Skip to main content

Falsafah gua akan Aziz Bari calon PAS.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Selain dari pemberontak romantik (kah3), gua juga adalah NGI (istilah MSK kalau tak silap). PAS Reform, dan insyaallah Rebublic Rakyat Malaysia nanti pula bukan pertubuhan. Sebaliknya idealogi atau fahaman. Macam ABU juga. Bukan pertubuhan. Hanya fahaman. Satu titik perjuangan bersama.

Untuk sidang media ABU, gua dihubungi Edyes supaya membantu Topeng. Edyes memberikan gua kenyataan akhbar ABU. Dan gua tukar kenyataan akhbar itu kerana pada gua ABU negeri harus ABU kerana tempatan. ABU Penang ada isu Penangnya sendiri. ABU Kedah ada isu Kedahnya sendiri. Kelantan juga perlu Asal Bukan UMNO/BN kerana isunya sendiri.

Tetapi dibantah Topeng. Kerana kenyataan yang di email tidak begitu. Gua macam biasa, keras. Gua bukan di dalam kotak. Gua masuk dan keluar. Gua bukan pengikut ketetapan budaya secara mutlak. Hazwan mengatakan kalau ABU Kelantan guna isu Kelantan, yang perlu jurucakap ialah orang Kelantan. Bereh. No prob. Gua pun memang nak duduk belakang. Cuma terpaksa fight falsafah dulu sebelum itu.

Gua rasa macam tak logik ABU Kelantan membacakan kenyataan akhbar yang ada Lynas. Di hari sidang media tersebut, akhirnya media mengambil statement ABU Kelantan. Cuma tak cukup kerana gua fotostat hanya 4 salinan. Kerana tak cukup, wartawan Sinar Harian ambil statement ABU Kelantan secara tangkap gambar salinan tersebut.

Dan akhirnya, Edyes menyusun pemberitaaan sidang media ABU secara mengikut isu tempatan negeri itu sendiri. Setiap negeri ada isunya mengapa harus ABU.

[2]
Ketika perjumpaan blogger di KL yang diaturkan MSK dulu, gua ada berdebat tak rasmi (bertekak ilmiah) dengan Haris Ibrahim MCLM. Dalam BM la. Kalau dalam BI, mampos la gua.

Haris mempersoalkan sikap parti politik dalam Pakatan Rakyat yang enggan memberi laluan kepada calon MCLM (atau mana-mana calon bebas anti UMNO/BN) di kerusi2. Sama ada bertanding atas bebas, atau pinjam tiket parti. Gua faham ideanya. Tapi gua rasa pelik.

Siapa dia parti politik yang mahu membenarkan orang lain yang tidak boleh dikawal dari perlembagaannya (jawatankuasa disiplin / pemilihan parti / etc) bertanding atas tiketnya? Atau setidak2nya memberi laluan satu lawan satu?

Gua cakap, jangan salahkan parti politik. Gua pun bukan dari mana2 parti politik. Lu nak bertanding bebas, letaklah calon bebas lu sendiri. Kalau calon lu kuat macam kerusi2 di Sarawak sana, bebas boleh menang. Kalau lu tak rasa boleh menang, bermakna lu tak kuat. Tak kuat bermaksud lemah. Jika lu lemah, pelik kalau salahkan parti enggan benarkan orang lemah bertanding.

Ada beberapa backup Haris, tapi gua malas mahu fight sangat sebab objektif perjumpaan akan lari. Gua terus pinjam marker, dan terus fokus kepada mekanisme objektif perjumpaan.

[3]
Sehinggalah hari ini, tiba-tiba gua rasakan hujah gua boleh dipertikaikan. Hujah dipertikaikan. Bukan falsafah. Mengapa? Kerana khabar2nya, Hasan Ali bukan ahli PAS ketika menang di Perak. Gua setakat ini tak percaya lagi. Apatah lagi gua takda bukti. Sekarang ni pun gua tak tahu dia ahli PAS atau tidak.

Then dikhabarkan lagi bahawa ketika Haron Din bertanding pun dia masih belum ahli PAS. Yak! Kalau betul bermakna gua tertampar dengan hujah gua terhadap Haris Ibrahim dulu. Dikhabarkan lagi terdapat calon PAS Terengganu juga bukan ahli PAS walaupun dia dilantik EXCO ketika Hadi Awang menjadi MB Terengganu, menjadi ADUN, menjadi MP, menjadi PJ, menjadi Presiden, poligami, ulama antarabangsa, etc.


Janji Allah melalui Rasul kita :

Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya:

”Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: ”Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya.” (Hadith Riwayat Imam Tarmizi).

Dan ketika gua berhujah dengan Haris Ibrahim, gua juga terlupa bahawa Ibrahim Ali bukan ahli PAS, tetapi bertanding atas tiket PAS! Apa yang gua ingat ketika mengemukan hujah gua pada Haris ialah kemasukan Nasution ke Tabung Kenali dibawa mengikut prosedur yang betul apabila mengemukakan borang PAS. Ketika itu Nasution gua agak merajuk dengan Anwar.

[4]
Ketika spekulasi Aziz Bari bertanding tiket PAS di Kota Bharu bertebaran di Kelantan, Topeng ada menyatakan kepada gua bahawa dia tidak setuju. Topeng berhujah lebih kurang maksud :

"Aziz Bari bukan parti. Aziz Bari tidak akan condong kepada parti, tetapi perlembagaan yang sedia ada. Sama seperti Karpal. Jika Aziz Bari tiket PAS, masalah untuk PAS memohon hudud. Seandainya Aziz Bari bersikap mempertahankan perlembagaan negara seperti Karpal."

Gua setuju dengan hujah Topeng selain dari atas stand falsafah gua terhadap Haris Ibrahim.

[5]
Dengan kenyataan Aziz Bari menawarkan diri kepada mana-mana parti yang sedia mengambilnya, menambahkan lagi bantahan gua seandainya Aziz Bari diambil PAS. Dengan kenyataan Aziz Bari itu, ianya menyerupai falsafah Haris Ibrahim MCLM.

Kalau Aziz Bari tidak mahu terikat dengan mana-mana parti politik (tawar kepada sesiapa yang mahu ambil dia dan tidak ghairah menjadi anggota parti bermaksud; dia tidak kisah falsafah parti politik asalkan dia jadi calon), bertanding sahajalah atas nama Aziz Bari. Dan jika mahu mengurangkan risiko pecah undi, Aziz Bari sepatutnya mengeluarkan falsafah ini :

"Saya sedia bertanding menjadi calon atas nama Aziz Bari sendiri. Tetapi, saya memohon parti dalam PR tidak bertanding bagi meningkatkan peluang saya berada dan berjuang di dalam parlimen."

Tetapi apabila Aziz Bari mengatakan :

"Saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka."

Gua rasa down. Jika Aziz Bari tidak mahu terikat dengan prinsip parti, disiplin parti, Aziz Bari perlu menjadi Aziz Bari sendiri. Jika Aziz Bari sebagai Aziz Bari menang sebagai calon bebas pun, masih boleh mengekalkan sistem 2 parti. Kerana kuantiti kerusi parti politik yang bergabung masih dominan terhadap konsep itu.

[6]
Penutupnya, jika PAS mahu mengambil Aziz Bari sebagai calon PAS, dia mestilah ahli PAS itu sendiri. Ahli parti politik itu sendiri. Supaya prinsip dan disiplin parti boleh dikenakan terhadapnya. Kes Hasan Ali genggam telur Hadi Awang N3 lain.

Jika PAS mahu meletakkan calon bukan Islam, ianya harus dari DHPP sendiri. Jika sekumpulan ulama mengikut prosedur yang salah seperti kes Hasan Ali, Haron Din dan Exco Terenggnu zaman PAS dan Ibrahim Ali, itu sebenarnya kehinaan yang Allah catitkan dalam bentuk sejarah Malaysia dan sirah perjuangan jemaah Islam di Malaysia.

Pihak2 progresif dalam Islam, yang Allah akan angkat mereka ketika zaman Allah gilirkan semula kegemilangan Islam ini, harus mengikut peristiwa Nasution dibawa ke dalam kerajaan Kelantan PAS. Menjadi ahli PAS dahulu sebelum memegang jawatan Tok Kenali. Jangan sampai kita rasa diri kita ulama, maka, kita rasa konsep kita yang tulis dan kita yang langgar. Senarai dalil boleh dikemukakan untuk mensucikan diri.

[7]
Ketika Allah mengkehendaki di mana zaman Islam seperti buih di lautan, pemimpinnya adalah terdiri dari baka anak2 pasif yang menghafal. Penghafal.

Ketika Allah mengkehendaki di mana zaman Islam kembali gemilang, pemimpinnya adalah terdiri dari baka anak2 aktif, progresif dan kreatif yang berfikir. Pemikir.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.