Skip to main content

Radio Budu, radio paling realiti.

Oleh : AdukaTaruna

Design by TheYellowBoutique

Lama dah gua nak buat satu platform untuk bukan pemimpin. Selama ini pemilik2 idea hanya menjadi tukang setup kepada pentas pemimpin melahirkan idea mereka. Orang2 macam MSK, Eddy, mahasiswa, pekebun, etc contohnya just jadi tukang setup ceramah. Di FB banyak rakan2 FB yang mempunyai idea mengenai negara. Tapi tiada platform. Hanya menulis. Padahal setakat ahli politik macam Azmin Ali, tahap cikai punya idea. Takda langsung. Berapa banyak ahli politik yang hanya menjaga parti, atau ketua parti. Bukan penyumbang idea di parlimen.

Gua, AdukaTaruna, memohon untuk bina satu platform dianggap kebanyakkan orang politik sebagai memberi gua senjata. Dan senjata tu pasti tiada jaminan menikam mereka sendiri. Tak mengapa, gua professional. Apa sahaja perlukan duit, bro. Gua bukan kaya. Ni pun silap2 gua akan ke KL untuk 3 bulan. Kerja sana. Syarikat offer RM1800. Tinggal anak bini la, kejap. Nak bayar lawyer maa.. Buat Melayu2 bodoh yang merelakan diri menjadi perisai kepada sistem seltan tu, gua takkan maafkan sampai kiamat. Gua bukan baik mcm nabi. Allah bagi hak memberi maaf kepada gua. Ngeee...

Akhirnya seorang rakan membantu. Bayarkan server. Belajar sofware asas DJ. Winamp. Nak DJ kat rumah plak tak sesuai. Kena DJ kat tempat kerja nih. Kena ada berukben. Maka share la sorang sikit bagi bayarkan berukben. Masa MSK, Anas Jalil, etc ada as pemberi idea, guna skype, walau laptop 1 Malaysia gua asyik hang, audien mencecah 90 orang ip unique. Pada jam 2-3 pagi tuh. Radio Budu plak masih baru dan huru-hara.

Alhamdulillah. Kini keadaan semakin stabil. Ada banyak bukan pemimpin yang berpeluang menyampaikan idea. Inilah radio paling realiti pada gua. Takda studio. Macam2 bunyi masuk. Paling wajib ialah bunyi motor member Pak Guard gua yang keluar masuk. Paling adventure bila bos gua sampai time gua tengah DJ. Sound pendengar sepatah dua, terus tutup laptop dan cabut berukben. Tak sempat nak shutdown. Berukben paling penting. Sebab kena jimat. Duit rakyat tu. Hua3..

Teringat ketika Sembang Larut Malam dengan Edyes, Cuping, Fakrudin dan Jean. Masa masih dalam keadaan ujikaji. Tengah on air kucing rumah gua boleh bertumbuk dengan kucing jiran plak depan microphone. Live bersama Adam Adli kat bilik rumah Jeming. Dengan wayar berserabut, buku majalah bertimbun, dengan Jeming tak pakai baju. Kesemua 'panel' on air dalam keadaan meniarap atas tikar. Mengadap laptop.

Semoga Radio Budu ni akan stabil dari segi masa ke talian. radio Budu skang dah ada beberapa DJ, cuma mereka maybe masih segan nak bercakap. Gua akan cadangkan beberapa DJ lagi. Inilah satu platform yang dibangunkan bagi memberi peluang bukan pemimpin menyampaikan idea2 mengenai negara. Amin.

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.