Skip to main content

Falsafah gua mengenai tukar agama.

Tukar agama pelajar: Hindu Sangam mahu jumpa PM

Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia (MHS) membidas pembabitan kakitangan sebuah kolej tempatan di Perlis yang bersama-sama anggota Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) mengislamkan pelajar India di negeri itu.
Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Malaysiakini.
Label : Falsafah

[1]
Kali ini bacaannya panjang. Yang nak baca, baca. Yang tak nak baca, skip.

Jika ditanya pada gua, siapakah model contoh negara yang gua mahukan bagi tanah air dan darah gua ini, gua mengatakan masa kini tiada model contoh. Tetapi, jika zaman dulu ada. Yakni di zaman khalifah Islam yang 4 terawal.

Ya, memang benar. Untuk contoh model tersebut, perbahasannya antara realiti dan fantasi. Tetapi, setidak2nya itulah asas untuk gua menetapkan falsafah dalam kebanyakan isu. Termasuk tajuk khusus N3 ini.

[2]
Zaman khalifah, kita tidak dipisahkan, disentimenkan dengan sehelai kain yang dicipta bernama bendera. Pemerintahan suku-suku. Perlembagaan asing-asing. Negara lu, negara lu. Negera ku, negara ku. Ianya adalah satu ukhwah yang sangat besar. Universal sehingga terdapat pemerintahan makhluk lain (jin) yang turut berada di bawah 1 kekhalifahan.

Sungguhpun begitu kuat dan hebat, falsafah pemerintahan tidak menutup kepada hujah. Sesiapa sahaja yang terhebat hujahnya dari Hindu Sangam, Kristian, Yahudi, etc boleh berhujah mengenai agama masing2. Sama ada di kalangan masyarakat cerdik atau masyarakat bodoh. Masyarakat kaya atau masyarakat miskin yang menghampiri kekufuran.

Inilah dasar dan fakta yang menolak dakwaan bahawa Islam itu ditegak melalui pedang.

[3]
Ketepikan dahulu soal perlembagaan negara dan suasana zaman sekarang, apakah falsafah asas yang perlu disandarkan untuk setiap perkara. Kita rujuk contoh terdekat yang dok selalu kita ulang2.

Kelantan meletakkan agama sebagai falsafah dalam setiap isu. Ada yang kekal terhadap acara. Ada yang dinamik terhadap SOP.

Snuker adalah contoh dinamik terhadap SOP. Snuker haram bukan kerana acara. Tetapi kerana SOP. Apabila SOP diubah, maka, acara dibenarkan.

Judi pula adalah kekal terhadap acara. Namun, sebelum dilarang, perlu merujuk terhadap falsafah islam. Yakni menghormati hak bukan Islam adalah arahan Allah mengenai hubungan manusia terhadap manusia. Hubungan manusia terhadap Allah pula satu tajuk berlainan.

Setelah mendapatkan keputusan bahawa kesemua agama mengharamkan judi, secara berfakta melalui rujukan agama masing2, maka dilaranglah judi dan perlacuran itu. Tidak pula pada arak. Kerana terdapat agama yang membenarkan arak. Arak adalah larangan SOP. Bukan acara.

[4]
Begitu juga dengan kemasukan non muslim ke muslim. Atau kemasukan muslim ke non muslim. Apakah falsafah gua seandainya mahu membentuk satu perlembagaan negara yang baru? Gua akan mengikut sebagaimana Kelantan dalam menetapkan falsafah judi, perlacuran dan arak.

Kumpulkan kesemua agama yang ada dalam satu2 jajahan, kemudian minta kesemua agama keluarkan bukti / asas / rujukan yang mengatakan agama masing2 melarang penganutnya keluar dan menganut agama lain.

Jika tidak ada, maka tiadalah. Jika hanya Islam sahaja yang ada, maka, hanya Islam sahajalah yang sebegitu. Jika sekadar dakwaan dan pendapat ketua agama masing2, itu tidak digunapakai. Perbahasan seterusnya ialah mengapa agama lain tidak selengkap Islam. Apatah lagi berkaitan dengan perkara penting seperti ini?

Maka, perlembagaan yang akan terbentuk oleh gua itu adalah :

i. Merujuk kepada kesemua agama yang ada dalam satu-satu jajahan, secara fakta, bukan pendapat ketua agama semata, untuk mendapatkan keputusan terhadap satu-satu isu.

ii. Setiap agama perlu keluarkan bukti dalam agama masing-masing, untuk meletak dasar agama itu sendiri, dalam perlembagaan negara bersama.


[5]
Seterusnya ialah mekanisme peringkat negara dalam menguruskan kes-kes seumpama ini. Setelah gua menjelaskan falsafah asas gua.

Jika gua memiliki kuasa, atau ayat lainnya, gua mencadangkan, satu badan khusus ditubuhkan, dan diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Gua bagi mana Badan X. Buat permulaan, ia menempatkan kes2 status agama. Buat permulaan gua cadangkan diwartakan definasi kanak-kanak adalah mereka berumur 18 tahun dan ke bawah. Melepasi itu, mereka bukan lagi kanak-kanak malah boleh mengundi.

Contoh :

i. Muthusamy, beragama baka Hindu, berumur 19, mahu menukar agama kepada Islam. Dia diletakkan di bawah Badan X. Organisasi Hindu berhak kaunseling / penerangan kepada Muthusamy selama Y jumlah jam. Organisasi Islam juga diberikan hak kaunseling dan penerangan selama Y jumlah jam.

Kemudiannya Muthusamy membuat keputusan sendiri. Islam tidak perlu penganut tahap 'cokia' selain terpaksa menanggung penganut Islam baka. Jika itu adalah hidayah, maka, Muthusamy akan tetap kepada Islam. Perlindungan dan bantuan akan diberikan. Jika bukan kerana hidayah, Muthusamy tidak akan memilih Islam.

ii. Lee Cooper, beragama baka Budha, 16 tahun, mahu menukarkan agama kepada Islam. Dia diletakkan di bawah Badan X sebagai perlindungan dan bantuan. Organisasi Budha berhak kaunseling / penerangan kepada Lee Cooper selama Y jumlah jam. Organisasi Islam juga diberikan hak yang sama.

Jika Lee Cooper masih memilih Islam, pendaftaran Islamnya 'sementara' sehingga berumur 19 tahun. Jika dia mati ketika pendaftaran sementara, maka, urusan kebumi adalah dalam Islam. Pendaftaran sementara bermakna dia tidak tertakluk kepada mekanisme Islam dalam menguruskan penganut yang murtad.

iii. Hj Osama, beragama baka Islam, 35 tahun, mahu menukarkan agamanya kepada Yahudi. Bab ni, gua serah kepada Wan Ji atau Maza atau Saiful islam, sebab gua bukan tahu kaedah mekanismenya. Gua pun bukannya baik. Kalau hulur Killafairy pun, 80% kemungkinan cair ada tu. Wakakaka.

Cuma, kalau hukum bunuh itu hanyalah pendapat imam mazhab yang manusia, Nabi tak pernah buat, gua bantah la. Kalau Nabi pernah buat, kena wala' la.

[6]
Kesimpulannya, perdebatan harus dibenarkan. Usaha untuk menarik jumlah penganut baru harus terbuka dengan jujur dan sihat. Islam adalah agama hujah.

Namun begitu Islam juga adalah agama yang mempunyai mekanisme lengkap. Bukan sekadar hujah dan konsep. Ciptaan Allah adalah sempurna. Termasuk mekanisme dalam isu penganut muslim yang murtad. Ada dalil dan rujukan.

Kerana itu, semua rakyat perlu hormat konsep dan mekanisme Islam dalam menguruskan penganutnya. Dan sudah pasti Islam juga menghormati agama bukan Islam, dengan syarat, sila kemukakan bukti konsep dan bukti mekanisme dalam agama masing2. Bukan ketua mazhab atau ketua organisasi agama yang didaftarkan.

[7]
Ini pula tajuk cara mendapatkan falsafah dan mekanisme yang gua sampaikan. Cara melalui demokrasi suasana Malaysia. Satu cara yang tidak setulen nabi. Satu cara yang hanya ada setakat ini. Gua ada kemukakan dalam dialog dalam bentuk video. Nanti gua upload. Video ada pada Topeng Perak.

Dalam bentuk tulisannya ialah :

1. Dapatkan demokrasi dan media yang bebas. Malaysia Baru.

2. Berkerjasama menjatuhkan BN bagi mendapatkan Malaysia Baru.

3. Melayu Hutan mendapat maklumat bebas. Jika ada 10 TV pro PR, ada 1 TV anti PR sudah memadai. Asal jangan tiada seperti zaman regim BN.

4. Dengan maklumat terbuka dan sebenar, dengan kematian Melayu Hutan saluran emas, kerat jari UMNO pupus. Elitis UMNO akan berhijrah ke London mendapatkan suaka politik di sana, seperti zaman mendapatkan kemerdekaan dulu.

5. Sampai masanya PKR / DAP dan PAS bertanding atas manifesto masing-masing. Dan ada juga manifesto perjanjian bersama. UMNO-BN sudah tiada. Yang ada maybe PERKASA. Pertandingan 3-4 penjuru tiada masalah. PERKASA tetap tiada sambutan.

Namun, selagi PKR / DAP dan PAS tidak boleh membentuk kerajaan pusat secara sendiri, maka, manifesto sendiri still tidak boleh guna. Digunakan manifesto perjanjian bersama. Dalam hal ini, gua yakin PAS akan ganti UMNO dalam 2-3 penggal. Insyallah. Untuk menggunakanpakai manifesto sendiri.

Tamat tulisan yang panjang. Namun diharapkan bermanfaat. Apa pun halangan ulama2 bodoh macam Hadi perlu kita lawan habis2an. Demi semua ini, demi Allah. Wallahualam.



Comments

  1. Bro,

    Psal hal tukar agama nie, gua ada teori lain sebenarnya kenapa ada hukuman mati terhadap mereka yg murtad.

    Dia bersangkut paut dgn kedudukan Islam dalam negara itu sendiri. Islam adalah asas perlembagaan. Dalam kes ini, Islam dan negara tidak dipisahkan. Tidak ada mahkamah sivil. Semua mahkamah adalah berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.

    Cth. Perlembagaan negara di asaskan pada Al-Quran dan sunnah. So sesiapa yg murtad dan kemudian memburukkan Islam dah dikira menderhaka pada negara.

    Sama la kalau hari ini kita cabar perlembagaan Malaysia secara terbuka cth minta orang tak hormat dan tak patuh pada perlembagaan, kita boleh di kenakan hukuman mati sebab di kira menderhaka pada Agong.

    Malah kalau kita tiba2 buat press conference, umun tak nak patuh pada perlembagaan, gerenti kena dakwa sebab menderhaka.

    Konsep ini sama di negara2 lain waima negara maju sekalipun. Lawan perlembagaan = hukuman mati.

    Tujuan hukuman berat ini dikenakan adalah sebab Perlembagaan adalah satu kontrak sosial. Kontrak sosial ini lah yg memastikan bahawa sesuatu negara itu ditadbir dgn sesuatu sistem atau asas. Goncang kontrak sosial samalah mcm kita goncang tiang2 rumah, boleh runtuh rumah.

    Di US cth nya, sesiapa yg dpt warganegara US kena angkat sumpah mengaku taat setia pada undang2 dan perlembagaan US.

    Tapi itu tidak lah bermakna tak boleh mengkritik atau cuba mengubah Perlembagaan sedia ada dgn cara yg dibenarkan oleh perlembagaan itu sendiri iaitu undi oleh ahli kongres.

    Masalah nya di Malaysia, Islam cuma di sebut sebagai agama rasmi. Perlembagaan itu sendiri tidak pernah menyatakan bahawa Al-Quran dan Sunnah di jadikan asas perlembagaan.

    Jadi kedudukan orang yg murtad dan kemudiannya memburukkan Islam itu entah bagaimana. Sistem kita sendiri bercelaru. Kalau kita dakwa orang murtad atau yg suka memburukkan Islam atas sebab menghina agama rasmi perlembagaan boleh ker? Dakwa kat mahkamah sivil.

    Bukan aku kata kalau dia murtad kita benarkan. Pendapat aku ajer. Terima atau tolak, aku tak gerenti dapat pahala ker dosa. Cuma aku mmg kuat rasakan hukuman mati yg dikenakan ini bersangkut paut dgn kedudukan Islam dalam kontrak sosial/perlembagaan negara.

    Sebegai contoh, perlembagaan madinah yg menyatakan bahawa sebarang pertikaian hendaklah merujuk pada Allah (Al-Quran la maksudnya) dan Nabi (sebab Nabi dah tak ada di kalangan kita maka kita merujuk pada Sunnah). Kalau Muslim yg murtad secara terbuka dan kemudian mengajak lagi Muslim lain murtad maksud nya telah mengisytiharkan diri bahawa tidak mahu patuh pada perlembagaan Madinah dan mengajak orang lain utk melawan perlembagaan Madinah.

    Kalau kita aplikasikan pada zaman moden, melawan perlembagaan secara ketidakpatuhan demikian juga membawa kepada hukuman berat.

    Itu la yg aku tengok. So siapa nak kritik, nak bantai, malas aku nak jawab. Sekadar memberi pandangan ajer.

    ReplyDelete
  2. Sebelum aku luper.

    Setau aku Yahudi tak sewenang2 nya terima orang masuk agama dia. Kena ada dari keturunan ibu darah Yahudi.

    Mana yg cuba convert masuk Yahudi buat kerja sia2. Yahudi pon tak iktiraf.

    ReplyDelete
  3. Macam ni ke cara pak guard berfikir? Tak caya aku...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...