Skip to main content

Apabila TGNA jadi mesin cuci dosa.

Oleh : AdukaTaruna

Entah macamana, dek kerana kuatnya pengaruh TGNA dalam keagamaan, sedar tak sedar, TGNA dah jadi satu mesin cuci dosa manusia.

1. Ahli politik wanita yang tersebar gambar tidurnya dulu, walaupun bukan salahnya, jumpa TGNA bagi meredakan keadaan. Tersebarlah gambar wanita tersebut bersama TGNA. Dosa yang tak dosa pun hapus.

2. Ahli politik wanita bukan Islam yang diserang isu masuk surau sampaikan bantuan. Pun jumpa TGNA. Tersebarlah gambar bersama TGNA. Dosa yang tak dosa pun hapus.

3. Statement Anwar berkenaan Zionis, video seks, tuduhan liwat. Dikritik hebat. Jumpa TGNA gak. Cuma Anwar lebih hebat. Jumpa ulama dunia yang lain juga. Dosa yang tak dosa pun hapus.

4. Gua faham hakikat ini awal lagi. Sebab tu, walau gua ada gambar berdua dengan TGNA (TGNA tak tahu gua AdukaTaruna masa bergambar tu), gua tak publish pun. Simpanan keluarga jer. Kecuali gambar tahnik anak gua. Tu pun bukan majlis khas. Gua beratur bersama puluhan rakyat lain.

Kalau gua publish gambar gua berdua duk atas kerusi dengan TGNA, kompom gua telah menggunakan TGNA sebagai mesin cuci dosa gua. Banyak tu dosa gua.

5. Hari ini, apa yang sebenarnya gua nak sampaikan dalam N3 kali ni ialah; pagi tadi 09/10/12, Nazri Aziz telah hadir bertemu dengan TGNA. Nazri Aziz adalah antara pemimpin UMNO yang akan jumpa 'tuan rumah' kalau hadir ke Kelantan. UMNO yang lain haram nak buat camtu.

Cumanya, menariknya, kali ini Nazri Aziz bawa anaknya. Jeng jeng jeng... budak tu semua tahu rekodnya. Berita itu disampaikan kepada gua oleh Zam Zamani. Jurukamera Menteri Besar. Gua suruh Zam jangan publish gambar budak tu. Gua bimbang gambar dia cium TGNA diletakkan dalam satu poster dengan gambarnya yang gitu2 tu.

Zam kata dia takda kuasa. Gambar memang akan ditapis oleh SU Akhbar dulu. Gua nak kol SU Akhbar malas jadi koya mengarah orang itu ini plak. Fikir punya fikir, gua taip dalam blog jer la.

Lepas settlekan kerja2 NGO R, gua ke UTTV nak tulis N3 ni la. Gua story sket sama Topeng Perak. Topeng kol Zam. Zam cakap, kalau dia tak publish pun gambar tu, Nazri Aziz bawa jurukamera mereka sendiri. Tu diaaa....

So, kembali kepada tajuk N3. Menjelang PRU, apakah TGNA jadi mesin cuci dosa?

Comments

  1. jang..ko ni suka komen n timbul kn kontrversi. nogori ekau ado ekau kisah ko. knapo...smua yg x kono kek tompek org. den meluek tgk gayo ekau...belaja x abih tp kojo nk ngato. balik sromban tu...poi kutuk mb ekau. ni numpang kek tompek org nk bnyk songeh. lopeh ni kalau kelantan x mau ekau cam N9 mano lak ekau nak pg...smuo org ekau nk belasah...anak bini makan ckup ko? ni umah numpang mertuo ko umah sendiri. lotih den nengok kan ekau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alo bro... lu x tau kesah ke... yg dio duk tulis pon bkn tompet org loin.... tompek dio jg.... hang ni.mengalahkan mak bapak dio.... apo masoalah kau smpai anak bini makn ko tidak... apa lei masoalah kau dio duk umah mertua ke apo.... tau la dio nk uruskan hidup dio... dio ado berhutang samo ekau ko.... ko ekau bowi dio makn anak bini..... jgn duk aodap jari jo nk taip.... berakal la sikit.....

      Delete
    2. Alo bro... lu x tau kesah ke... yg dio duk tulis pon bkn tompet org loin.... tompek dio jg.... hang ni.mengalahkan mak bapak dio.... apo masoalah kau smpai anak bini makn ko tidak... apa lei masoalah kau dio duk umah mertua ke apo.... tau la dio nk uruskan hidup dio... dio ado berhutang samo ekau ko.... ko ekau bowi dio makn anak bini..... jgn duk aodap jari jo nk taip.... berakal la sikit.....

      Delete
  2. Bhai AT...

    Sebab itu la gua paling susah nak bergambor.. tak kira la ngan ulama ker... ahli politik ker.. artis ker.. sebab takmo gambor digunakan untuk kerja camnie la.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. sebagai seorang ulamak yg ORI,nik aziz sedia jumpa siapa saja..terpulanglah pd niat org yg pi jumpa dia tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.