Skip to main content

Siapa pemenang Pemain Terbaik FIFA?



Lionel Messi


BERNE - Pemain Barcelona, Xavi, Lionel Messi dan Andres Iniesta berada dalam senarai bersama buat pertama kali untuk memenangi anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Ballon D'Or bagi Pemain Terbaik Dunia yang akan diumumkan hari ini.

Ia juga menyaksikan buat pertama kali anugerah Jurulatih Terbaik dengan Vicente del Bosque, yang membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia, bersaing dengan pengendali Barcelona, Pep Guardiola dan Jose Mourinho, yang membimbing Inter Milan meraih piala Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

FIFA juga akan menamakan Kesebelasan Terbaik Dunia melibatkan seorang penjaga gol, empat pemain pertahanan, tiga pemain tengah dan tiga pemain penyerang, di mana lima pemain bersaing untuk merebut setiap posisi tersebut.

Oleh : AdukaTaruna

Walau gua tetap anggap Messi adalah pemain terbaik setakat ini, tapi untuk kali ini, gua teka pemenangnya untuk kali ini ialah Andres Iniesta. Weih bro.. takda player EPL or Man U ke dalam final list tu? lalalalala.... 

Dalam FIFA ada Anugerah Presiden. So, lu sendiri paham la siapa yang terbaik. Hua3...

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.