Skip to main content

Cadangan redakan konflik Lahad Datu.

Jangka masa pendek.

1. Oleh kerana ianya adalah perang saudara muslim Sulu dan muslim Malaysia.

Gua harap ulama Malaysia dapat panggil ulama sulu untuk satu hujah agama. Atau deklarasi.

Gugurkan hujah agama itu melalui udara dalam bahasa Sulu dan Malaysia.

Mudah2an pengikut Sultan kembali ke hujah agama. Baik buruk tindakan mereka. Sultan2 ni memang berhala yang menyusahkan.

2. Media Malaysia perlu elak memfitnah pemberontak seperti perompak bank, etc. Ianya hanya menyebabkan pemberontak lebih berasas untuk memberontak. Mereka akan menyangka mereka di pihak yang benar.

3. Kekalkan tindakan polis bukan tentera semampu mungkin. Untuk mengelakkan Sulu mendakwa ianya satu peperangan.

4. Buat pungutan suara. Suara majoriti yang dilakukan secara demokrasi akan menyebabkan negara pro demokrasi dan hak asasi dunia menghormati keputusan itu.

5. Highlight kan PDRM keturunan Sulu sebagai doktrin bahawa pergerakan mereka tidak disokong oleh semua Sulu.

6. Kutbah Jumaat harus membentangkan hujah Lahad Datu haram diperangi.

Jangka masa panjang.

1. Hukum pengkhianat yang terlibat dalam projek bagi IC.

2. Siasatan Diraja terhadap pembabitan kuasa politik yang terlibat.

3. Batalkan perjanjian yang ada dengan Sulu / etc dengan pungutan suara rakyat.

Comments

  1. Cadangan: buatlah satu demacation line border dari Sandakan ke Tawau bagi autonomi pada Sulu.Pegawai kerajaan ditarik balik ke Sabah barat.

    ReplyDelete
  2. Jom amankan MUSLIM Sabah & Sulu dengan malindo air yang dah mula jual tix today

    ReplyDelete
  3. Yang pertama tu memang sesuatu yang perlu untuk dibuat. Tapi yang lain ada sedikit persoalan antaranya

    3. Kekalkan tindakan polis bukan tentera semampu mungkin. Untuk mengelakkan Sulu mendakwa ianya satu peperangan.
    Soalan:bukankah dulu mereka juga yang mahukan kuasa tentera digunakan?apakah sekarang ini bukan kuasa polis yang digunakan? Apakah yang dimaksudkan tindakan polis bukan tentera semampu mungkin?


    4. Buat pungutan suara. Suara majoriti yang dilakukan secara demokrasi akan menyebabkan negara pro demokrasi dan hak asasi dunia menghormati keputusan itu.
    Soalan: pungutan suara apa yang dimaksudkan?


    3. Batalkan perjanjian yang ada dengan Sulu / etc dengan pungutan suara rakyat
    Soalan:apakah perjanjian dengan sulu yang harus dibatalkan?perjanjian dengan MILF ke?

    Soalan untuk

    1. Hukum pengkhianat yang terlibat dalam projek bagi IC.
    Soalan:bukankah siasatan sedang dijalankan? Dan sepatutnya mereka yang bersalah harus dihukum..

    ReplyDelete
  4. Yang pertama tu memang sesuatu yang perlu untuk dibuat. Tapi yang lain ada sedikit persoalan antaranya

    3. Kekalkan tindakan polis bukan tentera semampu mungkin. Untuk mengelakkan Sulu mendakwa ianya satu peperangan.
    Soalan:bukankah dulu mereka juga yang mahukan kuasa tentera digunakan?apakah sekarang ini bukan kuasa polis yang digunakan? Apakah yang dimaksudkan tindakan polis bukan tentera semampu mungkin?


    4. Buat pungutan suara. Suara majoriti yang dilakukan secara demokrasi akan menyebabkan negara pro demokrasi dan hak asasi dunia menghormati keputusan itu.
    Soalan: pungutan suara apa yang dimaksudkan?


    3. Batalkan perjanjian yang ada dengan Sulu / etc dengan pungutan suara rakyat
    Soalan:apakah perjanjian dengan sulu yang harus dibatalkan?perjanjian dengan MILF ke?

    Soalan untuk

    1. Hukum pengkhianat yang terlibat dalam projek bagi IC.
    Soalan:bukankah siasatan sedang dijalankan? Dan sepatutnya mereka yang bersalah harus dihukum..

    ReplyDelete
  5. http://malaysiabangkit.blogspot.com/

    mohon pautkan blog MB di blog admin.
    blog admin telah di pautkan di blog MB.

    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...