Skip to main content

Ramalan gua kes Anwar.

Oleh : AdukaTaruna

Ingat tektik APCO masa kes Perak. Nizar jadi MB tak sempat bubar parlimen dah kena sekat di Mahkamah Rayuan.

Ingat tektik APCO kes Perak. ADUN BN lompat PKR. Anwar sambut. TGNA komen. Sekali lompat semula ke BN bersama 3 ADUN barua. Mati hujah, mati prinsip.

Ingat bagaimana US masuk Banghdad dulu. Dengan kekuatan kecil. Kemudian keluar. Diraikan tentera Saddam kononnya kejayaan menghalau US dari Bahgdad. Sedangkan US nak riki kekuatan kubu terakhir itu. Then, tak sampai 24 jam Bahgdad ditawan US selepas mengetahui kekuatan Saddam.

Kenapa polis bagi kebenaran perhimpunan. Tiada roadblock di Kuala Lumpur. Kenapa PEDIKA dijadualkan berprogram atas nama Islam di masjid berdekatan? Adakah APCO mahu test kekuatan Anwar? Apakah kekuatan Anwar masih tahap 1998?

Jika keputusannya hanya 5 ribu di mahkamah, plus tanpa insiden pertembungan PEKIDA, maybe pendakwaraya akan ke Mahkamah Rayuan.


Comments

  1. Salam Bro, aku memang x suke kau sejak kau nak langgar TGHH, tapi x bermakna aku x boleh bersetuju dengan semua pendapat kau. Analisis kau kali ini menarik untuk difikirkan bersama. Aku puji dan ada kelas! So, kita kena kaji sejarah dan analisis serta bersedia untuk segala kemungkinan.

    ReplyDelete
  2. Bhai AT...

    Ini semua plan kecik jer.. ader plan yang lebih besar lagie... lu tunggu dan lihat...

    It's all about strategy... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. Gua dah agak dah. Masa Polis setuju bagi berhimpun, Azmin siap berdiri sebelah Ketua Polis WP lagi, gua dah pelik bin ajaib. Lunak plak Polis kali ni, hehe.

    Anwar hanyalah pengikat dan penghulu PR, bukan dewa sanjungan rakyat. Perhimpunan BERSIH walau diberi amaran dan ancaman, walau berpuluh road block dan saman, walau beribu Polis dan water canon mengepung, rakyat tetap hadir menjayakannya. Tapi kes Anwar, tak seramai itu, walaupun laluannya dimudahkan.

    Kalau APCO menjadikan himpunan pagi tadi sebagai benchmark, memang silap. Mereka mesti jadikan himpunan BERSIH sebagai benchmark. Klimaks kebencian rakyat pada penyelewengan sistem pilihanraya.

    So gua tak rasa APCO sebodoh tu. Kalau nak relate dengan kes Perak, gua rasa ada relevannya. Lepas ni Saiful dan pendakwaraya akan fail ke Mahkamah Rayuan.

    Gua tak pelik kalau keputusan pagi tadi telah menggembirakan penyokong / ahli PR lalu mengatakan keadilan dan kebenaran telah menang! Siap puji Hakim dan Mahkamah. Lubang depan mata beb.

    Anwar pengikat PAS-DAP. Dia mesti dipenjarakan sebelum PRU13. Hassan Ali akan mula mendedahkan UG dengan dahsyat hanya selepas Anwar dipenjarakan. Serang PAS habis-habisan sehingga hilang kepercayaan DAP.

    ReplyDelete
  4. tidak pernah yahudi dan kuncu-kuncunya redha dengan sesiapa yang menentang kemahuan mereka. Yahudi, nama yang Allah sebut dalam sejarah ternmaktub di dalam al-Quran.
    Beringatlah kita semua, mungkin di hadapan kita sedang menunggu sesuatu yang AMAT BESAR untuk PR umumny dan DSAI khususnya.
    Mereka adalah pembelit yang dinasihati oleh APCO YAHUDI.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.