Skip to main content

Presiden PAS tidak pernah tengok cermin.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 April : PAS mengakui pernah ada satu ketika dahulu segelintir pemimpinnya mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan memboikot para penyokong dan pemimpin Umno.

Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS.

"Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Sama ada mereka menyertai Umno atau entah ke mana," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis sebelum ini.



Gua : Amanat Haji Hadi tu guane?

Comments

  1. la..aku ingat isu amanat Hj Hadi dah lama setel, rupanya msh ada yg x paham2,ish ish..ke guane mung ni aduka? mmg betul kata Tok Guru..hj Nakhaie dah lama tinggalkan Pas....

    Tn Guru Hj Hadi hanya menyatakan batas antara pemerintahan Islam dan pemerintahan jahiliyah..antara muslim dan kafir...iaitu disempadankan dgn ketaatan kpd perintah Allah, tu je...selebihnya sape mkn cili dia rasa pedas...xde sepatah haram pun ayat takfir dlm amanat tu..fitnah lapuk jgn dibongkar kembali, buruk padahnya..xkan tu pun nko x paham bro..huhu

    mat Sabu dah tawarkan khidmat nak bantu Presiden Tok Guru Hj Hadi jika terpilih sbgi timbalan..hint yg terang lg jelas dr abg Mat utk mengekalkan Tok Guru Hj Hadi..aku hrp semua perwakilan faham maksudnya..kekalkan kepimpinan ulamak!! Allhuakbar!

    ReplyDelete
  2. Mmg la "amanat" TGHH tak salah sbb ia hanya kias ttg 'sempadan aqidah'. Tapi apa TGHH buat bila ada orang-2 'mengkafirkan' orang UMNO, kelahi 1 rumah@kampung DLL tu? Implikasi kpd PERPADUANG ...tau tak? hehe

    In short, kelemahan TGHH juga tu. Takkan la bila dia dah sedap-sedap dpt 'political milleage','untung' dia tala 'kesalahan' tu kpd 'blacksheeps' mcm Nakhaei tu pulak?

    ReplyDelete
  3. Aduka... hang tadak isu lain ka selain isu video seks... dah lapuk la isu nie... malas nak kom en..

    ReplyDelete
  4. tentang isu kapir-menkapir nih, kawe pun ada pikir serupo demo jgk. Tapi kalu ameno bagi jalan muzakarah pada tahun 80an dulu...kawe raso buleh settle walaupun tak semua, sekurang2nya kita dengar 2 belah pihak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...