Skip to main content

Corona Virus / Covid 19. Mitos dan fakta di Malaysia.


Sila betulkan fahaman anda.

1. Covid-19 adalah VIRUS, bukan bakteria. Jadi, hand sanitizer/tisu basah anti-bakteria tidak akan membunuh/merencat virus covid-19.

2. Virus Covid-19 hanya boleh dibasmi dengan alkohol berkepekatan tinggi (70%+). Hand sanitizer mesra wudhu yang tidak mengandungi alkohol tidak akan membantu membunuh virus covid-19.

3. Hukum menggunakan hand sanitizer beralkohol semasa solat adalah dibolehkan, melainkan anda teguk sampai mabuk, baru jatuh haram.

4. Virus Covid-19 mempunyai lapisan lemak yang boleh dilarutkan dengan sabun dan air. Membasuh tangan dengan sabun dan air selama 20 saat adalah lebih baik dari menggunakan sanitizer, dan berwuduk sahaja tidak cukup. Pastikan tangan dibasuh dengan sabun sebelum mula berwuduk.

5. Apa jenis sabunpun boleh digunakan. Sabun antibakteria, sabun buku, sabun basuh baju pun boleh. Jangan guna softlan sudah la.

6. Virus Covid-19 merebak lebih cepat melalui sentuhan permukaan tercemar. Virus ini tidak boleh berpindah melalui udara. Pakai surgical mask hanya jika anda sakit dan berisiko (dalam kuarantin). Pemakaian penutup hidung dan mulut bagi orang sihat adalah tidak membantu mengekang penyebaran virus ini. Penggunaan surgical mask ini hanya boleh mengurangkan risiko jangkitan ketika anda menyentuh kawasan muka.

7. Pemakaian surgical mask bagi orang sihat akan meningkatkan lagi risiko jangkitan bakteria di ruang pernafasan, terutama ketika nafas meruap kepada peluh.

8. Covid-19 adalah novel virus yang belum ada vaksin, sistem imuniti tubuh pesakit mencipta imuniti sendiri untuk melawan virus ini dengan bantuan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Vitamin tambahan boleh membantu menguatkan imuniti tubuh TAPI kekuatan sistem imuniti bergantung kepada banyak faktor, seperti genetik dan gaya hidup.

10. Pengambilan vitamin berlebihan/megadose terutama vitamin C, D dan Kalsium TIDAK akan membantu anda menjadi lebih kuat berbanding orang yang cuma makan buah oren 3 biji sehari. Tetapi air kencing anda pula yang kaya dengan segala nutrien yang tubuh anda tidak perlu. (Vitamin C yang diperlukan oleh badan cuma 100mg sehari). Tolong jangan guna teknik megadose. Ianya menyebabkan buah pinggang anda bekerja berkali ganda membersihkan bahan2 over dose dari badan anda.

11. Cecair antiseptic adalah bahan anti bakteria dan kuman, mungkin juga virus, tapi bukan berasaskan alkohol dan sabun. Kepekatan 2:8 untuk homemade sanitizer adalah sangat tidak praktikal.

12. Tanpa alkohol yang tinggi dan sabun, covid-19 masih mampu berdangdut atas permukaan kulit anda selama 10 minit. Tangan anda yang hancur kering merekah nanti.

Rujukan: https://theconversation.com/coronavirus-not-all-hand-sanitisers-work-against-it-heres-what-you-should-use-133277

JANGAN TERPENGARUH PROMOSI HAND SANITIZER TANPA ALKOHOL  DAN PENGAMBILAN MEGADOSE VITAMIN. RAMAI PENIAGA AMBIL KESEMPATAN PADA WAKTU KRITIKAL INI, TANPA FAKTA YANG DISAHKAN SECARA KLINIKAL.

Comments

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.