1. Ini catatan. Kena gaya, anak2 gua akan baca semua tulisan gua. Buruk dan baik. Gua bukan jenis orang yang ada banyak ID. Nak jadi jahat guna ID sekian. Nak jadi baik ID sebenar.
2. Baru2 ni, Pak Bakaq (Penarik Beca) panggil gua dengan panggilan LEBAI.
"Aku panggil hang lebai la ni. Sejak duduk Kelantan hang tak ganas macam dulu."
Gua sengeh sambil makan kambing. Restoran Al-Amin.
3. Sebenarnya anak adalah ejen pengurai dalam hidup gua. Ejen neutral.
Dalam keadaan marah, atau dalam keadaan memutuskan mengeluarkan tulisan provok, atau tatkala idea membuak2, anak akan mengurai, meneutralkan keadaan.
Bila main dengan anak, atau anak tiba2 ajak gusti, atau anak rentap HP / laptop, maka semuanya terbengkalai.
Anak juga adalah motivasi tambahan gua dalam perjuangan. Kalau gua yakin gua buat kerana Allah, gua tak akan takut sesiapa. Dan anak akan menjadi motivasi tambahan. Insyaallah.
4. Gua mahu anak gua dapat melihat asal usulnya di masa akan datang. Gua tak mampu hantar isteri versalin di swasta.
Bersalin di klinik kerajaan pula memang agak ketat. Mereka tak bagi gua rakam kelahiran dan proses suntikan.
Tapi demi anak, gua tetap buat. Walau dihalang gua akan tetap buat.
5. Anak pertama ada rakaman bagaimana dia keluar dari perut. Gua dah edit untuk melindungi aurat isteri gua.
Anak kedua tadi, alhamdulillah. Gua rakam gua. Walau ditengking pegawai perubatan dan berlaku fizikal contact. Tepis menepis.
6. Gua minta maaf banyak2. Kalau dulu gua melawan dengan garang. Sekarang gua dah rasa sesikit perubahan. Gua tidak melawan dengan garang kerana faham tugas mereka. Cuma gua tetap buat juga demi anak gua.
Dan sudah pasti walau 4 lawan 1; 10 pun pegawai perubatan bukan ahli dalam tepis menepis fizikal. Gua berjaya merakam dengan baik. Dan mohon maaf kepada diorang.
7. Walau ada pendapat suntikan vaksin adalah bentuk penganiayaan; gua takda ilmu bab perubatan. So, setakat ni gua mengikut arus sistem yang ada.
Setakat ni, suntikan anak pertama semua ada video. Panggil pengawal keselamatan pun gua tetap gua. Malah bil hospital anak pertama gua pun ada gua simpan dalam fail anak pertama. Dia akan belajar melalui asal usulnya nanti. Insyaallah.
Harapnya istiqamahlah gua untuk anak kedua ini. Amin
8. Walau melebihi tarikh jangka 06/01/13, alhamdulillah. Anak kedua lahir. KB113. 9 malam. Lelaki. 3.47 kg.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Mohon maaf dan terima kasih kepada staff HUSM Kubang Kerian.


Bhai AT...
ReplyDeleteTahniah bhai... semoga Allah Taala merahmati lu, bini lu dan anak-anak lu.... Ameen
By the way... tahniah kerana mendapat seorang lagi pejuang....
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Tahniah!
ReplyDeleteBertambah satu lagi penglima perang.
A'kum wbt. salam untuk Syikin...
Anak adalah amanah yg membawa rahmat. Rahmat dalam bentuk hidayah, kebahagiaan, keselamatan, keampunan dan kemudahan. Tu semua hanya dapat dilihat dengan mata hati dan iman. Org yg tak dapat lihat dengan mata hati akan menganggap anak adalah beban, menyusahkan dan sial, na'udzubillah..
ReplyDeleteSebab tu bila anak dah ramai, tapi perangai buruk tak berubah-ubah, kita takut rahmat yg dibawa anak tu tak sampai ke hati kita. Moga Allah lindungi kita dari termasuk dalam golongan org yg rugi.
Pengalaman gua, anak2 ni adalah rintangan kepada bala dan murka Allah. Anak2 adalah penyebab turunnya keampunan Allah ke atas kita dan peluang untuk kita memperbaiki kesilapan yg sedang kita buat. Susah payah kita berhabisan tenaga, wang dan masa untuk anak2, Allah balas dengan rahmat dan rezeki di dunia lagi. Itu yg gua telah rasa selama 5 tahun ni.
Anak2 akan melalui peringkat pembesaran. Setiap peringkat pembesaran, sebenarnya ada hidayah dan rahmat di situ untuk ibubapanya. Bila anak2 mula boleh berinteraksi, bercakap, bermain, berjalan, memanjat, berbasikal, bersekolah, bergurau, berkawan.. Semua ni rahmat Allah. Tak ternilai dengan seluruh harta di dunia. Anak2 adalah makhluk istimewa di hati ibubapa yg celik hati dan iman.
Tahniah bro. Dapat anak lelaki. Gua pun baru je dapat anak ketiga bulan 10 lepas. Lelaki gak. Alhamdulillah, tanggungjawab anak lelaki kepada ibubapa hingga akhir hayat. Akhir zaman ni, syukur la dapat anak lelaki. Moga jadi pembimbing, penjaga dan pelindung kita di hari tua. Acuannya dari sekarang.
Biar banyak anak jangan bini.
ReplyDeleteCamner pun, tahniah bro!