Skip to main content

Aturcara majlis diteruskan. SD selepas keputusan YDPA tidak berguna.



1. Sah, tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia-sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar.

2. Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(4) jelas mengatakan bahawa 'Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong'.

3. Perlembagaan jelas menyatakan bahawa kuasa melantik Perdana Menteri dan membubarkan Dewan Rakyat adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong, bukannya di tangan ahli majoriti Dewan Rakyat.

4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah, dan selepas mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020, hanya beliau yang boleh memilih sama ada untuk menasihati baginda untuk membubarkan Dewan Rakyat atau meletak jawatan.

5. Tiada istilah pelantikan Perdana Menteri bergantung 100% jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat, sebaliknya perlu perkenan Baginda - seperti mana dalam kes pelantikan Tan Sri Muhyiddin.

6. Berdasarkan situasi semasa, baginda telah menjalankan kesemua langkah secara tertib dan bijaksana seperti mana menurut Perlembagaan Persekutuan, dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sah.

7. Tindakan sesetengah ahli parlimen melompat selepas pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dijadikan asas kononnya secara automatik pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbatal kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sama sekali.

8. Hal ini bermakna kesemua ahli Parlimen boleh memilih sama ada untuk mematuhi keputusan baginda - dengan menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri - atau bertindak sebagai pembangkang di Dewan Rakyat. Bukannya menganggap diri mereka sebagai penentu posisi Perdana Menteri kerana segala prosedur telah dijalankan sebaiknya oleh Yang di-Pertuan Agong.

9. Satu lagi pilihan ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin adalah dengan mendesak beliau agar membubarkan Dewan Rakyat. Tentulah mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya, tetapi  bukan dengan menganggap bahawa secara automatik calon yang mereka usulkan akan terus dilantik sebagai Perdana Menteri.

10. Harus diingat, langkah Pakatan mendesak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin samalah ertinya mendesak beliau membubarkan dewan rakyat. Hakikatnya, keputusan telah dicapai menurut kaedah yang tertib. Tidak seharusnya ada cubaan oleh Pakatan untuk terus memanjangkan krisis politik di negara kita saat ini.

11. Sesungguhnya, hari ini krisis politik negara adalah berpunca daripada perebutan kuasa dalaman Pakatan Harapan. Ia telah dileraikan dengan sebaiknya oleh baginda Yang di-Pertuan Agong - dibantu kerjasama sebahagian ahli politik yang bertindak demi kestabilan negara, bukannya demi kepentingan individu. Maka Pakatan seharusnya insaf, tidak bertindak memanjangkan krisis ini dengan adegan lompat-melompat yang mengimpak kestabilan yang telah diputuskan Baginda.

Sebarang dokumen sokongan akuan bersumpah (SD) yang dikeluarkan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan tidak boleh mengubah keputusan asal baginda.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata dalam perkiraan ini, baginda sudah mengambil masa yang sesuai untuk membuat keputusan.

“SD baharu tidak boleh memansuhkan keputusan Tuanku.

a. Akhirnya, krisis keperlembagaan ("Constitutional Crisis") - dalam lantikan PM ke-8 - selesai pada hari ini.

b.  Keputusan YDPA dalam isu lantikan ini tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana ianya

(i) di bawah kuasa budibicara Tuanku yg tidak perlu mengikuti nasihat oleh mana-mana pihak - lihat Artikel 40(1) dan 40(2), Perlembagaan Persekutuan;

(ii) kaedah penentuan oleh Tuanku mengenai isu "sokongan majoriti" adalah kuasa prerogatif Tuanku yg mana adalah "non-justiciable" (tidak boleh dicampurtangan oleh Mahkamah) - lihat kes Council, Civil Service Unions and Minister of the Civil Service [1984] All ER 956 & kes Dato Dr Zambry v Dato' Seri Nizar [2009]5 CLJ 265 ("Kes Perak")

c.  Krisis yang melanda Negara sejak beberapa hari yang lalu mempunyai isu undang-undang yang sama dengan Kes Perak dan juga krisis yang melanda UK selepas kejatuhan kerajaan Parti Buruh Ramsay MacDonald dalam tahun 1931.

d.  Krisis seperti ini memerlukan:
(i) Raja yang matang & bijaksana: "In this, the maturity and wisdom of the ruler is incumbent" - lihat para 232, kes Perak [2009] 5 CLJ 265 dan

(ii) Raja yang memastikan keamanan terjaga: "One of the most critical executive powers of the ruler is his constitutional duty to maintain peace and order for the public good" - lihat para 226, Kes Perak [2009] 5 CLJ 265.

e.  YDPA telahpun menyelesaikan kes ini dengan matang bijaksana kerana:
(i)  Negara kekal aman;
(ii) PM Ke-8 dilantik melalui proses yang teliti oleh Tuanku yang telah membuat pelbagai penilaian ke atas Ahli-ahli Parlimen dengan berjumpa dengan mereka dan wakil-wakil parti-parti yang berkenaan.

f.  Pemenang sebenar krisis ini adalah Tuanku YDPA (bukannya ahli-ahli politik) yg telah memenangi hati rakyat dengan pendekatan yang telah diambil oleh Tuanku. Krisis ini menunjukkan kepentingan institusi Raja-raja Melayu di Negara ini yang mesti kita pertahankan.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...