Skip to main content

Blogger PAS Terengganu kutuk isteri Zainulfaqar yang sakit.

Kutukan blogger PAS Terengganu : Freezone Terengganu

Alhamdulillah.

Hari ini saya berbuka puasa ala kadar saja di Hospital Pakar Sultanah Aminah, Johor Baru. Hajjar tak berpuasa. Hajjar perlu makan sebab beliau sakit. Firman Allah s.w.t: "Wa inkana maridhon aw 'ala safarin..."

Petang tadi, Pakar darah, Dr Lim Soon Kim menjelaskan bahawa penyakit yang dihadapi oleh Hajjar jarang belaku di sini. Dr kata Hajjar kurang darah atau anemia. Anemia bukan penyakit. Anemia adalah tanda-tanda lazim yang diwarisi secara genetik.



Anemia mungkin faktor ketumbuhan yang kian membesar di paru-paru Hajjar atau sebaliknya. Ketumbuhan itu pun, menurut Dr, masih tidak sampai pada tahap kanser atau barah. Pembedahan major senang dilakukan jika Hajjar ada ketumbuhan di paru-paru sahaja. Itu, kes yang lazim dibedah di sini.

Kes Hajjar disifatkan "jarang berlaku" kerana platlet dalam badan Hajjar sangat berkurangan. Darah pun kurang. Jika pembedahan ketegori major dilakukan, Hajjar berdepan risiko yang yang tinggi, iaitu pendarahan teruk.

Kes Hajjar menjadi bertambah rumit apabila tidak diketahui punca limpa dan hati Hajjar kian membengkak.

Patutlah saban malam, Hajjar mengerang dan menggigil kesejukan. Orang kurang darah atau anemia memang begitu. Patutlah mata Hajjar kekuning-kuningan sejak kelmarin. Itu, tanda-tanda limpa dan hati 'bermasalah'.

Saya kata, paru-paru Hajjar dikenal pasti membengkak semasa membuat siasatan perubatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada bulan lepas.

Sungguhpun Dr pakar darah, beliau melahirkan rasa hairan mengenai insiden darah lebih dua bag boleh hilang begitu saja dalam badan Hajjar dalam tempoh tak sampai 24 jam.

"Pembedahan (membuang ketumbuhan pada paru-paru) tidak boleh dilakukan sehingga diketahui punca limpa dan hati bengkak kerana perlu diketahui punca sebenar sakit Puan Hajjar," kata Dr. kepada saya petang tadi selepas membuat siasatan fizikal pada seluruh tubuh Hajjar.

Saya bersetuju dengan cadangan Dr untuk mengambil tisu sum-sum Hajjar untuk membuat siasatan perubatan lanjut kerana itu sahaja opsyen segera yang ada.

Sungguhpun saya tahu kesakitan teramat serta risiko kaedah sedemikian, ikhtiyar dan pasrah perlu pada saat-saat genting sebegini.

Pembedahan minor dijadualkan pada Isnin depan. Mudah-mudahan, ia mempercepat pembedahan major untuk buang ketumbuhan dan sembuhkan sakit lain-lain kelak.

InsyaAllah, Jumaat nanti, saya akan bergegas pulang ke Pulau Pinang. Saya mungkin akan memohon cuti tanpa gaji selama 30 hari kerana Hajjar memerlukan saya terutama semasa menggigil kesejukan sepertiga malam tiap-tiap hari.

Saya semacam tahu yang Hajjar akan bermukim di hospital ini lebih lama. Bukan seminggu atau dua minggu. Isnin pagi, saya kembali ke Johor Baru.



Syukur...Mujur Insyirah yang comel itu serasi dengan mak mertua dan bibik Hazirah di Johor ini.

Apabila Dr memberikan penjelasan rumit, saya pun tak kata apa-apa.

Saya tak mahu menjelaskan mengenai penjelasan perubatan Islam yang saya bersama-sama Hajjar tempuhi sejak sebulan lepas sebab perubatan konvensional memerlukan penjelasan saintifik.

Ustaz Arif, pengendali perubatan Islam dari Pusat Perubahan Islam Ruhaniah, Senawang sebelum ini berkata, Hajjar terkena sihir liar. Selebihnya, biarlah rahsiah kerana itu hasrat Hajjar.

Memang susah untuk menjelaskan mengenai kesimpulan perubatan konvensional dan perubatan Islam kerana kedua-duanya mempunyai disiplin yang berbeza serta kaedah penyelesaian berbeza.

Hajjar ucap terima kasih kepada semua yang terus mengutus salam dan doa untuk dirinya.

Bagi yang berniat untuk menyumbang kepada Hajjar, boleh disalurkan melalui akaun Maybank2U saya dahulu, Zainulfaqar Yaacob, 164258481533. Tolong SMS saya, jumlah sumbangan.

Sekadar perkongsian.

ZAiNULFAQAR YAACOB
Johor Bharu | 8.32 malam

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.