Skip to main content

Cerita gua : Dialog blogger Balai Islam, Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna

Dayat, Xenan dan gua di table TheYellowButique. Tq bro Saifudin. In Charge Person program yang benarkan kami berkapitalis di sini.

[1]

Sebelum Program Forum Anak Muda Kelantan (bulan puasa), gua ada berkomunikasi dengan Mustapha Kamal. Dia mengatakan dia akan hadir. Insyaallah. Gua pula tidak bertanya sama ada dia maksudkan Forum Anak Muda atau Dialog Blogger / Facebookers di Balai Islam.

Rentetan program2 dialog bloggers / facebookers yang dibudayakan di Kelantan, pada kemuncak Hari Raya ke 4, seorang pembaca gua, yang hanya mahu disebut sebagai Bro Zack, telah menyeponsor hotel budget (peruntukan RM50), bagi menempatkan rakan2 PAS Reform luar Kelantan.


[2]

Dayat. Rakan PAS Reform menaiki bas dari Kuala Terengganu. Bertolak jam 4 petang. Jam 8 malam baru sampai. Jalan jem katanya. Xenan dan geng datang malam sebelumnya. Menginap di Home Stay Pasir Mas. Mengapa? Sebab dia pro PERKASA katanya.

Ayah Su Pox Nick membantu dalam urusan pikap-memikap. Tq bro. Lebih kurang jam 8.45 gua sampai Balai Islam. Alhamdulillah. Majlis masih belum start, dan menunggu Xenan bersama krew datang. Dia mahu open table jualan TheYellowButique.

Sementara menunggu, gua menyaksikan kehadiran beberapa muka. Antaranya Murtaza dari Taman Tasik Jaya, Seremban; Bee Jay, sek2 Subway Photographer; dan paling dikenali Bro Mustapha Kamal. Gua malas tegur dulu, sebab nak tunggu Xenan.

Barisan pelakon filem terbaru. Nantikan kemunculannya di pawagam berhampiran anda.

[3]

Xenan dan krew sampai. Gua tengok sekelompok manusia mengerumuni sesuatu. Ya. Mustapha Kamal ofkos. Gua dan Xenan adjust ala2 penjajah kat mana nak open table. Sek2 Dinar dan Dirham sound kena minta pada Bro Saifudin. In charge program. Gua cakap, gua buka dulu, nanti kalau dia nak guna space yang gua guna, gua cari tempat lain.

Alhamdulillah. Allah mudahkan. Baru 4-5 minit, Bro Saifudin sampai. Dan berikan green light. Tq bro. Maka, A Samad Said on T Shirt dilancarkan. Settle urusan open table, gua plak join manusia2 yang mengurumuni Mustapha Kamal.

"Salam bro.. gua Aduka, bro."

"Yer.. yer.. muka sama."

"Sama tak sama lain citer bro. Gua nak minta no tepon Heliza Helmi, Kilafairy, bla bla bla."

"Boleh2.. nanti saya sms. Tapi jangan bagitau yang lain."

"Beres.."

Gua ingin YB Husam isytihar secara terbuka di sini. Pilih antara 2. Barcelona atau Manchester United? Buku kecil tu adalah hadiah dari rakan Petronas. Jaafar Osman
Tq bro..

[4]

Program bermula dengan menyanyikan lagu diciplak dari Terang Bulan Negaraku. Gua berdiri tegak atas prinsip menghormati majlis penganjur. Kalau tak, jangan mimpi. Cetak rompak adalah haram. Itu dasar Malaysia sendiri. Gua cetak rompak, takper. Wakakaka.

Moderator memulakan program dengan format 10 minit ucapan pendahuluan dari setiap panel. Selain Mustapha Kamal, yang hadir pada malam itu ialah Dr Google kita. Video boleh diikuti dari akaun Youtube sahabat kita. IAR.

http://www.youtube.com/user/iarnewsfb

Ayah Su Pox Nick. Rakan yang membantu dari tajuk transport dan arah jalan. Tq bro.. Apa pun, fuck Man U. Kah3...

[5]

Pendek cerita moderator open sessi dialog. Gua sebenarnya tak nak kelihatan koya. Macam expose diri plak jadi petanya soalan pertama. Tapi, moderator tunggu dalam 2-3 minit. Sehingga menyebut perkataan seumpama ini :

"Eh... tiada orang nak bertanya ke?"

Majlis akan jadi down. Masa pun bazir. Permit Hjosama diberitakan sehingga jam 12am sahaja. Kalau majlis down, gua malu sama rakan2 PAS Reform dan rakan2 luar Kelantan yang mengharungi perjalanan jauh dan sangat meletihkan.

Maka, gua pun tampil untuk merintis keadaan. Gua bertanya kepada YB Saifuddin Nasition. Dia menjawab dengan baik. Baik dalam tajuk format soal dan jawab lah. Kalau tajuk soal dan berbalas soal, standard akan menjadi sedikit tinggi.

Terima kasih kepada YB Saifuddin kerana menjawab as a leader. Gua nak tunggu forum dialog di Rusila kalau depa berani la. Ni cerita kalau genetik Terengganu anak jantan. Lu keliling gua 100 orang time gua pegang mic pun, gua tetap akan begitu. Wallahualam.

[6]

Xenan bertanya Husam mekanisme yang bagaimana 3 barangan (susu, gula dan beras) boleh menjadi murah dari sedia ada sekarang seperti dakwaan Husam dalam media yang lepas. Ostad Wan Ji mengisytiharkan di forum bahawa beliau anti monarki. Dan kemudian berkongsi pendapat mengenai satu strategi yang perlu dipertimbangkan oleh Pakatan Rakyat. Semuanya boleh di lihat di akaun sahabat IAR.

http://www.youtube.com/user/iarnewsfb


Beberapa sahabat facebook turut mengemukakan pandangan dan soalan masing2. Terima kasih Kelantan kerana menyediakan budaya dan suasana ini. Antara yang gua ingat rakan facebook Wan yang bertanya sama ada kerajaan negeri mahu mengambil alih bola Kelantan. Dijawab dengan baik olah YB Saifuddin akan pentingnya pengkhususan tugas.

Time ni tengah boring pasal tiba2 jer Saifuddin Nasition story bab Anwar. Ntah siapa punya soalan yang dia jawab ntah la. Setahu gua takda sekor pun yang bertanya bab Anwar.

[7]

Pendek lagi cerita, program tamat. Terima kasih kepada rakan2 yang menegur gua dan memperkenalkan diri. Kami bergambar bersama2. Kemudiannya, kami ke satu restoran di jalan Pasir Puteh. Berhampiran dengan istana Kubang Kerian.

Terima kasih juga kepada sahabat Murtaza yang sudi membantu menghantar seorang lelaki istimewa ke lokasi yang dia kehendaki (Hotel Raudah). Terima kasih kepada Bro Wan Jo dan rakan2nya yang membelanja kami makan dan minum. Restoran tersebut padat sehingga tidak cukup kerusi.

Bro Wan Jo mahu menyahut hasrat Kelantan yang mahu melaksanakan satu teknik kempen 4 dan setengah orang. Insyaallah. Semoga Allah memudahkan.

Bakal tahanan ISA pertama bersongkok tinggi, Hjosama Gi, Topeng Perak dan Wan Jo yang turut hadir dalam program.


[8]

Lebih kurang jam 1 pagi, gua meminta diri. Ayah Su Pox Nick membawa gua ke area Kamdar untuk check in satu hotel budget. Car Park hotel. Buat bro Zack. Harga hotel RM45. RM5 gua berikan kepada lelaki istimewa sebagai belanja. Settle peruntukan RM50. Alhamdulillah. Lelaki istimewa tu dikatakan selalu hadir dalam majlis2 kerajaan negeri.

Nanti kalau gua jumpa lagi, gua akan ambil gambar dia. Gua percaya kebanyakan facebookers Kelantan kenal akan dia.

Wakil PAS Reform dari Amerika Syarikat.

[9]

Pagi tadi, jam 7.30 gua kol Dayat. Untuk pastikan dia tak koma. Tiket bas pukul 8 pagi. 1 sms, 8 panggilan seingat gua. Tak berjawab. Mampos ke apa member gua ni dalam hotel tu.

Panggilan ke 9 baru dia angkat dengan gua tercungap2.

"Gua dah sampai stesen bas bro. Sampai dah. Tq.."

Then sms masuk.

"Sedap gile tido dalam ekon. Gua bangun 7.35. Bas pukul 8. Gua membuat larian tahap olimpik ke stesen bas."

Ceh. patut la tak sempat nak jawab tepon.

Dayat berlatarkan Xenan dan krew2 Ibrahim Ali, Pasir Mas.

[10]

Terima kasih kepada masyarakat Kelantan dalam suasana dan budaya keilmuan ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri dan penganjur. Tahniah kepada panel kerana menjawab as leader. Thanks pada Bro Mustapha Kamal. Dia ajak ke rumah berhampiran Shell Baung. Insyaallah bro.. nanti gua ajak sekali dengan Jeming, Topeng, Hjosama dan rakan2 facebookers. Gua jer sirap laici.. puak2 ni bagi sirap jer bro. Diorang tak kisah. Zuhud.


Comments

  1. abang mus ni aktif secara undergorund lama dah.... dia pun geng ngan wan jo gak tu.... wan jo tu main peranan besar tu urus anak kelantan perantau balik ngundi PRU12 dulu....

    aduka.... wa nak ingatkan lu.... kalau lu pegi umah abang mus tu jangan plak buat cam dafi plak..... nantikan tak pasal² keno nnapa siro ko abang mus kita tu.... hahahahaha.....

    ReplyDelete
  2. hahaha.. baik boh.. gua akan ingat iklan Dafi tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.