Skip to main content

Gila babi fitnah media akhir zaman : Berita 'murtad' TV3 adalah palsu.

Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.


Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.


Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.


"Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.

"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

"Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.


Fariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).

"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.


NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.



Comments

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Menteri Kesihatan dikritik rakam lagu raya saat negara dilanda wabak Covid 19.

Menteri Kesihatan yang baru, telah dikritik hebat dalam media sosial, angkara sibuk merakamkan lagu raya (untuk kegunaan populariti 2 bulan lagi), ketika negara Malaysia diisytihar wabak Corona Virus Covid 19. Bagaimana pun, ada pihak mendakwa, ianya adalah video 2 tahun lepas. Dan menjadi mangsa serangan politik. https://youtu.be/ttjNU60XdCw

Simpang Renggam adalah University Jenayah Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Ada 2 tajuk berbeza pada gua dalam isu Simpang Renggam. Mekanisme pencegahan rekrud baru Pusat Tahanan itu sendiri Mekanisme pencegahan rekrud baru. Yang ini gua rasa KDN perlu ambil serius. Memang terjadi dan berleluasa rekrud-rekrud baru muncul dari dalam suasana penjara. Golongan penjenayah persendirian akan berbaiah dengan kumpulan gangster dari dalam penjara. Dan membentuk kumpulan yang besar apabila keluar. Kita tolak sebentar dahulu kes untuk bangsa India, kita rujuk satu sejarah Pak Long Burung Pengasas 36. Kumpulan Gangster Melayu. PEKIDA dan gangster Cina adalah satu entiti yang berbeza sebenarnya. Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme, mempunyai sistem pengenalan diri komunis, buah-buah komunis, etc. Manakala PEKIDA menyerapkan budaya Arab dan berfahaman Islam (sekarang sudah sesat). Pak Long Burung (arwah) adalah pangkat 'Abang Besar' dalam PEKIDA. Akan tetapi, apabila berada dalam penjara, dia direkrud dengan unsur-unsur gangste