Skip to main content

Pandangan gua mengenai polemik hudud terkini.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Maqam TGNA memang langit dengan bumi la banding dengan gua. Dari segi bimbang dan takutnya kepada Allah. Tu sebab kalau boleh, sebelum beliau menemui Allah, dia sudah laksanakan perintah Allah (hudud).

[2]
Gua pula pandang mendapatkan negara yang adil dari segi ekonomi, telus dari segi penguatkuasaan, ruang ketidak seimbangan sosial yang minima, ketiadaan takrifan kasta terhadap undang-undang dan sebagainya adalah lebih aula dari hudud.

Atau kata lainnya, hudud HARAM dilaksanakan dalam keadaan hudud itu pasti hanya berjaya dikuatkuasakan terhadap orang2 miskin dan lemah. Manakala orang kaya dan berkuasa pasti selamat. Itu keadaan negara kita sekarang ini.

Jika Kelantan sudah bersedia pun, tetapi agensi menegakkan hudud itu terletak di pusat. Polis, kehakiman, penjara, etc. Maka, sudah pasti juga hanya orang2 miskin dan lemah sahaja yang tertakluk kepada hudud. Sekaligus gua percaya melaksanakan hudud pada keadaan sekarang adalah haram.

[3] 
Mengkaji polemik lama yang muncul semula ini, ianya datang dari forum Hari Hudud Kelantan. Dan bangkitnya semula perbahasan ini, menandakan kejayaan Kelantan dalam menghidupkan ingatan dan hasrat terhadap hudud setiap masa, sepanjang tahun. Itulah objektif Hari Hudud Kelantan itu dilaksanakan.

[4] 
Namun begitu, adalah menyedihkan jika perbahasan itu lari dari segi objektif memberi faham. Sebaliknya memasuki objektif menundukkan ego musuh, menegakkan ego sendiri. Tegaknya hudud atau tidak; diletakkan di bawah falsafah tegak atau tumbangnya ego parti.

Hari ini TGNA mempersilakan DAP keluar. Dan jika DAP turut menegakkan ego, maka, kekallah Malaysia dalam suasana orang kaya dan berkuasa selamat dalam tindakan undang2. Orang2 miskin dan lemah sahaja yang tertakluk kepada undang2.

Dari tinggal 2-3 penggal sahaj lagi untuk realistik mendapatkan hudud, pergi kepada 50-100 tahun lagi untuk mendapatkan hudud yang sama.

[5]
Mempunyai kes anti dewa, dan berimejkan anti monarki, gua mempunyai agak ramai rakan bukan muslim pro Malaysia Baru.

Servey2 tak rasmi dan tidak menyeluruh mendapati mereka (bukan muslim) memandang polemik hudud hanya dalam kontek Kelantan. Jika bukan muslim di Kelantan menyokong hasrat PAS Kelantan, mengapa perlu bukan muslim luar Kelantan menghalang kehendak demokrasi mereka itu?

Gua berharap, dan bersungguh2 berharap, majoriti bukan muslim luar Kelantan berfikir sebegitu. Jika tidak, hudud pun hanya akan dapat 50-100 tahun lagi, Malaysia baru pun akan dapat 50-100 tahun lagi. Lebai malang. Hulu kenduri habis, hilir kenduri selesai.


[6]
Hari Hudud kelantan perlu diteruskan. Ianya adalah identiti Kelantan. Universiti terbuka. Tapi dengan objektif memberi penjelasan, dan mendapatkan kefahaman terkini. Dan bukan menegakkan ego parti atau kumpulan masing2.

Semoga 2-3 penggal sahaja lagi, hudud akan dapat ditegakkan. Mungkin hanya di Kelantan dahulu sebagai role model, ujikaji, prototaip sebelum dijual ke peringkat negara.

Wallahualam.





Comments

  1. isu ni sbnrnya buka pekung org Pas yg kononnya selama ni nak diselindungkan...dulu ms konvensyen Pas tetapkan Pas setia dgn pakatan rakyat..tok guru Hadi dibelasah teruk pemimpin dan ahli Pas sbb bawa idea krjn prpaduan..baru bawa idea dah kena belasah..DAP pun sibuk belasah...nik Aziz siap suruh ust Nasha keluar Pas..hasan Ali pun kena belasah...

    hari ni lps muktamar tetapkan Pas bawa negara brkebajikan..tiba2 nik Aziz timbulkan balik hudud..tp pemimpin dan ahli Pas diam membisu..knp x belasah nik Aziz sbb engkar usul muktamar spt tok guru Hadi kena lanyak kononnya engkar usul konvensyen???? DAP belasah nik aziz pun yg lain2 diam membisu...lps ust Nasha disuruh kluar Pas,kali ni DAP pulak disuruh kluar pakatan..hebat cara pok nik!! x stuju suruh kluar..x stuju suruh kluar...tp knp x suruh brahim Ali letak jwtn MP sbb hina dan lawan Pas? sbb takut dosa silam beb..dosa meletak Brahim wakili Pas...smpi skrg x brani minta maaf dgn pengundi Pasir mas..huhu

    lu pun same aduka..lu belasah tok guru Hadi gila babi..tp dgn nik aziz lu baik punya sopan santun..bukan main beralas...gi mampos la!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.