabi.... elok siasat dulu latarbelakang.... wa teringat sorang ustat cakap ada gak ulama macam ular dalam semak..... ucapan ni dari pemimpin PAS gak.....
-abanghensem

Anonymous said...

bros,

Kes2 mahkamah camni mmg biasa berlaku. Tuduhan isteri, kita dah dengar. Kita dengar pulak apa pembelaan si suami.

Sepanjang pengalaman yg dijumpai, kes2 rumahtangga mmg penuh tuduhan2 beremosi. takde yg pelik dengan tuduhan begini.

Anonymous said...

Yg ni memang sesuai la kalau nak digelar bangsat. Mmg patut dilucutkan jwtn ADUN PAS. Memalukan!
-org kecil

Anonymous said...

ade org wat thread baru kt tko.tak serik ke smlm dah kene delete.hahaha.

http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=77771#77771

Lee Copper said...

Syekh ni kena letak jawatan. Bikin malu besaq. Jangan cari alasan yg umno upah bini dia pulak.

Ulamak pun makan nasik. Tengok pompuan pun meleleh ayaq lioq. Memuaskan nafsu tau tapi nak bagi nafkah lupa. Atau jenis jantan makan hasil bini.

zargus said...

geng2 dewan ulama pas nie mmg ade prangai pelik ar..

mayb sebab ketua die org tragnu kot,hahaha..

jgn ckp bkn2 psal ulama nie..kan pewaris nabi tue..ape yg diwarisnye aku rase nafkah batin je..

Hj.Mat said...

Ini bukan Ulama tetapi ular dalam semak kalau macam nie caranya,
Harap Pesuruhjaya Pas Perlis Ustaz Hashim Jasin lihat baleh ustas nie jangan malukan Pas, orang ramai akan lihat semua dari A to Z kedudokan dan akhlak dan sebagainya.
Tolong PJ Perlis

saf said...

AT...beri peluang pd tertuduh membela diri dulu....

SearchForHeaven said...

cakap siang pandang2, cakap malam dengar2..

Ulama tidak terlepas dari hukuman jika bersalah,

Usah kita menjatuhkan hukum sebelum perbicaraan tentukan siapa salah siapa yang betul..

Takut2, kita membawa khabar yang salah.

Kalau Ulama ini SALAH, HUKUM lah dia.

Tapi kita yang jauh ini, hendaklah berhati-hati menuduh supaya nanti amalan kita tidak sia-sia.

Hanz_Azdi said...

Wa bukan anti ulama atau ustaz & ustazah (wa mmg suka ustazah hehe)...AT pun wa rasa tak anti ulama scr total...cuma dia x tahan kalo ada ulama yg silap percaturan politik atau salah tingkahlaku cam citer entri terbaru di atas.. Tapi wa cukup umo dah nak backing AT to certain degree (tang bahasa AT yg kasar & kesat tu mmg byk orang akan susah telan kebenaran yg dia bawa..tu wa tak sokong ler tapi ni blog dia, kita baca saja ler, komplen pon komplen ler..tapi wa leh terima lg..coz byk betul drp tak betulnya dia ni..just read between the lines) mana salah wa pun tak diam, akan bangkang atau wa diam jer.

Ok hal ni, wa rasa PAS kena scr. internal 'pecat' dia & bawa dia 'lari' ...hehe..bukan bawak lari seberang Siam nun, cuma PAS buat 'engagement' dgn ustaz ni (ulama ker? wa xleh ngaku dia sorang ulama' kalo dah begitu perangai dia..teruk bebeno tu yob..kalah beruk di utan lg..malu teman nak ngaku & .. sejak isu UG perkataan 'engagement' nih makin laku di pasaran) bawak dia gi skolah balik, siasat seadilnya...kalo ada pengakuan, rekod & blacklist dia nih...bikin malu jer kalo betul.

Tapi betui ler ulama' pon orang gak, manusia biasa, tapi kesalahan depa berganda (besor) implikasinya kpd masyarakat..tambahan lak akhlak kurengg, mmg kena kutuk ler.

Elok ler sapa pon yg tak bersih & suci dlm PAS di'kick out' kalo PAS betul atas landasan syarak.. Hal akhlak (cam kes nih dah melarat jd kes penderaan dll) pun tak kecik untuk diperjuangkan..Takkan PAS nak cover orang camnih..atau diamkan ajer, mari kita wait & see...till then...kita kutuk perbuatan dia yg disahkan oleh bini dia sendiri..takkan dia nak malukan laki dia kalo laki dia ORANG..kalo dah cam SETAN & BINATANG..elok ler bini dia get out from his hell...sekian dimaklumkan.

Anonymous said...

muke macam kembar

Hanz_Azdi said...

to cpj.. ana sbg ustaz bidan terjun sudi menjawab pertanyaan anta (eh ente?) ...hehe saja gurau jah.

1.
masalahnya ialah apa yg dikatakan kat mahkamah boleh reporter dpt minit/rekod tu...jadi untuk menjaga aib si suami haruslah sebarang percakapan kes itu dlm mahkamah dirahsiakan. Reporter & sebarang alat perakam suara & video juga harus dihalang masuk mahkamah. Jd aib laki tu terpelihara.

2.
Kot nak jaga gak aib laki/suami tu, si isteri harus ler ditutup mulutnya atau dilarang berkata sepatah pun, bahasa isyarat pun tak leh, diharamkan!...jadi selamat ler laki/suami dia tu drp diaibkan.

3.
Hah, hat nih ana stuju kalo sebagai seorang yg berilmu & digelar ulamak (ada jwtan Dewan Ulamak PAS lak tuh?) hendaklah si laki tu berakhlak mulia di luar rumah mahu pun di dalam rumah (keluarganya)...jadi tak der ler aib nak diceritakan pun oleh si isteri mahu anak-2 dia...Selamat dunia hingga akhirat.

sekian buat mas nih..
cpj harap maklum!

hehe

Dato' Shah said...

Nak cerita kebenaran, bicaralah kat mahkamah. Yang pergi bicara kat mahkamah media apa hal? Ini namanya mendedahkan aib. Kita dah dengar belum dari pihak suami?

Anonymous said...

Mulut sesiapa pun boleh cakap mcm2...nak tahu mana yg benar,kena bicara la,tunggu dakwaan n bukti,kena ingat,kenyataam akhbar bkn penentu kebenaran,tambahan pula kes masih dlm perbicaraan... jangan cepat menghukum...
Sekiranya jelas nanti si lelaki yg bersalah,saya setuju utk dia dipecat,dan semoga kejadian ini dijadikan iktibar buat semua,malu/hukuman di dunia hanya sementara,diakhirat nanti yg kekal.

lelaki_ini said...

Wa x heran. Abdul Rashid ada title. Akhil Hayy plak tinggalkan jamaah. Kes yg sama, title b'beza. Respon awam akan b'beza, biasa la dabel stended di klgn gen Melayu x dpt dielakkan.

Ms kes Akhil, wa x de dgr suara2 soh dgr dulu side dia, bicara court dulu, jgn aibkan suami. Dia sape? Dia dah 'murtad' dr PAS ma..

Ms tu org bkn takat ngentam dia abai famili, tp tangguk air keroh beb. Tibai skali cara dia nyampaikan ceramah, cara dia da'wah di Astro, pemakaian dia dll. 1 pakej tros tuh.. Dah x ikut tajuk dah, lump sum tros, haha. Time ni la nak tibai dak ni, sblm ni pendam je ye x? Hehe.

Tp bila Abdul Rashid kena kes yg sama, eh lain plak layanannya. Ada title ulama', smua beres beb.

Wa yakin kalo la kes ni b'laku ms Akhil dlm PAS, ada title & jawatan plak tu, kompem si Maiza tu kena sebakul kutukan, haha.

Alamak, abis la wa, pasni mesti wa dituduh pengikut Akhil & anti ulama', ngee..

Anonymous said...

akhil hayy tu sebab dia ada gossip dgn waheeda awal2,klua wygla,jln2 la..tu intro.ade yg back up lagi akhil hayy masa tu.tp lepas maiza klua baru makin ramai yg start kutuk.aduhh..pas.mana produk yg genius ni?

lelaki_ini said...

Anon, ayat wa jelas. Lu x paham wa x heran, otak Melayu mmg malas b'pikir.

Anonymous said...

Lelaki_ini otak mana pulak? Otak siam??

Aku rasa pegangan aku mudah, aku nak dgr kisah 2-2. Sbb tu aku tak nak tuduh rashid ni salah atau tidak.

Sama dengan Maiza dan Akhil, aku tak tuduh Akhil salah sebab benda ni masih dibicarakan.

Tapi aku salahkan kedua-dua wanita dan surat khabar ini sebab hal yg sepatutnya rahsia tak patut disebar luaskan. Apatah lagi sang lelaki belum mampu membela diri!

Ahirnya keadilan manusia tersasar. Termasuklah kepada Dooka yang bodoh ini!

Hanz_Azdi said...

Persepsi orang kita dlm masyarakat Melayu khasnya makin cerdik & prihatin. Ada nampak criter nih macam nak malukan PAS. ADa nampak cam tulisan AT jer cam nak malukan ulamak jer. yg lain nampak tak kira sapa laki ker pompuan dia ker bercerai tu elok ler..Ada yg nampak criter nih tipu semata, takkan ler ustaz tu tergamak buat tak semua tu? Ada nampak bininya tu dah dirasuah UMNO untuk mengada-ngadakan criter...

Aku rasa elok 2-2 gi pej, agama atau mahkamah, rujuk tok kadhi & rekod keterangan depa ber-2. Bini dia dah bg 1 persepsi bila dia kata: "Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya. (wah..ni nak kutuk golongan ulamak ker apa ker nih?sebijik cam tulisan AT kan?..hehe)

lelaki_ini said...

Anon, wa peduli ape dgn pegangan lu. Wa ckp secara umum, kalo lu nak terasa lantak lu la.

Sbb tu wa kata ayat wa jelas melainkan bg otak Melayu yg malas b'pikir benda yg mudah camtu.

Anonymous said...

Sori, aku lupa. Ayat otak siam memang otak melayu payah nak paham..

Wakakaka..

Gurauan di waktu senjakala..

Anonymous said...

otak babi mmg pyh nak phm bhsa manusia.wakaka,gurauan di waktu mlm..

Anonymous said...

Hahahaha..

Pasal tu la agaknye ko xpaham2 ek?

Hihihihihihihihi..

Anonymous said...

babi kazzab bertopengkan anonymous wakaka takde teloq

Anonymous said...

dah dah la tu maki hamun.ingt tuhan dan dosa pahala.dunia ni smntra.akhirat kekal slmanya...