Skip to main content

Kumpulan yang mengaku Islam perlu berhenti dari berhujah mengenai Islam cara bodoh..

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Malaysiakini

Kristian 'halal pelacuran': Sinar Harian mohon maaf.

Akhbar Sinar Harian hari ini memohon maaf atas penyiaran satu kolumnya semalam berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan Kristian.

Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian' itu hari ini diakui "silap" dan "tidak tepat", menurut notis permohonan maaf yang disiarkan di halaman nasional akhbar tersebut hari ini.
Islam adalah agama yang tegak dengan hujah. Bukan dengan pedang, apatah lagi dengan pendekatan tuduhan yang tidak dibuktikan. Hujah adalah fakta. Jika tuduhan yang dikemukakan tidak dapat dibuktikan, ianya adalah backfire kepada Islam sendiri. Muslim Melayu terlalu bodoh dalam mengembangkan Islam di Malaysia.

Memang benar ada ayat Allah yang mengatakan ada pihak dari Nasrani dan Yahudi yang tidak senang dengan muslim selagi muslim tidak mengikut mereka. Ayat itu adalah dalam bentuk peringatan. Dan jika anda mendatangkan tuduhan dalam hujah, sila berikan bukti2nya.

Mari kita lihat bodohnya Melayu.
1. Gerakan Sosial / Keruntuhan akhlak - Galak pergaulan bebas, ramaja lelaki dan perempuan.

Tuduhan yang dikenakan ke atas Kristian. Apa buktinya? Akademi Fantasia siapa yang galakkan? Konsert2 menjelang merdeka, siapa yang galakkan? Pesta tari menari UMNO sempena Syawal, siapa yang galakkan? Kalau diri sendiri busuk, jangan tuduh orang lain busuk supaya tiada pihak yang wangi.

Kalau pemain bola sendiri bodoh, jangan haramkan pemain import supaya tiada pemain yang pandai dalam padang. Jika pengurusan bantuan Islam lemah, jangan sekat pengurusan bantuan agama lain yang cekap, supaya tiada pihak yang cekap. Melayu is bullshit.
2. Menghalalkan perlacuran - sebagai satu pekerjaan perkhidmatan.

Boleh dakwa atas nama hujah. Tapi sila kemukakan buktinya. Di kitab Bible, mazhab Kristian mana yang menghalalkan perlacuran. Kitab Kristian mana, mazhab Kristian mana yang mencipta Valentine Day.

Jika tidak hujah ini dlah bodoh. Backfire kepada Islam apabila meminta maaf semula. Sepanjang beratus tahun Melayu memeluk Islam, mengapa kadar pertumbuhan muslim sangat2 perlahan di tanah ini?

3. Filem dan muzik - Menyelitkan unsur2 melampau.
Memang gua setuju asalnya. Tapi sila berikan bukti semua ini untuk dikaitkan atas nama Kristian. Ada berjuta penganut Kristian yang akan terlibat dalam penghujahan ini. Bayangkan dosa kumpulan Melayu apabila kesemua mereka semakin jauh dengan Islam apabila 'kalah bodoh' dengan hujah ini.

Jika tidak dapat kaitkan nama Kristian akan hujah ini, atau sama sahaja unsur melampau filem Melayu (Islam mengikut akal penganut lain), lebih baik tumpukan penghujahan lain.

Konsep trinity misalnya. Nabi Isa misalnya. Perjanjian lama dan baru misalnya. Konsep dan falsafah agama itu sendiri. Bukannya penghujahan bull shit seumpama ini.


Comments

  1. Eh wah Aku komen k
    Wa hairan gak bila negara2 yang pmimpin dan majoriti umatnya kristian tidak dapt sepenuhnya mengamalkan ajaran kristian yang sebenarnya. Mereka seperti amalkan sesuatu yang lain, yang mengagongkan kesempurnaan akal mereka untuk memenuhi keselesaan baang tubuh sendiri. Fahaman ini di perjuangkan dengan segala kekuatan tamadunya dan menabrak di mana mana sebagai ikutan sejagat yang standard.
    Bila Allah mengingatkan golongan kristian dan yahudi sentiasa tidak selesa selagi olahan mereka tidak diikuti; aku hairan gak kenapa kita orang islam merasa bodoh jika inginkan membangkitkan kehebatan yang sudah ada.
    Fakta jika apa yang ada waktu ini, yahudi dan kristian sekadar bayang tetapi obkjeknya ialah robot pemusnah yang jadi dewa.
    ..selamat berpuasa dan beraya!!

    ReplyDelete
  2. orang kita lebih sibuk dok jaja kononnya agama lain nak musnahkan agama kita sampai nak jaga agama sendiri pun tak sempat... bila orang tanya.... APASAL ORANG ISLAM LEMAH?.... mudah jawapannya..... orang kristian la punya keje ni..... senangnya nak lepas dari tanggungjawab....

    ReplyDelete
  3. same jer bila tanya bab kenapa malaysia negetif nii,,napa ada rasuah ni..napa ada itu ini..kerana umno! konspirasi sonang la gitu2
    bagi aku pembawaan melayu begitu sebab nuar..dia dah menterbalikkan semua ini..pakai hujah jugak dan fakta jugak tetapi... tak cayer?

    ReplyDelete
  4. Kenapa Malaysia terhina dari segi indeks rasuah, sukan, ekonomi, kebebasan media, singapore, etc, sebab umno.

    Kenapa umno jadi gitu? sebab Anwar. Wakakaka. Terer lu Atiq

    ReplyDelete
  5. aku gatal kepala ni..


    semenjak tumbesaran nuar dari putik ..muda ranum..mengkal/masak dan ke tua hari ini pernah kah dia berpegang pada fakta dalam hujah; dari sudut sebagai pihak pemerintah hingga sebagai pembangkang, dari suara islam ke sikap plural agama,memperkatakan akhlak mulia ke diperkatakan maksiat..ah banyak hal lagi mengisi ruang dua generasi fikiran melayu. Juga kenyataan kepada persepsi menjadi taruhan.

    aku terima 'Kenapa umno jadi gitu? sebab Anwar.' seadanya wakakaka..hantu lu aduka

    selamat bersyahur. k wa syahur ni dulu

    ReplyDelete
  6. Tajuk apa kita bincang, atiq? Kerosakan (kelemahan) umat Islam adalah bukan saja disebabkan Kristianisasi!! Fact! Kita lemah sebab kita tak sedia kuat - ilmu kurang, sikap negatif, kurang penghayatan Islam..dll.

    Sapa yg lemah tu adalah sebab2 tertentu. Sapa yg kuat Islamnya, tentu saja sebab-2 tertentu lain.

    Kristianisasi.. tak akan berjaya meracun fikiran kita kalau kita cukup kuat. Jadi tak perlu kita secara open di akhbar, media kata Kristian punca ada antara umat kita murtad. Tu denying a fact that kita memang lemah! Kita hanya perlu kuatkan diri, iman takwa umat kita kpd Allah yg 1. Cukup! Kita kena bagi ulamak kita kerjasama untuk 'mengislam'kan sistem hidup kat M'sia... baru nampak kesannya. With UMNO in charge, we doubt it will happen!

    Punya lemah umat kita sampai pemimpin kita di majlis Agama/baitul Mal buat apa entah...orang fakir miskin susah pun orang kita tak ditolongnya. Tahu kutip zakat saja tapi tak pernah efisien mengagihkan dana tu kpd 8 asnaf ..ASAP.

    ReplyDelete
  7. alamak tertinggal nih

    aku fikir kta kot keliru dlm suasana (senang kata) era kebanjiran fahaman skular dari negara2 gah barat maka dengan selambe menyalahkan kristian. Faahaman skular disokong dengan penumpuan kepada hubungan manusia dengan manusia atas nama hak asasi menyebabkan kita ni dalam delima. Seperti di Msia, banyak kita melihat visi dan misinya, perlaksanaan nya seiring mereka yang dikatakan maju itu, walhal kekuaatan islam disini sudah ada pada struktur dan rakyatnya. Samada kita mau atau tidak mau untuk memperjuankanya dan menghargainya.
    'Begitu juga kerjasama bersama para ahli dan ulama islam sangat buruk kerna mereka2 ini tidak bertindak sebagai pemudah cara kepada konsep persaudaraan dan perpaduan. Kita sekadar mengambil mudah memberi alasan diatas kejayaan orang lain diatas kita. Itulah isi buncang aku dari tajuk aduka kah kah
    wa setuju hn kata.
    1. kita perlu kuatkan iman dan taqwa dan tiada halangan sebenarnya disini

    2.kita perlu ada komitmen memberi kerjasama kepada para ulama sebagai pemudah cara agar dapat mengislaman segala sistem yang ada. Namun perkara pokok mestilah ada perpaduan alias persaudaraan paling terkehadapan.

    3.parti parti politik hanyaalah dijadikan sokongan dan alat logistik semata dan bukannya dijadikan syaitan penghalang kepada keturunan kita.

    4. 'efisien' adalaah wajib dalam pengurusan islam dan akan relatif keadaaanya kalau tidak ada limit kemampuan.

    Kekeliruan diatas sebabkan kita melarikan diri untuk bertanggung jawab lalu menyalahkan orang lain. Dan ini aku( huh uhu hu) kaitkan dengan format hidup nuar yang mempengaruhi 2 generasi melayu masa kini. Maaf ler ini pendapat aku shj.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n