Skip to main content

Pendapat gua isu Lynas - Dr Che Rosli

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Isu ini 'adalah' isu Cina. Bukan isu Melayu. Ini isu teknikal, isu hartanah, isu kualiti hidup, isu intelektual, etc. Pada gua masyarat Cina memandang berat soal ini. Jika menara telekomunikasi di kawasan perumahan mereka pun mereka bantah, inikan pula Lynas.

[2]
Tetapi cara gua memandang Lynas maybe berbeza. Gua tiada masalah akan menara telekomunikasi di kawasan rumah gua selagi tiada bukti kukuh ianya membahayakan kesihatan. Begitu juga Lynas. Gua tiada masalah hatta Malaysia mahu membina logi nuklear untuk tenaga elektrik sekali pun. Asalkan ianya dibuat dengan pemerintah yang tidak korup.

Ketika ini, gua bantah Lynas bukan atas hujah sains. Tetapi hujah korup dan budaya hangat2 tahi ayam mematuhi SOP / piawaian dunia dan budaya ketiadaan media perdana yang bersedia mendedahkan apa yang berlaku jika Lynas cuai.

So, gua berijtihad, Malaysia belum mampu dari segi suasana pemerintahan untuk satu perkara sebesar Lynas. Gua membantah atas tajuk ini. Selama mana Lynas boleh mematuhi piawaian dunia yang ditetapkan dalam suasana Malaysia yang hangat2 tahi ayam? Sejauh mana Lynas boleh mengelak korup dan cuai dalam suasana media perdana yang pasti akan menutup segala2nya?

Buat stadium pun roboh, bro.. Sekali lagi, gua membantah Lynas atas tajuk ini. Bukan atas tajuk sains.

[3]
Berkenaan dengan Dr Rosli pula, gua bersetuju dengan segala hujah sainsnya. Tetapi apa yang dilakukannya boleh diasingkan dalam 3 tajuk.

1. Penggunaan media perdana.
2. Tuduhan Penerangan PAS halang.
3. Hujah sains.

Hujah sains gua sokong. Dia adalah ahli. Jika mahu dibantah hujah sainsnya, DAP / PKR / PAS perlu mendatangkan ahli sians bidang yang sama.

Tetapi masalahnya penggunaan media perdana. Mengapa tidak sekadar menggunakan FB atau blog. Dan media perdana hanya memetik kenyataan melalui FBnya dan blog? Mengapa perlu eksklusif muncul di TV3 seperti Tantawi yang guna Utusan selepas rasmi menang tanpa bertanding?

Jika benar sekali pun Penerangan PAS halang, adalah lebih baik dia publish hujahnya di media bukan UMNO. Malaysiakini ada. Blog dan FB ada. Biarkan suasana menjadi media UMNO memetik media bukan UMNO. Bukan media bukan UMNO terpaksa memetik media UMNO. Kita boleh berhujah dengan sihat dengan kadar risiko peluang untuk disabotaj musuh yang minima.

Ini adalah satu perkara paling bull shit selepas apa yang dilakukan Hasan Ali dan Tantawi dalam hal2 larangan PAS menggunakan media perdana. Ingat arahan PAS Pusat melalui SU Agung yang melarang pemimpin PAS menggunakan blog dan media UMNO atas isu UG? Tak sampai 2 hari, Hasan Ali jemput blogger UMNO. Bila dilawan, Khalid Samad yang kena gantung.

Tapi itu dulu. Sebelum Hadi Awang dilanggar. Cabut Hadi Awang, 80% masalah PAS settle. Tinggal sikit jer lagi. Wallahualam.

[4]
Seterusnya pecahan tajuk Penerangan PAS halang. Ini adalah sesuatu yang lebih berat. Benar atau tidak adalah isu PAS. Tapi isu rakyat ialah suasana pertikaian ke atas Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Penerangan melalui pimpinan PAS sendiri boleh membantutkan harapan rakyat mendapatkan suasana politik baru untuk Malaysia.

PAS adalah antara kenderaan yang ditumpang oleh rakyat bagi tujuan maksud mendapatkan politik atau Malaysia Baru.

[5]
Jadi, gua berpendapat, PAS perlu mengasingkan isu Dr Che Rosli kepada 3 tajuk. Dan diselesaikan mengikut 3 tajuk.

  1. Hujah sains.
  2. Penggunaan media perdana.
  3. Tuduhan terhadap penerangan PAS.



    Comments

    1. 1.Hujah sains. nko macam aku heeek bila carik aras samada wajar tak wajar sesuatu tu kena juga akui suatu yang datang dari ahli nya.
      2.Penggunaan media perdana.Uh aku tak macam nko. Aku cayer kebebasan media tapi aku tak semua cayer berita2nya. Begitu juga penggunaan mereka sebagai menyalur maklumat ke sasaran adalah diatas niat kita apa yang nak kita sampaikan. Dr Che Rusli tentu faham tv3 dibanding media lain. Kalau di fahami dia bersuara bukan kerana bantahan isu lynas tetapi keterlampauan hujah terutama fakta sainsnya dan isu keselamatan yang jika didiamkan bukan saja melemahkan pas malah memperbodohkan semua orang. Perkara ini amat serius dimaiankan oleh penghalalan politik.
      3.Tuduhan terhadap penerangan PAS. Wa percaya tuduhan ini benar. Satu resiko yang diambil Dr.Che Rusli yang aku tabik spring. Sikap begini sangat sukar dilakukan dimana perangai malu alah bukan membawa kekuatan apa pun. Wa harap pas kena belajar perkara ini. Orang seperti TITM bukan orang yang layak mengajar orang jadi pengikut ke lubang neraka.

      aduka..tak balik kampung? wei walau kereta ok dari semua teknikal nya..jangan cuai...pengguna jalan raya ada yang sewel gak..kalau susah2 nko jalan kaki ok...selamat hari raya semua.

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

    Popular posts from this blog

    Betul ke Islam yang kau anut?

    Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

    Menteri Kesihatan dikritik rakam lagu raya saat negara dilanda wabak Covid 19.

    Menteri Kesihatan yang baru, telah dikritik hebat dalam media sosial, angkara sibuk merakamkan lagu raya (untuk kegunaan populariti 2 bulan lagi), ketika negara Malaysia diisytihar wabak Corona Virus Covid 19. Bagaimana pun, ada pihak mendakwa, ianya adalah video 2 tahun lepas. Dan menjadi mangsa serangan politik. https://youtu.be/ttjNU60XdCw

    Simpang Renggam adalah University Jenayah Malaysia.

    Oleh : AdukaTaruna Ada 2 tajuk berbeza pada gua dalam isu Simpang Renggam. Mekanisme pencegahan rekrud baru Pusat Tahanan itu sendiri Mekanisme pencegahan rekrud baru. Yang ini gua rasa KDN perlu ambil serius. Memang terjadi dan berleluasa rekrud-rekrud baru muncul dari dalam suasana penjara. Golongan penjenayah persendirian akan berbaiah dengan kumpulan gangster dari dalam penjara. Dan membentuk kumpulan yang besar apabila keluar. Kita tolak sebentar dahulu kes untuk bangsa India, kita rujuk satu sejarah Pak Long Burung Pengasas 36. Kumpulan Gangster Melayu. PEKIDA dan gangster Cina adalah satu entiti yang berbeza sebenarnya. Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme, mempunyai sistem pengenalan diri komunis, buah-buah komunis, etc. Manakala PEKIDA menyerapkan budaya Arab dan berfahaman Islam (sekarang sudah sesat). Pak Long Burung (arwah) adalah pangkat 'Abang Besar' dalam PEKIDA. Akan tetapi, apabila berada dalam penjara, dia direkrud dengan unsur-unsur gangste