Skip to main content

Over Attack : Simpati Mat Sabu di kalangan UMNO.

Oleh : AdukaTaruna

Dalam isu Mat Sabu, gua tak tahu dunia lain. Terutama dunia Melayu Hutan. Tapi gua nak share dunia pengawal keselamatan yang gua berada di dalamnya. Kami tak ramai. 7 termasuk penyelia. Dari 7, gua sorang jer 'atas pagar'. 6 lain termasuk penyelia adalah UMNO-BN. Stendet la bro.. level sebegini.

Staff kerajaan di tempat kerja hanya 5 orang. Menjadikan 7 + 5 lah kesemuanya. Tak ramai. Maka gua mudah memerhati lingkah laku manusia. Di tempat kerja gua ada TV. Sebab kerja tahap releks, maka TV la makanan harian. Dan khusus N3, adalah serangan terhadap Mat Sabu.

Seminggu awal, memang tercapailah apa yang media utama mahukan. Tapi semalam, 2 rakan sekerja ke pejabat pos. Daftar mengundi. 2 ekor UMNO tu rupa2nya tak daftar lagi. Citer je pung pang, pung pang. Sebab apa? Isu Mat Sabu. Over attack. Sampai dia pelik dan rasa kesian mengapa Mat Sabu tak dapat keluar TV membuat kenyataan.

Satu persatu kecam. Kecam, kecam, kutuk, kutuk. Tapi tiada hujah penjelasan.

'Mat Sabu perlu ISA."
Mat Sabu biadap."
Mat Sabu perlu dimasukkan dalam peti sejuk."

Bla, bla bla tapi tiada hujah mengapa Mat Sabu salah.

Mungkin juga bernanah akibat penipuan Najib mengenai kenaikan gaji pengawal. Plus hasutan gua, asasnya. Tapi bila awal isu Mat Sabu, diorang kembali marah gila2 pada PAS. Namun, over attack mengubah segalanya.

"Bakpo tak tubik Mat Sabu nyoh?"
"Bakpo tak tubik Mat Sabu nyoh?"

Sifat sebenar ingin dengar penjelasan Mat Sabu, bagi turut sama join mengecam Mat Sabu. Namun itulah yang gagal dikemukakan TV. Sifat itu bertukar kepada geram kerana still tidak dapat dengar penjelasan Mat Sabu. Dan akhirnya meluat kepada TV dan simpati kepada Mat Sabu. Campur pula hasutan gua A to Z.

Jika Allah tidak membolak-balikkan hati, PAS akan dapat 3 pengundi baru.

1. Dua orang rakan sekerja gua.
2. Seorang penyelia gua yang totok UMNO, askar pencen.

Lepas ni gua nak jadi pengedar CD ceramah Mat Sabu plak kat tempat kerja gua. Manusia paling popular untuk 2-3 bulan di Malaysia ketika ini.



Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.