Skip to main content

Weih mokcik Klate.. sultan demo tu oghe luar gak ko?

Oleh : AdukaTaruna

Tadi gua sensorang bertugas kat booth R di Expo Pertanian Stadium KB. Jadi salesman dan promoter. Ayat standard ialah :

"Silakan masuk. Baca jer. Free tak kena bayar. Kalau setuju boleh sign. Tak setuju tak mengapa."

Ada satu mokcik yang gua percaya Wanita UMNO (tapi anak dia cun siot). Lepas gua tegur dia dengan ayat standard, dia pun masuk sambil tanya gua (ayat lebih kurang) :

"Habes, yang kat Pantai Senok tu apa dia?"

Gua dah bengong dah. Apa dia ada kat Pantai Senok? Ayie Prop tak bagitau gua pun.

"Saya tak tahu apa ada kat Pantai Senok tu, tapi booth ni berkaitan dengan perjuangan gas dan petrolium. Hasil bumi Kelantan sendiri."

"Tu... kat Pantai Senok tu.. apa dia?"

"Apa dia?"

"Kilang gas la. Kat Pantai Senok tu. Kan dah ada tu."

"Itu mungkin pemborong gas memasak kot. Tapi ini pasal bahan mentah. Hasil bumi Kelantan."

"Kamu orang luar ke ni?"

"Yer saya."

"Kamu g Pantai Senok dulu, baru boleh kecek." Makcik tu terus blah sambil tarik anak dia yang cun.

Ekeleee... Mokcik nih. Dah tu, Sultan lu ni orang luar sama macam gua gak ke, sampai tak tahu Pantai Senok tu ada apa? Weih.. kat Pantai Senok tu ada apa? Gua pun tak tahu nih.

Comments

  1. Rasanya mokcik nih dah keno boddo ko awe adik & stopa mamat pasal isu royalti ni.
    Padahal kilang silinder gas dan bottling kat pantai senok la bukti rakyat klate dinafikan hak.
    Gas di bawok ke pantai senok dgn kontena dari thailand setiap hari. Sepatutnya senok dah ada depot petronas dagangan macam di kerteh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.