Skip to main content

Ulasan debat Khairy vs Pemuda PAS

Oleh : AdukaTaruna

Opss.. silap. Intelek Pemuda PAS hanya muncul bila artis tersilap baca skrip. Atau artis membaca skrip yang meragukan. Bukan pemuda PAS. Tapi Rafizi.

Gua takmo fokus bab point debat. Semua boleh menilai. Dan gua sendiri pun ada dasar cadangan untuk pendidikan. Tapi belum dizahirkan lah.

Cuma nak citer bab Khairy nih. Ramai kata beliau bijak. Termasuk member gua sendiri. Si Topeng. Kalau bijak berpolitik, maybe. Maybe sahaja. Tapi kalau bijak dalam memikirkan dasar negara, gua fakap sahaja.

Pada gua, Khairy sedia berubah apabila dirinya terpulau. Dalam keadaan lanskap politik selepas PRU12, beliau terpaksa mengapungkan dirinya dari tenggelam. Gua percaya inilah pembolehubah Khairy sebenar.

Khairy sanggup hilang berbulan lamanya bagi memasuki askar Wataniah. Khairy berjaya dapat sayap terjun payung. Khairy tampil dalam debat isu-isu terpilih. Yang dia pilih sendiri. Banyak cabaran debat yang dia takut. Khairy tampil berdemo ketika BERSIH 2.0 juga berdemo. Semua ini usaha Khairy mengapungkan dirinya. Bukan kerana beliau bijak dalam menentukan dasar negara.

Debat malam tadi membuktikan intelek Khairy. Biasa2 sahaja. Bukan soal point. Point dilontarkan berdasarkan dasar parti sendiri. Gua sendiri ada point tersendiri. Rafizi ada. Sosialis ada. Kapitalis ada. Soalnya, yang mana paling rakyat terima sahaja.

Tetapi, apabila diberi peluang mengajukan soalan kepada lawan, Khairy pilih soalan negeri PR yang tak lakukan pendidikan percuma. Pemilihan soalan tersebut menunjukkan Khairy bodoh sebenarnya. Bukan genius macam yang Topeng dakwa. Itu soalan bunuh diri. Itu soalan makcik Felda.

Bercakap soal Rafizi pula, gua ucapkan tahniah kepada Rafizi dalam kemampuan mencadangkan dasar. Tapi gua tetap tolak dia sebagai pimpinan. Kerana Rafizi sifar aktivis. Dia pemimpin dalam pejabat dan aircond. Manusia jenis ini, apabila lanskap politik tidak memerlukan apungan diri, maka mudah dia berubah kepada elitis bangsat.

Memang tak semua pemimpin berjiwa aktivis. Tapi at least jangan la sifar. 10% berjiwa aktivis sudah cukup pada gua, untuk lanskap politik semasa ini. Yang turun padang, yang menyertai rakyat dalam gerakan, etc.

Apa pun, tahniah kepada semua. Termasuk Khairy yang terpaksa mengapungkan diri melalui kaedah debat isu terpilih.


Comments

  1. Nasib baik la gua ni aktivist .... Kalu x dah kena kutok dgn seltan aduka

    ReplyDelete
  2. tapi bro, rafizi bersih dia turun...

    ceramah politik dia ada wat...

    ReplyDelete
  3. rafizi kena lebih aktif, dekatkan dengan shabab Msia.

    ReplyDelete
  4. tuan komrad : Baguslah dia turun. tp kena up kan lagi persen aktivis.

    along : Rafii kena up lagi persen.

    terjah : Kah3..

    ReplyDelete
  5. Nepal pon turun,takan la Rafizi tk pernah turun demo,apa LANC la lu ni,bias.kah kah kah

    ReplyDelete
  6. kah3.. ni mesti member FB ni. Hanya member FB jer panggil gua Nepal. Tionaseng.

    ReplyDelete
  7. rafizi?? what the heck...xdok kelas lnsg...statement akhbar pasal kes BAFIA pun kantoi...xdok fakta lngsung kecek..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.