Skip to main content

Pekerja Indonesia berlakon orang asal bantah kerajaan Kelantan?

Oleh : AdukaTaruna

Semalam gua kena cover isu pekerja Rohm Wako yang didakwa dibuang atas tuduhan melancarkan mogok melalui facebook. Baru nak keluar rumah, DAP Melayu sms. Ajak minum kat Puspakom. Sampai Puspakom, gua kol dia tak dapat. Cet!

Gua ke Rohm Wako. Seperti yang diramal, gua tak boleh masuk. Salesman tak bleh masuk. Smart sangat ke gua sampai kena tuduh salesman ni? Wartawan? Tunggu kiamat la Pak Guard tu kasi gua masuk.

Gua terus chow menuju Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Tenaga Kerja. Baru masuk area bandar, maklumat masuk, 200 orang asal sedang berdemo luar SUK. Gua terus ke sana.

Ramai gak. Ada la dalam 200-300. Brader gempal rambut panjang tu wajib ada. Kata memember dia SB. Gua tengok kameraman RTM sedang ajar beberapa orang asal membuat kenyataan visual. Gua berdiri belakang orang asal tu sambil rakam kamera RTM sedang rakam si pembuat kenyataan. Malam semalam gua rasa keluar gua keluar RTM kot. Ntah gua dah lama tak tengok TV.

Gua sempat interview beberapa orang asal. Mereka cakap mereka dibawa dengan 7 buah bas. Sorang lagi cakap 5 buah bas. Cara dia cakap gua rasa macam Indonesia jer. Yang interview tu jer gua setuju orang asal. Gua tak puas hati, wartawan RTM interview orang asal, gua interview wartawan RTM.

"Bang, tanya sikit boleh? Dari mana Abang tahu mereka ni nak berdemo hari ini. Siapa yang membuat jemputan kepada media?

Soalan gua disambut dengan emosional beberapa orang berpakaian kemas. Gua follow dan tetap tanya. Wartawan RTM tu mengelak, tersengeh2 sebijik macam gua tanya Hadi Awang dulu. Then, beberapa orang berpakaian kemas tadi mula halang gua. Silapnya gualah kameraman, gualah tukang tanya.

Balik studio, gua buat kerja2 untuk siarkan Buletin 9 UTTV jam 9 malam. Video ada kat http://www.ustream.tv/channel/uttv-live-streaming Gua malas la tepek sini awal sangat. Dah seminggu-dua kang gua tepek la. Kang lu tuduh gua carpab pulak.

Tiba2, Jean Francois conteng kat wall fesbuk gua.  Apakah hukum nya duit gaji seseorang yg sambil bekerja sambil melayan komen fesbuk rakan2 di wall nya? Cissss...

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.