Skip to main content

Pendapat gua mengenai Khairy.

Oleh : AdukaTaruna
Label : Pendapat

Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.
[1]
Kata-kata Mat Sabu ni membuatkan gua rasa nak share pandangan gua mengenai Khairy. Malas taip, gua taip Keri lepas nih.

Gua tak menolak Mat Sabu berkata atas dasar taktikal atau sinis, tapi N3 ini mengambil kira atas dasar serius dan jujur. Keri baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS.

Bukan sekali gua dengar pendapat dari penyokong / blogger PR yang Keri ni hebat. Terbaru Syauqi masa majlis dialog secara terbuka membandingkan Keri dengan Tantawi. Dinafikan Husam. Fine, kalau banding dengan Tantawi, gua rasa Parpu Kari lebih hebat dalam arus politik.

Gelojak isu2 negara seperti kedaulatan negera, pemilihan hantu, sehingga isu intelektual sejarah negara, Tantawi dan Nik Abduh adalah manusia yang mandom dari segi pemikiran. Tantawi dan Nik Abduh hanya muncul ketika isu konsert Justin Bibir. Bermakna, pada gua Husam salah. Dan Sauqi tak betul bila membandingkan Keri dengan Tantawi. Tantawi hanya setanding dengan Parpu Kari.

Pendapat gua, kalau tak kerana Suhaizan Kayat bodoh, Tantawi hilang dalam kamus politik. Dan hanya mampu berlegar dalam dunia pentarbiyahan.

[2]
Sahabat gua sendiri, Topeng Perak pernah menyuarakan pendapat mengenai kehebatan Keri. Ketika lepak dengan Penarik Beca selepas dialog Kelantan - blogger dulu. Topeng Perak menyuarakan pendapat, jika Keri bergabung dengan Husam, mereka boleh merubah senario politik negara. Seingat gua, blogger Kulub Sakah juga berpendapat yang sama. Keri hebat.

Cuma gua tak pernah setuju Keri hebat. Kepala bull shit apa hebatnya Keri? Dia naik atas perkahwinan. Dia muncul, mencelah dan mengekploitasi keadaan kerana dia berduit. Dia pula berduit kerana ayahnya adalah PM. Royalti Terengganu habis ditarahnya dgn mcm2 projek pelik.

Itu pembolehubah kehebatan Keri yang gua dakwa. Kalau Keri bukan menantu kepada PM, dia naik tak hari ini? Kalau Keri tidak berduit, dia menang tak Ketua Pemuda UMNO hari ini? Setuju dengan Husam, Kumpul Patriot pun terpaksa guna bangla selain mamak Penang.

[3]
Tapi gua suka ukur kehebatan satu2 tokoh dengan ideanya sendiri. Tantawi yang mandul dalam selok belok politik banyak mengeluarkan idea penyelesaian. Masalah zina dan buang bayi misalnya. Tantawi memberi saranan yang menarik. Kawin gantung.

Mahathir yang jahat turut banyak memberi idea penyelesaian. Jambatan Bengkok, Dinar, penyeragaman waktu antara borneo-semenanjung dan sebagainya. Tapi Keri? Siyes, sedikit bullshit gua tak pernah tengok Keri hebat. Dia hanya pandai manipulasi keadaan. Itu sahaja.

Gua tak pernah dengar idea dia tentang penyelesaian. Gua tak pernah dengar pendirian dia terhadap satu2 isu.

[4]
Jadi, apabila diambil secara serius pandangan Mat Sabu, gua rasa agak terkesima. Ya, memang benar Allah itu mutlak segala2nya, tetapi sekadar zahir apa yang manusia dapat nilai, gua rasa down dari satu sudut kalau Keri masuk PAS, dan diberi pula kedudukan jawatan tanpa melalui proses ujian semulajadi.

Namun begitu, dari satu sudut lain, jika Keri masuk PAS dan berjawatan sebelum BN jatuh, maka Keri tidak lagi dilindungi politik kotor. Bermakna, mudah gua langgar mamat korup idea tapi kaya manipulasi nih. Kalau Keri masuk PAS selepas BN jatuh pun, bermakna keri tidak lagi dilindungi politik kotor. Lebih mudah gua langgar mamat sekaler dengan gua ni.

Tahan tepi jalan pun boleh. Ajak dia debat dalam satu2 isu pun gua rasa gigil. Kalau Hadi, maybe ada pengikut. Boleh berlindung di belakang pengikut. Kalau Keri? Itu penilaian gua sebagai manusia yang hanya boleh menilai zahir dan fakta metarial.

[5]
Terakhir, falsafah lawan yang baik, atau berpotensi menyertai kumpulan UNTUK TIDAK berdebat adalah salah. Debat adalah satu proses pertembungan idea. Tidak kira lawan jahat atau baik. Tidak kira sama kumpulan atau tidak.

Gua perlu tegakkan falsafah ini, kerana bimbang remaja khususnya tersalah pegang akan falsafah yang salah dalam debat. Sekali lagi, debat adalah satu proses fitrah manusia yang bertembung idea. Ianya sihat. Ianya berlaku sama ada lawan jahat atau baik, kasar atau sopan, lelaki atau wanita, sekapal atau tidak.

Boleh menolak debat. Tetapi tidak boleh menggunakan falsafah yang dikemukakan Mat Sabu untuk menolak debat.

Wallahualam.




Comments

  1. keri gabung ngan husam?..... apa keri buat apa kat UMNO N9?....
    husam buat ngan kerajaan kelantan.... tengok la sapa banyak cari sumber pump dana kat kerajaan PAS kelantan....

    bagi wa Husam ni malas pegi pusat sebab malas layan orang yang dengki ngan dia..... pemilihan hari tu pun seb baik la Husam tak lawan jawatan presiden....

    mungkin strategi Husam naik ke peringkat pusat melalui jalan parti... bukan melalui jalan sebagai MP....

    wa malas ulas panjang² la.... elok lu orang tunggu dan lihat jer perkembangan politik Husam ni.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.