Skip to main content

Pandangan gua akan Thaipusam dan hina nabi.

Oleh : AdukaTaruna

Thaipusam punya hal.

Mula2, ofkos la gua bukan ahli dalam menetapkan hukum. Tapi gua tetap nak share gak pandangan gua akan isu nih. Menurut Imam Jean Francoise, iman tu mempunyai 3 perkara. Pertama membenarkan dengan hati. Kedua melafazkan dengan lidah. Ketiga melakukan dengan anggota.

Gua ingat kalau cukup 3 perkara baru jatuh hukum Iman. Sama ada iman terhadap Islam atau Iman terhadap selain Islam (murtad).

Ada satu kisah. Orang Palestine yang susah sangat. Keluarganya miskin. Satu keluarga Israel menyatakan kalau dia mahu membantu keluarganya dari kesusahan / miskin, hendaklah menjadi hambanya, dan mengikutnya ke dalam agama Yahudi. Si Palestine ni setuju. Dia mengikut si Yahudi solat dan macam ritual Yahudi.

Tetapi setiap kali waktu solat Islam, dia tetap solat. Kena penjara, kena ikat, macam2, dia tetap solat. Solat cara darurat la. Si Israel ni tanya. Mengapa engkau begini? Palestine menjawab, fizikal gua memang milik tuan. Gua solat Yahudi kerana tuan. Tapi jiwa, roh, lidah dan anggota solat adalah milik Allah.

Walaupun peristiwa ini maybe palsu, tetapi kita boleh belajar konsep dan falsafah dalam cerita ini. Dalam kisah nabi Muhammad saw dulu pun begitu. Ada satu keadaan hamba disiksa yang membenarkan lidah membatalkan akidah. Tetapi masih ada 2 perkara lagi. Yakni hati / jiwa dan anggota.

Gua berpendapat, sama ada beriman atau bertukar iman itu, harus cukup 3 perkara itu. Kalau hanya 2/3, ianya masih belum bertukar. Jika Najib / TGNA hadir ke Thaipusam semata2 ingin menjaga keamanan negara, hubungan kaum, kekuatan negara dengan melakukan perkara sikit2 ritual mereka, Najib / TGNA masih ada 2 perkara lagi. Lidah (pengakuan dan jiwa).

Wallahualam.

Hina Muhammad saw.

[1]
Setiap umat Islam adalah tawanan dalil. Kena ada dalil. Termasuk dalam hukuman terhadap penghina Islam. Apatah lagi penghina Muhammad saw.

Dalil penghina Islam yang dibebaskan Muhammad ialah seorang Arab yang kencing dalam masjid nabi, depan nabi dan sahabat2. Nabi tegah hukuman fizikal dilakukan oleh sahabat2.

Dalil penghina Muhammad saw yang dibebaskan Muhammad saw sendiri ielah ketika penduduk Taif melempar batu kepada Nabi. Nabi hanya doakan hidayah. Nabi buy time.

Jika kafir yang menghina nabi pun Nabi suruh releks, apatah lagi muslim yang ada basic pengetahuan mengenai Islam. Gua berpendapat, kemenangan kepada Iblis kalau si muslim yang tersilap tadi dibunuh sebelum sempat dipulihkan.

Satu kisah Nabi Nuh as yang mendoakan bala terhadap umatnya. Iblis telah berdialog kepada Nuh as. Bahawa doanya itu meringankan beban tugasnya untuk menyesatkan anak Adam. Selagi dibiarkan umur umatnya panjang, bermakna anytime mereka boleh bertaubat. Bertaubat setelah sekian lama mengikuti jalan Iblis adalah satu kekalahan yang sangat nyata bagi Iblis.

Sebab itu ulama yang faham, mendoakan dirinya cepat mati kalau lambat mati itu tidak bermanfaat kepada dirinya. Harun Din mendoakan dirinya mati sebelum zaman Dajal. Ostad Fadhil mendoakan Mahathir panjang umur. Mengapa?

[2]
Kalau muslim yang tersilap fakta, atau fahaman dijatuhkan definasi hina nabi, dan dijatuhkan hukuman mati sebelum dia sempat bertaubat atau memahami atau ditarbiyah Allah sendiri akan kesilapannya, maka kemenangan Iblis itu tanggungjawab siapa?

Peristiwa kencing masjid Nabi depan Nabi sendiri masih belum dijatuhkan definasi hina oleh Muhammad saw itu sendiri. Peristiwa dibaling batu sampai berdarah juga belum dijatuhkan definasi hina oleh Muhammad saw sendiri. Hari ini bagaimana definasi hina itu ditetapkan?

Umar ra pernah mengugut akan memukul sesiapa yang menyebarkan kematian Muhammad saw. Mengapa? Menyebarkan kematian Muhammad saw adalah menghina? Lalu ditegur Ali bahawa sesiapa yang beriman kepada Muhammad, maka ketahuilah Muhammad itu sudah mati. Sebaliknya, sesiapa yang beriman kepada Allah, dan mengakui Muhammad itu kuli batak Allah (pesuruh = kuli batak), maka Allah tidak akan mati, dan insyaallah kita akan berjumpa dengan Muhammad nanti.

[3]
Sikap kerajaan Malaysia yang tidak menerima langsung pelarian politik negara lain gua bantah. Ini double standard dengan Muhammad saw yang meminta sahabat lari ke Habsyah. Ya, kesnya berlainan. Antara Islam dengan penghina Islam. Tapi standardnya sama. Ingat, terdapat perjanjian yang dibuat Nabi bersama Mekah yang menjelaskan standard ini.

Pada gua, kerajaan Malaysia sepatutnya menangkap si tertuduh, diberikan kaunseling, dibenarkan pegawai2 Arab Saudi itu bertemu dengan tertuduh, tetapi buy time dengan tidak menyerahkan si tertuduh tersebut. Ini soal menyelamatkan akidah si tertuduh. Anggap dahulu peringkat ini, dia tersilap. Harap2 dia bertaubat sebelum dihukum bunuh. Bukan dihukum bunuh sebelum dia bertaubat.

Mengapa gua bersikap dan berfahaman sedemikian? Kerana Allah pernah mentakdirkan diri gua juga tersilap. Jika Ostad Wan Ji dan rakan2 gua semuanya berfahaman Arab Saudi, maka, menanglah Iblis kepada gua. Alhamdulillah, dengan takdir itu, gua diberi kesempatan merasai satu nikmat kesilapan. Dan anugerah rasa silap itu telah membentuk gua dalam satu bentuk yang tertentu.

Kenyataan pihak2 yang mahu pengadilan yang adil dan wajar dari Arab Saudi gua sokong. Kalau pemimpin UMNO bersifat pro Arab Saudi dalam kes ini, sepatutnya pemimpin2 UMNO yang menghina Nabi juga perlu dihukum secara Arab Saudi.

Wallahualam.

Comments

  1. "iman tu mempunyai 3 perkara. Pertama membenarkan dengan hati. Kedua melafazkan dengan lidah. Ketiga melakukan dengan anggota.
    Gua ingat kalau cukup 3 perkara baru jatuh hukum Iman. Sama ada iman terhadap Islam atau Iman terhadap selain Islam (murtad)."
    +-------+-------+-------+-------+-------+-------+-------+

    diatas tu petikan dari tulisan lu jadi gua nak bagi komen skit berkenaan hal itu.

    1) dalam agama kita ada 2 perkara pokok... Iman & Islam. Iman dan Islam adalah 2 perkara yang berbeza.

    Iman adalah Keyakinan 100% kita pada apa jua yang datangnya dari Allah. Oleh kerana Iman adalah keyakinan yang lahir dari hati maka ianya tidak dapat dilihat dgn mata kasar. Iman hanya dapat dilihat dengan mata hati.

    manakala Islam adalah perlakuan/perbuatan kita dalam melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya. Oleh sebab itu samada org itu Islam atau bukan, ianya dapat dilihat dari zahir perbuatannya seperti contoh jika dia solat maka kita katakan dia seorang Muslim) sembah tokong maka dia bukan Muslim

    Rukun Iman ada 6 perkara dimana kesemua rukun Iman itu adalah keyakinan didalam hati yang tak mampu kita lihat samada seseorang itu beriman atau tidak. Namun begitu tidak dikira sempurna imannya sehingga dia melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya lalu apabila Imannya itu diterjemahkan dlm bentuk perbuatan seperti Syahadatain, Solat, Puasa (dsb) maka barulah dia bergelar Islam.

    Jadi dapat kita fahami Iman adalah keyakinan hati manakala Islam adalah hasil terjemahan Iman yang dilahirkan ke dalam bentuk perbuatan. Akan tetapi ada juga orang yang zahirnya Islam namun batinnya tiada iman seperti para Munafik.

    Setelah ada imannya (membenarkan di dalam hati) maka perlu pada proses seterusnya bagi memantapkan lagi IMANnya iaitu "Melafazkan dengan lidah" (Mengucap 2 kalimah Syahadah) dan "Melakukan dengan anggota" (Solat, Puasa, Zakat & Haji)

    jika benar bagai dikatakan bahawa Syarat dikatakan Beriman perlu pada 3 perkara itu maka timbul persoalan dlm diri kita...

    a)-bagaimana dengan anak orang kafir yang meninggal dunia sebelum mereka mampu "melafazkan dgn lidah" (Syahadah) dan "Melakukan dengan anggota" (Solat dll) itu..? Adakah mereka tidak dikira beriman sedangkan Anak kecil itu dilahirkan dlm keadaan fitrahnya suci malah sejak dialam Roh lagi mereka telah beriman, mengakui bahawa Allah Tuhanku jadi dimana taraf iman mereka itu..?

    b) -bagaimana pula dgn taraf keimanan orang kafir yang hanya sempat melafazkan Syahadah dan kemudian meninggal sebelum sempat dia melakukan dengan perbuatan (Solat dll)

    c)- bagaimana dgn orang Islam yang dengan sukarelanya (bukan dipaksa) secara terang-terang menyembah berhala (melakukan dgn perbuatan) dan melafazkan dgn lidah bahawa berhala itu tuhannya namun kita tidak tahu bagaimana niat dalam hatinya- apakah dia belum dikira murtad..?

    Jika dia tidak dikira murtad disebabkan belum mencukupi syarat ketiga iaitu "membenarkan dlm hatinya" (bahawa berhala itu tuhannya) maka Hukum Hudud keatas orang Murtad tidak dapat dilaksanakan keatas mereka yg Murtad kerana sudah pasti mereka menafikan niat hatinya bagi mengelakkan dikenakan hukuman.

    Kesimpulannya:
    Dalam soal BERIMAN....asas keimanan adalah meyakini (membenarkan) didalam hati manakala "Melafazkan dgn lidah" & "Melakukan Dengan Perbuatan" adalah rukun Islam yg merupakan pelengkap bagi keimanannya.

    Dalam soal KUFUR/MURTAD pula... Apabila mereka melakukan perkara syirik Kubra melalui salah satu dari 2 jalan iaitu Lisan & Perbuatan atau kedua-duanya maka dia dikira Kufur & Murtad. Antara perkara yang menyebabkan murtad/kufur ialah Menghina Al Quran dan Isi didalamnya (termasuk hukumnya), Mengsyirikkan Allah, Menyembah selain dari Allah dll.

    MUNAFIK pula adalah kufur dlm hati jadi hukum hudud tidak dpt dikenakan keatas mereka disebabkan tiada bukti pada zahir perbuatan.

    IMAN: mengakui di dalam hati
    ISLAM: melaksanakan dlm bentuk lisan &perbuatan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.