Skip to main content

Kelantan yang gagal?

Oleh : AdukaTaruna

Aktivis Kelantan (AK03) menyokong setengah isi dari kenyataan Dr Agus dan setengah dari penjelasan Ustaz Fadhli berkenaan prestasi kerajaan Kelantan. Cumanya, Aktivis Kelantan lebih menitik beratkan pokok berbanding bunga. Sistem berbanding paparan.

[1]
Sistem pembentukan kerajaan Kelantan selepas PRU13 sangat mengaibkan. Kita lihat gambar sejarah yang terakam berbanding negeri lain. Lihat angkat sumpah Menteri Besar di Johor, Selangor dan negeri lain. Teratur, tidak gopoh atau kelam kabut. Penuh istiadat. Lihat negeri Kelantan. MB angkat sumpah hanya di depan sofa dan meja kopi. Kemudian, selepas itu barulah istiadat.

Sistem yang lebih malang lagi ialah, pembentukan kerajaan Kelantan tidak berpaksi kepada Parti Islam SeMalaysia, apatah lagi hasil keputusan demokrasi 1.5 juta pengundi Kelantan. Tetapi pembentukan itu berpaksikan kepada pendapat istana yang terdiri dari kurang 20 orang dan hanya dari sebuah keluarga.

Maka, jika inilah sistem awal yang terbentuk, maka, sepanjang penggal pemerintahan, bagaimanakah keputusan-keputusan penting kerajaan dibuat dan diputuskan? Adakah ianya akan melalui keputusan PAS atau keputusan majoriti dari 1.5 juta rakyat atau keputusan sebuah keluarga yang berantakan?

[2]
Mengenai ekonomi pula, alasan kepungan dari kerajaan BN memang benar. Untuk sebuah parti atau NGO yang menjelaskan kepada orang ramai, memang wajar. Tetapi tidak wajar diguna pakai sebagai alasan oleh sebuah kerajaan berusia 23 tahun. Ini bermakna, selama 23 tahun, kerajaan Kelantan gagal terhadap kepungan ekonomi, kepungan infrastruktur oleh kerajaan BN yang memegang kerajaan pusat. Kata lainnya ialah,

"Ya. Selama 23 tahun, saya gagal terhadap kepungan kerajaan BN. Sebab saya gagal, maka rakyat perlu undi saya sekali lagi."

Oleh sebab itu, bagi meningkatkan pendapatan kerajaan negeri, Aktivis Kelantan mencadangkan beberapa perkara :

2.1 Lebuhraya Rakyat dimulakan dengan menaik taraf jalan utama yang kritikal.

Terdapat pelbagai versi penjelasan mengenai Lebuhraya Rakyat. Antaranya ianya adalah modal politik mengekalkan kerajaan PAS Kelantan dengan perjudian Malaysia dapat ditawan oleh PR pada PRU13. Sekaligus meneruskan pembinaan menggunakan dana persekutuan.

Maklumat yang diperjelaskan kepada awam, kos Lebuhraya Rakyat ialah 1 billion. Manakala kutipan derma hanya RM20 juta. Dan sudah mencapai tahap kutipan yang tepu. Oleh itu, Aktivis Kelantan memberi cadangan supaya dinaik taraf jalan utama yang kritikal terlebih dahulu. Hentikan perbalahan tuding-menuding seketika.

i. Pekan Melor - Bandar Pasir Puteh. Ini adalah jalan kritikal. Pintu masuk negeri melalui Terengganu.

ii. Gua Musang - Kuala Krai. Pintu masuk negeri melalui Pahang. Jalan ini lebih kritikal berbanding Kuala Krai - Kota Bharu. Kerana selepas Kuala Krai, rakyat sudah mempunyai banyak pilihan ajalan alternatif. Dan destinasi yang sudah berpecah.

Berikut adalah prioriti level naik taraf jalan mengikut kemampuan dana terkumpul :

i. Jalan 4 lorong. 2 lorong setiap hala. Penghalang tengah dengan sistem pusingan U bagi mengelakkan kenderaan kampung melintas sesuka hati.

ii. Pembesaran jalan dan bahu jalan. Dengan menambahan lorong memotong di kawasan fizikal sesuai.

iii. Pembesaran jambatan yang berada di sepanjang jalan, dan pembesaran bahu jalan.

2.2 Meningkatkan imej pelancongan.

Sektor pelancongan yang merudum di Kelantan. Peniaga-peniaga di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur terutamanya sering mengeluh. Antara sebab terbesar selain jalan pintu masuk dan kos penyelenggaraan ialah; imej dan jenama pelancongan yang teruk. Berikut adalah hasil pemerhatian Aktivis Kelantan.

i. Penjagaan paparan depan yang teruk. 

Paparan depan bermaksud apa yang pelancong pandang secara luaran. Antaranya, rumput di bahu jalan pintu masuk yang tidak dipotong. Bendera-bendera lusuh. Billboard rosak. Bangkai lembu dilanggar yang berhari-hari tidak dialihkan dan sebagainya.

Kritikal pertama ialah sistem meletakkan pusat sampah di tepi jalan utama. Ianya praktikal kepada kemampuan PBT. Tetapi tidak praktikal kepada penjanaan pendapatan melalui pelancongan. Pusat sampah perlu diletakkan di bahagian dalam sedikit dari jalan-jalan utama, terutama jalan pintu masuk negeri dan bandar.

Kritikal kedua ialah warung-gerai tidak sempurna yang didirikan secara kekal di tempat-tempat rasmi negeri (kawasan stadium, kawasan sekolah, kawasan pasar ikon, kawasan pantai dan sebagainya). Dasar dan sifat baik kerajaan negeri memberi peluang peniaga berniaga bebas tanpa peraturan membentuk budaya malas, pengotor dan tidak teratur oleh peniaga-peniaga. Semua ini mencacatkan paparan depan yang akan terpahat di memori pelancong.

Kritikal ketiga ialah perlantikan ahli majlis PBT melalui politik. Kebanyakannya ustaz-ustaz penghafal atau orang-orang kanan pembodek yang tiada kemampuan berfikir. Mereka bagus dari segi ceramah dan penguatkuasaan hukum-hakam termaktub. Tetapi lemah dari segi idea penjanaan ekonomi setempat.

ii. Kutipan cukai yang lemah.

Kelantan adalah bumi peniaga muslim. Jika di negeri UMNO, 9 dari 10 kedai tayar adalah milik bukan muslim, di Kelantan, 9 dari 10 kedai tayar adalah milik muslim. Jika di negeri UMNO, raya Cina membuatkan muslim kebuluran, kereta rosak tak boleh diperbaiki dan sebagainya, tetapi semua itu tidak berlaku di negeri Kelantan.

Bagaimanapun, Kelantan adalah negeri paling cikai dalam kutipan lesen perniagaan. Sistem pembaharuan lesen perniagaan juga merumitkan. PBT seperti MPKB lebih berminat serbu-menyerbu perkara maksiat. Ianya memang bagus. Tetapi, bab penguatkuasaan perlesenan, penyusunan penjaja dan sebagainya, memang lemah.

Jika penjaja di MPKB sahaja berjumlah 5000, dan semuanya dilesenkan dengan semurah RM50 setahun, bermakna pendapatan MPKB yang boleh dimanfaatkan untuk awam ialah suku juta untuk setahun.

iii. Acara besar yang mematikan bandar-bandar lain.

Para penghafal dalam kerajaan Kelantan memang bagus dari segi menganjurkan acara besar. Ianya membuatkan nama Kelantan naik dalam ingatan rakyat Malaysia. Tetapi semuanya Kota Bharu. Dari segi peningkatan jenama bandar untuk dijual sebagai produk ekonomi, ianya tidak bagus.

Jika dibenarkan Jom Heboh, suruh TV3 buat di Pasir Puteh misalnya. Jika ada tilawah Al-Quran dimana Perdana Menteri hadir, usahakan semampu mungkin buat di Bachok misalnya. Jika dianjurkan ceramah Ustaz Azhar Idrus berganding dengan Ustaz Bollywood, tutup sebatang jalan yang sesuai di bandar Kuala Krai dan buat di situ.

[3] Perbanyakkan pertembungan aliran ilmu.

Serambi ilmu lebih sesuai dari serambi Mekah dari segi ekonomi. Tanpa perlu menukar slogan yang sudah lama dimasyurkan, tetapi, inilah konsep berpotensi sebagai produk pelancongan.

Zaman politik smart phone, rakyat yang minat ilmu tidak berminat lagi mendengar ceramah sehala. Mereka lebih tahu sesuatu isu yang muncul berbanding dengan si penceramah itu sendiri. Tetapi majlis perlawanan ilmu, pertembungan idealogi sangat-sangat digemari. Dan ianya berpotensi menjadi produk pelancongan.

Contoh yang pernah berlaku ialah pertembungan ilmu antara MAZA dan Fathul Bari di Balai Islam Lundang. Diseronokkan lagi dengan telatah Ridhuan Tee. Pertembungan ilmu antara Husam dan Nazri di KTC dan sebagainya. Sekiranya majlis seperti ini disusun dengan kerap, Aktivis Kelantan yakin, ianya akan menjadi satu produk pelancongan tempatan, pelancongan peminat ilmu seluruh negara, penjaja tempatan berlesen yang dihidupkan dan pelbagai lagi sisir ekonomi yang muncul.

[4] Penutup

Akhir kata, Aktivis Kelantan menegaskan pendirian dunia aktivis adalah tidak taksub kepada jenama, individu atau kumpulan. Tetapi menyokong mengikut tajuk menurut kefahaman masing-masing. Semoga pandangan dan cadangan dari pelbagai pihak dipertimbangkan oleh kerajaan Kelantan kini. Wallahualam

Aktivis Kelantan (AK03)

Comments

  1. Ulasan yang baik, amat perlu diketengahkan. Cuma lagi satu, mungkin admin terlupa, iaitu harga barangan dan makanan sudah tidak lagi menjadi ikon kepada negeri lain. Harga barangan dan makanan agak mahal kalau dibandingkan dengan KL. Kalau dulu makanan di kelantan amat murah. Buah tembikai di pasaraya Giant KL hanya RM1.50/kg di kelantan RM2.00 - Rm 2.50/kg sedangkan petani kelantan yang tanam. Peniaga perlu di beri kesedaran, pelacong datang ke Kelantan kerana barangan yang murah ..... setakat ini saja.

    ReplyDelete
  2. 2.1 jalan2 tu semuanya jalan federal. perlaksanaannya berperingkat wlwpun rasanya iklan tender dah dibuat semasa zaman KJ dan Family paklah perintah Malaysia.

    terdekat jambatan salor akan dibuat 4 lorong dgn siap skali flyover ats bulatan tuhh... seterusnya jalan2 akan dibina 4 lorong sehingga pasir putih... jalan wcy-kkerian, wcy-pasir tumbuh semuanya akan jadi 4 lorong.. kerja-kerja ukur rasanya dah selesai...ok..tu keje federal... orang umno kelate dah sebak perut..tadak projek so fed kena teruskan jugak..

    2.2 jalan ke sempadan Negara juga dibawah seliaan federal. wlwbagaimanapun, PBT hendaklah lebih peka dan cerdik.. pembangunan disepanjang jalan dan pintu masuk hendaklah teratur dan tersusun. rasanya ahli majlis PBT banyak melawat Negara-Negara luar... takkan hanya tau tengok amoi cantik sahaja!!!

    signboard di pintu masuk mmg agak teruk ttp lebih baik tiada dari ada..banyak membazir...orng tak sempat pun nak baca...kete semua dah laju2, nak cepat sampai... yg selalu baca adalah mat/minah saleh yang ride basikal...

    untuk pelancongan yang lain sedikit, perlu ada water theme park... kat pantai sri tujuh paling sesuai.. dekat dgn pengkalan kubur dan kb pun tak jauh. Gugusan pulau2 di muara kuala besar perlu dimanfaatkan sepenuhnya... amatmenarik dan ada sesetengah kawasan boleh dimajukan sebagai kawasan sukan air (modal besar diperlukan). sungai-sungai kecil misalnya dari pantai sabak/pengkalan datu' boleh disusuri oleh cruise sehingga ke sungai Kelantan melalui pulau Melaka-kubang kerian-pasir hor-wakaf che yeh-sg.kelantan. sepanjang laluan tersebut ada kawasan yang terdapat binatang kelip-kelip tak silap di pulau raja kubang kerian. kaedah penjagaan sg.melaka boleh dipelajari...

    banyak lagi.. malas nak menaip... semuanya kena sediakan modal besar.. sekurang2nya ada idea dan buat la berfasa...

    1 lagi yg kerajaan Kelantan agak kurang... pelabuhan/jeti... yg hairan kenapa kerajaan tak buat jeti sendiri mengeksport mineral? kenapa syarikat di tok bali buat dulu? kelulusan untuk tujuan ini sebenarnya agak mudah.. jika kerajaan negeri ada jeti kemudahan seumpana ini, dengan mensyaratkan kesemua pelombong menggunakan jeti tersebut, rasanya kerajaan negeri boleh menjana pendapatan berjuta-juta dalam sebulan... kalu tak reti pasal ilmu kelautan dan perkapalan.. jumpalah jabatan laut.. ramai pegawai2 mereka anak2 muda Kelantan..setakat nak kasi nasihat tiada masalah.

    1 lagi...melawat Negara-Negara sebelah timur..china Vietnam, Taiwan, korea,kambodia, Thailand takkan tak dapat hasil apa-apa. Pembukaan jeti barter trade boleh memajukan Kelantan. namanya je barter trade tp bisnesnya tak pun seperti nama. Tengok syarikat ASA NIAGA di port klang... mengusahakan barter trade dengan Indonesia sahaja...cuba tengok nilai urusniaga setahun!!! beratus juta beb...begitu juga di Batu Pahat, Johor... itu 1 Negara...Kelantan terdedah kepada banyak Negara..

    mcmana nak buat cadangan jeti barter trade... bla..bla..bla..gua malas nak menaip dah... masalah kuala cetek...bla..bla.. ada penyelesaiannya...



    ReplyDelete
  3. ckp mmg senang, aku akui team baru MB team yg lemah, dan byk kepentingan diri dan puak...kelantan adalah negeri strategik dlm ekonomi, bmula dri rakyatnya yg suka bisnes, berani cuba bisnes baru, cpt tangkap n terima teknologi baru, dr segi rakyat mmg org kelantan fleksible. (otak bisnes dan x jumud terima pemodenan)..skg ini apa yg penting perjuangkan royalti smpai dpt, mmg susah dpt, tp kena pelbagaikan kaedah tuntutan...kena perbesarkan sekatan dari pusat, kelantan mmapu membangun skg adalah hasil kebijaksanaan pemimpin berjimat cermat dan tidak tiris, hingga apa yg d sekat oleh pusat kelantan mampu biaya sendiri contoh spt baja..wlupun pusat kutip hasil dr kelantan byk, tp d nafikan hak kami. soal jalan raya mmg betol, ada perhubungan yg baik kelantan mampu bkembang lbh cepat, mslhnya klntn tidak akan mmpu buat tanpa pusat, hya dgn kutipan royalti shj mampu selesaikan isu ni. bab pelancongan penting, kelantan mmg terbuka dlm hal ini semasa zmn tok guru lagi, tp media tidak beri kerjasama,, media hak mereka...kena cri jln bw masuk pelancong luar....kelantan ada tanah subur, knp tidak di usahakan pertanian dan pentenakkan spt yg d cadang husam musa dulu?...knp husam dipecat? husam dh byk bantu kelantn dlm ekonomi, dlm dinar emas, pertanian dsb..........rakyat kelantan kena bersatu siapkan lebuhraya rakyat utk langkah petama jatuhkan ego binatang binatang zalim dan rakus dri pusat dan dari kelantan sendiri. bawa masuk seramai mgkin media dan adakan diskusi ilmiah bab ekonomi sosial dan apa shj d kelantan biar media buka mata....yg paling penting JANGAN BODOH SOMBONG!JGN BUANG ORG CERDIK HYA SBB X SEBULU DGN KEBODOHAN KITA, JGN TAMAK PANGKAT, JGN BODOH SOMBONG.......

    ReplyDelete
  4. PAS di kelantan dari dulu hingga kini gagal. gagal menyediakan bekalan air yang bersih untuk rakyatnya.

    gagal menarik pelabur. dinar emas,kohilal kesemuanya gagal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.