Skip to main content

Cikgu Bard tinggalkan PKR

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Cucu Mat Kilau

Seandainya spekualasi yang disampaikan itu benar; pertama adalah hak demokrasi Cikgu Bard. Kedua, beliau pasti dikutuk gila2.

Untuk tajuk kedua, Cikgu Bard dah lali dikutuk UMNO. Tapi rasanya belum lagi dikutuk oleh parti sendiri, dikutuk oleh PKR sendiri. Harap Cikgu Bard boleh melaluinya. Kalau PAS Reform, gua dan rakan2 dah lali. Dipulau, disisih dan dipecat oleh kedua2 pihak. Baik UMNO, PAS, PKR dan atas pagar. Sehingga uma melarikan diri ke Ireland sekarang ni. Kah3..

Bukan memperlekehkan, tapi sekadar mengingatkan, bahawasanya, setakat Melayu, jarang yang boleh bergerak tanpa parti yang sudah sedia ada. Ezam keluar dari PKR. Cuba bergerak dengan GERAK. Tak boleh blah... masuk UMNO. Zaid Ibrahim pun begitu. Sekadar mody parti yang sudah sedia ada.

Dalam sejarah Malaysia, jika bercakap asbab individu, hanya Anwar sahaja bergerak dengan parti politik sendiri. Setakat ini. Ketua Umum PKR adalah Anwar. Tidak boleh dicabar. Presiden adalah isteri. Segan nak cabar. UMNO pula ditubuhkan oleh British. Nama pun dalam BI. PAS ditubuhkan secara berkumpulan. Semangat 46 yang ditubuhkan secara berkumpulan pun out.

Jika Cikgu Bard boleh bergerak dengan SAMM, menjadi kuasa ketiga dari anak muda, gua fikir nak bincang dengan rakan2 PAS Reform untuk JV dengan SAMM, tanpa menghilangkan suara lantang PAS Reform. Wallahualam. Cuma, tanpa label mana2 jenama gergasi, sukar untuk kuasa ketiga menghantar orang seperti Cikgu Bard ke parlimen. Semenanjung Malaysia masih sukar untuk politik itu. Sarawak lain. Kalau calon kuat, dia boleh menewaskan jenama gergasi.

Seterusnya, jika Cikgu Bard nak join KITA, pun gua rasa terbaik. KITA juga boleh membentuk kuasa ketiga. Kekuatan Cikgu Bard gua rasa mampu melonjakkan KITA. Apatah lagi KITA sudah mempunyai kekuatan saraf dengan kemasukan MSK. Ke guane gu?


Comments

  1. my dear aduka, umno ditubuhkan bukan oleh British tapi oleh dato onn dan orang-orang melayu celik yang seangkatan dengannya. Namanya ialah pertubuhan kebangsaan melayu bersatu. Akronim UMNO lebih mudah disebut dan dibunyikan berbanding PKMB.

    ReplyDelete
  2. Sebutkan nama pejuang UMNO yang ditangkap British kerana memperjuangkan merdeka, kalau UMNO bukan ciptaan British.

    ReplyDelete
  3. madey la.... sebab madey tubuhkan UMNO.... hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. haha..gua sokong abg hensem.mahathir la yg tubuhkan umno.buta sejarah ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...