Skip to main content

N3 kepada imam2 tua..

Oleh : AdukaTaruna

Tak la penting sangat. Dan dah lama gua nak suarakan. Nak suara one by one kat imam tua, rasa cam tak mampu plak gua. Kena tempeleng kang, nak melawan rasa tak berbaloi. Haha.

Lagi satu memang imam2 tua takkan baca blog gua pun. Tapi harap2 adalah yang sampaikan kat orang2 macam Ostad Azhar Idrus ke, MAZA ke, supaya akhirnya didengari oleh si imam2 tua.

Gua tak nak la bahaskan benda ni dari sudut fekah. Sama ada batal solat ke tak. Gua bukan ahli. Kalau gua sebut bab2 camni, selalu gua takan fight sungguh2. Gua just share pandangan gua jer. Kena maki ke, apa ke, gua buat bodo jer. Ada kala lawan, tapi selalu tak lawan.

Bendanya mudah. Iaitu menyebut lafaz 'Allahuakhbar' ketika berlaku pertukaran rukun. Contoh dari berdiri nak tukar rukun rukuk. Imam akan sebut Allahuakhbar (takbir). Atau dari sujud kedua kepada bangun. Imam akan lafaz takbir. Nak bagitau makmum.

Tapi imam2 tua ni, lafaz takbir sebelum berada dalam rukun seterusnya. Tetapi ketika akhir rukun. Tak jelas? Macam ni. Selalunya problem berlaku sujud kedua. Baru angkat kepala dah sebut takbir (Allah........). Baru suku bangun, dah habis takbir (....huakhbar).

Bila gua yang makmum ni bangun, imam masih belum bangun rupa2nya. Terkial2 pegang lutut. Niamakahai punya orang tua. Nak gua terajang je. Mau tertiarap imam ni. Solat pun nak kencing gua ke? Mau batal solat gua ni kerana mendahului imam plak ni kang.

Bendanya mudah jer. Tapi baka Melayu punya pasal, benda mudah A B C pun tak bleh settle. Kalau dah baka penghafal, belajar sampai Al Azhar pun tak selesai. Apa salah sedar diri tua, tak bleh bangun cepat, lafaz Allahuakhbar tu bila dah selesai berdiri (selesai masuk rukun seterusnya). Gua pun bleh sujud lama sket. Tenyeh2 dahi kat karpet kasi dahi lebam ke, apa ke. Gua pun esok tua gak.

SUDAH berdiri, SUDAH rukuk, SUDAH tahayat, baru sebut takbir. Then baru baca. Ni tak sedar diri tua. Berapa ramai jemaah muda2 macam gua kena kencing dek imam tua? Mekanisme mudah jer bro nak settlekan. Tapi entahla.. di Malaysia ni, baka2 penghafal selalunya sinonim dengan kerjaya agama.


Comments

  1. lu jangan memain... imam tua ni nampak jer slow.... acu cuba try terajang imam tua..... rasanya belum kaki lu sampai kat tulang belikat dia.... muka lu dah rabak kena penendang belakang imam tu.....

    surau kat umah wa buat taraweh 8 rakaat abis dekat kul 10.... jamaah sekarang tak penuh satu saf pun .... sedih wa tengok... memula ramadhan penuh surau.... wirid selawat panjang sangat... imam tua punya penangan....

    ReplyDelete
  2. Memang aku pun berbulu ngan kes2 orang tua, tambah yang dah semakin uzur, macam lah depa ni terhegeh2 dan mengada2 buat sesuatu yang melibatkan sama orang muda. Tidak mahu menerima fitrah alam malah menerima sahaja kelusuhan daya maju yang menghambat jiwa kita.Elok di maki2 sahaja.Mereka ni langsung tak memahami kehendak orang muda dalam apa kontek berkehidupan.
    Pernah satu ketika aku mau tak mau buang masa tunggu diorang melintas jalan.Ketika tu aku kejar masa sebab bini aku nak beranak daaa.Ketika lain aku macam kena dera tunggu anak habis ngaji.Nenek tu terkial2 tak habis lagi mengajar. Mau jer aku ajar anak ngaji pakai keset berkelajuan 5x.Apa yang aduka war2kan di n3 ini, sememangnya banyak kali aku terkena di banyak mesejid nomad aku..tegak seorang kah kah..memang aku tak fokus kot! Semayang macam dah jadi adat jer..dan nak cepat cabut.Janji beres.
    n3 ni baik untuk kita reform.Penceramah2 di perlukan. Layanilah kehendak kami demi masa depan kami yang semakin dihimpit oleh kebengappan kejadian alam oleh allah ini.

    ReplyDelete
  3. Tegak sensorang? Wakakaka.. laju gile lu bro.. gua punya kes, tegak ramai2. Tp yg muda2 la..

    ReplyDelete
  4. Haha. Gua setuju. Terutama bila solat Jumaat. Ribuan makmum di belakang yang tak nampak imam, hanya berpandukan suara speaker.

    Lagi satu, lebih penting ialah tajwid dalam bacaan. Ilmu dan kemahiran dalam bacaan Al-Qur'an mengikut tajwid dan sebagainya sepatutnya menjadi item utama dalam pemilihan imam. Bukan senioriti atau tebal serban.

    Berapa banyak gua tengok imam yang fail Fatihah. Bayangkan berapa puluh tahun mengimamkan ribuan jemaah dengan Fatihah sedemikian rupa.

    Ayat standard,

    " aku dah 30 tahun jadi imam kampung ni. Mufti dan Jamil Khir pun pernah jadi makmum belakang aku tau. Takde sorang pun complain Fatihah aku. engko baru setahun jagung dah nak betulkan bacaan aku. kalau engko bagus sangat, engko jadi imam la "

    ReplyDelete
  5. malam tadi solat taraweh di masjid kubang kerian.... imam dari plestin.... umo 31 tahun.... lepas solat isya' trus jer doa pendek.... solat sunat 2 rakaat.... trus jer taraweh..... tenang jer solat..... walaupun ayat yang dibaca panjang² tapi tak dak selingan yang panjang².... ringan jer rasa solat....

    -mesti tergugat imam² lama tengok imam plestin tu jadi imam... hahahahaha

    ReplyDelete
  6. makmum boleh beralih rukun selepas imam selesai takbir (alif kaf ba ro, pas habis urup ro)baru bergerak.sumber Minyatul Musolli karangan Sheikh Daud Al Fatoni...wallahu'alam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.