Skip to main content

Tangkapan pertama BERSIH 3.0

Kuala Terengganu,6 April 2012 - Menjelang Himpunan Gergasi BERSIH dan anti Lynas pada 28 April ini, negara menyaksikan 4 orang ditangkap. Mereka terdiri dari seorang wanita dan 3 lelaki dari 25 hingga 33 tahun.

Seorang wanita ditangkap ketika membersihkan lantai di Wisma UMNO Kuala Terengganu, di atas tuduhan mempromosi BERSIH. Aishah Seman, 33 tahun ketika ditemui berkata :

"Akak kerja dengan syarikat cleaner jer dik. Vest kuning ni vest syarikat. Papan tanda amaran lantai basah ni syarikat yang bekalkan. Bukan akak saja-saja suka pakaikuning ni."

Seorang pemuda, Amirul Senin, 25 pula ditangkap ketika melakukan kerja-kerja mengecat kedai telekomunikasi. Menurut Amirah Senin, kakak kepada Amirul, adiknya itu bekerja dengan syarikat telekomunikasi Digi.

"Kami sekeluarga tengah pening nih. Tak tahu nak cakap macamana."

Dalam perkembangan yang berlainan, 2 lelaki pasangan kembar, Jean Francoise dan Jon Marwan di tangkap di sekitar Gambang dan Gebeng petang tadi. Ketika di tanya, pihak polis mengatakan merek ditahan di bawah Akta Otak Kuning 1978. - Agensi Berita Fakap.

Comments

  1. Kah kah... Serta beribu operator shell ditangkap serta pengguna minyak kuning (ron95).... Berserta dengan lampu trafic lght kuning di tangkap... Tangkap jg la dewa br9.... Sbb mereka la kepala kekuningan....

    ReplyDelete
  2. semua kerabat diraja di malaysia juga bakal ditangkap kerana menggunakan warna kunig sebagai warna rasmi...


    hahahaha

    ReplyDelete
  3. Bhai AT...

    Macam haram punya artikel... hahaha.... kuning btol la...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...