Skip to main content

Sheraton Battle. Satu bedah ringkas.


1. Tun sememangnya tidak akan menyerahkan kuasa kepada Anwar secara direct. Ini akan kontra dengan sejarahnya terhadap Anwar. Tun akan meninggalkan dunia dengan sejarah yang lurus. Tanpa kontra.

2. Tun mempunyai fahaman tertentu, berkenaan dengan selera peribadi Anwar, yang menyebabkan Anwar tidak boleh menjadi orang no 1 negara. Tetapi, kita bukan nak bahas fahaman Tun terhadap Anwar ini. Kita nak bedah teknik real politik Tun. Supaya anak2 kita, boleh belajar baik dan buruk dari semua ini.

3. Dalam proses menjatuhkan Najib, akhirnya Tun terpaksa jatuhkan UMNO. Dalam menjatuhkan UMNO, Tun terpaksa bekerjasama dengan musuh UMNO dan dipendekkan cerita, Tun telah terikat dengan janji Anwar PM8.

4. Tun tiada masalah Anwar PM8, tetapi jika Tun sendiri yang serah, ianya kontradik dengan apa yang Tun buat dulu. Sehingga porak peranda, huru hara negara akibat perlawanan yang terhasil dari keputusan Tun. Ianya sesuatu yang sangat besar. Terlalu besar untuk dikontradikkan akhirnya dihujung usia Tun. Jika ia berlaku, ia adalah sejarah yang hitam bagi pihak Tun. Anwar boleh PM8. Tapi bukan anugerah pass baton dari Tun sebegitu.

5. Real politik adalah berkenaan dengan BAGAIMANA mendapatkan persetujuan yang lain, bagi keputusan pihak kita. Untuk dapatkan persetujuan, kita terpaksa cipta peristiwa, cipta tragedi, cipta skrip. Osama Laden, Jlow, ISIS, WTC.

6. Termasuk langkah Sheraton. Oleh Azmin. Pendapat abam, bukan Anwar yang kantoikan video Azmin. Tetapi deep state. Deep state ini di bawah 9 kepala naga, unit risikan polis dan tentera. Apabila video sampai ke Tun, video itu menjadi turning point permusuhan Anwar – Azmin.

7. Dalam real politik, ketakutan akan menghasilkan harapan dan perlindungan. Macam kaulah. Time takut, time susah, baru cari perlindungan Tuhan. Ketakutan Azmin akan jenayah video menghasilkan perlindungan dari Tun. Pendek cerita, dari askar Anwar, kini Azmin sudah menjadi askar Tun.

8. Langkah Sheraton disusun. Dalam real politik, hanya PAS, AMANAH dan PSM sahaja yang lurus bendul. PSM tiada angka. AMANAH 11, tapi lurus dalam kem. Tetapi PAS ada 18. UMNO ada 39. Tiada masalah pada 18 PAS yang lurus dan boleh dijangka. Tetapi ada masalah pada 39 UMNO yang licik.

9. Dulu masa US serang Iraq dan berjaya sampai Baghdad dan dan terpaksa serang darat ke darat, US test serang unit kecil dulu dalam Baghdad. Kemudian 'kalah' dan berundur. Seluruh Baghdad berpesta sambil bawa senjata. Di situ US dapat anggar kekuatan awam, separa awam dan tentera dalam Baghdad.

10. Sama macam langkah Sheraton. Azmin ingat itu war oleh Tun. Sebenarnya hanyalah battle. Test market Sheraton dibuat. Untuk pastikan berapa angka sebenar? Betulkah  UMNO solid memberikan seluruh angkanya? Jika tidak, bagaimana? Sah! Malam Sheraton, UMNO turut main game. Bila UMNO tak solid, Sabah dan Sarawak turut ragu2. Angka memang tidak cukup.

11. Battle yang cukup ringan dan mudah yang cuba digerakkan Tun, melalui PAS ialah usul undi percaya dalam parlimen. Tetapi dipatahkan speaker. Abam tak boleh fikir PAS bertugas sebagai pembangkang dengan cara ini. Ingatkan usul benda2 polisi rakyat. Tapi, yer lah. PAS memang bendul. Dia tidak tahu ekonomi atau apa2 polisi. PAS hidup hanya atas isu akhlak peribadi rakyat. Lagi pun, memang kita sedang bedah real politik.

12. Bila malam Sheraton tidak cukup angka, maka Muhyiddin terus menjadi ejen insurans Tun. Bersatu diumum keluar dari PH. Tun main 2 kolam. Tun masuk PH, Muhyiddin masuk PN.

13. Tun letak jawatan Pengerusi Bersatu bagi meyakinkan skrip. Penglipur lara2 melayangkan cerita Tun yang kekal dengan prinsip. Ini penting bagi catatan sejarah yang baik. Dulu berlaku catatan2 penglipur lara mengatakan Tun berada di China ketika Memali.

14. Tun tidak cemas jika kerajaan tumbang. Dia tidak akan kalah apa2. Dia sudah lama sebagai kerajaan. Objektif utama Najib jatuh sudah dicapai. Jika Tun undur dan ruang vakum diambil oleh UMNO, tidak mengapa. PPBM itu satu ibu yang sama. Kehebatan Tun terbukti dengan hampir semua PM adalah akibat darinya. Nak sangat Tun letak jawatan? Sampai kutip Ezam dan buat roadshow. Nah, sekarang rasalah! Yang dikejar tak dapat, yang dikendong cicir.

15. Parti2, yang baru rasa jadi kerajaan, mula cemas. AMANAH lebih awal mengeluarkan kenyataan solid 11 sokong Tun. Dituruti DAP. Akhirnya Anwar sendiri cemas. Turut menyokong Tun secara solid.

16. Akhirnya Tun dilantik semula sebagai PM8 (sementara). Anwar dianjak menjadi bakal PM9. Kabinet PH semua terbubar. Kedudukan percaturan kini ialah kepada kerajaan tanpa pembangkang. Sehingga tamat penggal. Seperti selepas tragedi 13 Mei 1969.

17. Bagaimana pun, pada kedudukan ini, UMNO berasakan dia ada kelebihan. Beberapa PRK sebelum ini, BN menang. Jadi mereka melaungkan langkah bubar parlimen untuk mengundi. PAS hanya mengikut. Kerana PAS hanya boleh menang di Kelantan. Menang di Terengganu pun kerana UMNO pecah kepada PPBM.

18. Mujurlah Majlis Raja2 sempat menukarkan Agong yang berkaliber. YDPA tenang menguruskan pergolakan negara, apabila orang sebesar Tun meletak jawatan. YDPA memanggil Ahli Parlimen (AP) seorang demi seorang.  Merekodkan jawapan semua AP.

19. Permainan real politik masih berlaku. Tawaran, jualan, lobian, ugutan masih boleh berlaku. Sehingga 9 Mac ini. Sidang parlimen. Cantikkan tarikh battle Sheraton yang Tun pilih. Bagi pihak abam, bedah  ringkas ini dibuat untuk generasi akan datang belajar baik dan buruk perkara ini. Apa pun yang berlaku selepas ini, keadaan tidak baik untuk kem Azmin. Tun seakan menggunakan Azmin bagi tujuan membunuh musuh dan membunuh diri Azmin sendiri, ditangan musuh. Tanpa mengotorkan tangan Tun.

20. Sama ada gagal atau berjaya tamatkan game Tun ini, Tun tetap akan menang. Always win. Unbeaten. Satu batu, Tun bunuh ramai burung.

i. Mungkin akan dapat full support PM8 sampai akhir penggal.

ii. Mungkin pelan persaraan Tun dengan Muhyiddin jadi PM (bukan Anwar). Tetapi Tun bersara dengan imej victim, cuba pertahankan mandat, etc.

iii. Mungkin Tun buatkan Anwar jadi PM, tanpa pass baton secara terus sebegitu.

iv. Amaran kepada PKR / DAP. Huru hara kalau Tun tiada.

v. Amaran kepada semua parti, negara yang stabil memerlukan ketua setaraf Tun. Bukan main pilih2 sahaja, siapa yang kita suka. Bukan senang nak jinakkan semua kabilah bertelagah dan mempunyai agenda masing2.

vi. Mungkin Tun juga cuba tanam stigma buruk jika pemimpin seperti Azmin dan Anwar dari jadi no 1 negara.

21. Kau jangan terus percaya plak bedahan dari abam. Abam catit untuk rujukan depan. Kalau tak catit, akan lupa. Akan diisi oleh penglipur lara lain dari abam. Nanti generasi depan kita hanya dapat sejarah sepihak. Dulu sejarah ditulis oleh orang yang menang. Zaman teknologi Yahudi ini, sejarah boleh juga ditulis oleh sesiapa.

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.