Skip to main content

Berani mati : Seketul ganja mampat telah diposkan ke rumah gua.

Oleh : AdukaTaruna

Pukul 10 malam tadi, gua and Jeming buat sesi video. Borak2 politik. Cameraman merangkap moderator adalah Poji. Then gua blah sebab gua masuk kerja pukul 12 malam. 1 syif 2 orang. lepas settle apa yang patut, gua make a deal.

"Bro gua ada kerja merapu nih. Rumah Poji. Lu jaga dulu sampai pukul 3, gua jaga sampai pagi. Beres?"

"Bereh."

Sampai kembali rumah Poji. Nak join Hazwan, Hjosama bertekak dengan Ostad Wan Ji.

"Hah Aduka. Makan gaji haram." Terkena gua dengan Ostad Wan Ji. Hua3... Jangan sampai gua rampas Nurul Nuha, Ostad. Mentang2 masuk PKR. Wakakaka..

Balik kerja gua sambung buat design t shirt yang tak settle. Tengah buat sambil berfesbuk, tiba2 ada orang tanya bini gua.

"Ado Khairul Nizam ko ghumoh ni?"

Ni samseng Rusila mana plak langgar gua nih. Ayahanda Hadi Awang. Gua keluar.

"Apa kes bro?" Gua tanya satu mamat naik EX5 tak buka helmet.

'Ada bungkuse be."

"Oooo.. timo kaseh deh."


Ini bungkusan macam bom C4 dah ni. Seram la plak gua mau buka.


Ini bukan C4 ma.. ini ganja mampat nih. Mau kena tali gantung gua nih.



Ha.. kan.. kan.. gua dah cakap dah.. dah cakap dah... ganja mampat ni bai. Berapa harga di pasaran ni kalau cenggini punya saiz?


Terima kasih kepada sahabat Manchester United Wmashor Welias kerana menghadiahkan kek lapis hand made, terus dari bumi Sarawak ke Kelantan. N3 rujukan anak sulong gua yang makan kek lapis pertama kali dalam hidupnya. Alhamdulillah.

"Abih doh!" <--- jawapan gua untuk soalan Hjosama n the geng nanti.



Comments

  1. salam bro,hati-hati,silap hari bulan kena kek lapis yang pakai minyak sapi campur DNA Babi. Nak beza yang pakai lemah babi ni senang saja, kalau kek tu nampak berkilat,berminyak, menarik dan sedap lain macam memang sah campur lemak "tonyok" tu. kek lapis yang tak campur DNA babi tu nampak biasa saja,tidak berminyak,berkilat, rasa macam kek biasa yang buat sendiri saja. gua pun member yang convert Islam bagi tau la pasal benda ni

    ReplyDelete
  2. sdr fadzliabuhanifah..
    kalau nak di-ikutkan, setiap orang melayu dalam malaysia dah makan satu ekor babi...

    ReplyDelete
  3. Well...kut dah ter makan b*** (benda haram) tu adat la...istighfar... sebab utama kita tak tahu kandungan rahsia pembuatnya. Bukan saja nak makan, tu lain kes la, kan?

    TAPi jangan la kita dah tahu ada (kurang-2 pun dah mula ragu) ada benda haram macam b*** & lain benda haram & syubahat pun kita tibai semacam aje.

    p/s: Gua bukan ustad la...Tu pasti... Ulamak mungkin? Ho ho ho.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...