Skip to main content

Gua akan jumpa Hadi di Rusila lagi, insyaallah.

Oleh : AdukaTaruna

"Kamu ni berani sampai jadi bodoh, Aduka."

"Nombor pangkal, berapa, En?"

"Berapa diorang bayar?"

Itu antara soalan yang ditanya oleh pihak polis kepada gua. Mereka hairan, kenapa gua ke lubuk 'ganas' untuk bertanya soalan yang tidak disukai oleh 'orang yang ganas'. Sampai gua sendiri dianggap polis sebagai SB. Tu yang tanya nombor pangkal tu. Memula gua tak faham. Teringat pembaca gua Al Mansur dari Sabah dulu. Dia pun tuduh gua SB gak.

"Takkan kamu sanggup buat begini saja-saja kalau takda apa-apa?"

Macam biasa, siasatan polis akan bermula dari di mana gua berada. Latar belakang kumpulan. Soalan nilah yang sukar gua nak jawab.

"Rokok tu racun, En. Tapi En hisap. Mustahil kalau En sanggup masukkan racun dalam badan sendiri, dalam badan anak-anak sendiri di rumah, kalau takda apa-apa? Tu jer la yang saya mampu jawab dengan soalan En ni."

Sebenarnya, seburuk mana pun manusia itu, penagih dadahkah dia, kutu rayaukah dia, penunggu hukuman matikah dia, semuanya mempunyai hubungan peribadi dengan Allah sendiri. Hubungan peribadi dengan Penciptanya sendiri. Hubungan Allah dengan hamba2nya bukan dengan ulama sahaja.

Inilah asas yang membuatkan gua ke lubuk ganas, bertanya soalan kepada orang ganas. Dan demi Allah, bergantungkan sepenuhnya kepada kemampuan yang Allah akan berikan kelak, GUA AKAN CUBA BERTEMU DENGAN PRESIDEN PAS SEKALI LAGI.

Kronologi gua setakat sebelum gua ke balai polis.

Kepada pembaca, bacalah dengan semua sumber. Anda mempunyai hak untuk menilai sendiri. Gua tak pernah paksa. Sokong gua ikut tajuk supaya gua tidak musnah kemudian hari.

Ini adalah kronologi alternatif dari rakan yang turut serta : C++

Dan ini pula kronologi dari pihak gua.

Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Demi Allah, gua bersumpah, apa yang gua tulis ini adalah benar, dari pemahaman gua sebagai manusia. Jika gua tidak benar dari pemahaman gua sebagai manusia, moga Allah jatuhkan laknat buat diri gua.

Sedikit asas permulaan cerita gua di Kelantan. Gua berhadapan masalah dengan handycam. Gua merayu di internet supaya ada yang memberi pinjam gua handycam. Semuanya kerana Allah.

Gua dihubungi Pink Turtle. Dia ada handycam. Tapi chargernya ada pada kawan. Masa semakin suntuk. Gua serahkan semuanya kepada Allah. Hujan lebat. Nak ambil charger, nak jemput bini, nak jemput adik ipar sekolah. Seorang dermawan drive dalam hujan lebat dari Kuala Krai, bertemu di Masjid Taman Uda, memberi pinjam handycam. Gua lulit dengan mengatakan gua bertolak paling lewat Isyak. Tapi sebenarnya plan bertolak pagi esok. 9.30pg.

9.20 sms dari rakan yang mengatakan dia dan rakan tidak dapat hadir. Tapi beri gua kereta. Gua pasrah dan menyerahkan kepada Allah. Semua orang jahat dan baik mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya. Gua kol member lain. Sorang tak dapat, 2 lagi tak angkat. Jumaat. Tidur lagi mungkin. Kol sorang lagi. Angkat. Dan ajak dia ke Terengganu dengan bagitau serba sedikit. Member bukan jenis politik. Jadi gua faham keberanian dia adalah tahap biasa. Walaupun dia seronok akan dapat jumpa Tuan Guru Presiden PAS di Terengganu.

12.30 - Gua sampai. Gua jumpa C++ di Restoran Lempeng (seingat gua). Berdekatan dengan Masjid Rusila.

12.50 - Gua bersiap2 menunaikan solat Jumaat. Tukar selipar, etc. Dan masuk ke perkarangan masjid. Ambil wuduk dan terus ke saf beberapa di depan (tak ingat). Lepas solat sunat, gua sempat ambil gambar mimbar.

Tak ingat masa - Solat Jumaat habis. Gua solat sunat. Dan tunggu TGHA habis wirid dan solat sunat. Member gua (bukan C++) dah 'takut2' (pada tafsiran gua) dan berkata dia mahu ke tandas. Mungkin dia dapat agak situasi sebenar bukan seronok apabila bersembang sambil makan di Restoran Lempeng tadi (tafsiran gua). Pada hal dia ditugaskan sebagai kameraman 1, manakala C++ adalah kameraman lulit.

Tak ingat masa - TGHA beredar dari tempat solat menuju ke pintu keluar, bahagian depan, sebelah kanan jika kita mengadap kiblat. Terdapat ramai yang serbu berpusu-pusu bagi mencium tangan. Member gua tak tau mana. Gua turut bangun, bagi isyarat kepada C++, dan terus merapati TGHA. Gua telah berjanji, gua akan berbahasa dengan baik.

(Seingat gua, inilah dialog gua dengan TGHA)

"Assalamualaikum, Tuan Guru."

Melihatkan muka gua, muka TGHA terus berubah (tafsiran gua terhadap perubahan air muka).

"Saya AdukaTaruna dari Kelantan, ingin bertanya kepada Tuan Guru (selepas ini gua guna istilah TG), beberapa soalan."

"Saya sibuk. Saya ada program lain."

Ketika ini gua risau jika tiada rakaman. Gua keluarkan handphone China, dan on videocam. Setiap manusia mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya (tafsiran gua).

Selesai on videocam, TGHA telah berada jauh sedikit. Gua terus mendapatkannya, tanpa memakai selipar. Seingat gua, inilah dialog gua :

"TG, saya mohon 5 minit sahaja untuk bertanya soalan."

Gua merayu sehingga berada di dalam dan di depan tangga rumah TGHA.

Seingat gua (tiada rakaman video pada gua), inilah dialog TG.

"Saya sibuk. Saya sibuk. Saya ada program lain."

Ketika inilah muncul Lelaki 1 dan merentap baju gua. Seingat gua, dia memarahi gua. Dan menggugut untuk mencederakan gua. Gua menjelaskan tujuan gua datang, untuk bertanya soalan. Dalam keadaan videocam masih ON.

Lelaki 1 minta rampas handphone gua. Dan muncul Lelaki 2 (budak kurus berkopiah) merampas handphone gua dengan bantuan Lelaki 1 dan beberapa lelaki yang gua tak sure berapa jumlahnya. Semua kejadian ini berlaku di hadapan THGA; dalam dan di hadapan rumah TGHA; malah seingat gua, gua dan lelaki 1 berada di atas simen rumah TGHA. Dianggarkan 50 lelaki berada di situ.

Mungkin isyarat TGHA (tafsiran gua), gua kemudiannya ditarik oleh beberapa lelaki, dibawa ke hadapan Masjid Rusila, kira2 semeter dari sempadan meletak selipar. Gua dikerumuni oleh lebih 100 orang. Mereka berkata inilah AdukaTaruna. Salah seorang dari mereka mengambil gambar gua, gua sempat buat aksi 'peace'. Mereka memaki, mengugut dan mencadangkan gua dicederakan.

Terdapat ramai dari mereka yang memiliki handycam dan kamera digital. Menandakan bahawa kehadiran gua sebenarnya memang diketahui. Mustahil datang solat Jumaat membawa handycam (tafsiran gua). Mereka merakamkan ucapan gua di situ, ketika gua pasrah kepada Allah kerana bimbang tiada rakaman bagi pihak gua. Setiap hamba mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya.

Ketika gua bercakap hak-hak gua sebagai rakyat yang berada dalam kerangka demokrasi, gua dipukul dari belakang sebanyak 2 kali, seingat gua. Semua ini, dirakam oleh jemaah Rusila. Gua tak sure sama ada mereka akan upload perkara itu demi Allah atau menyembunyikan perkara itu demi kasta ulama. Dan gua tak sure sama ada, ada rakaman video bagi pihak gua, atau tidak.

Berkali-kali gua menyatakan hak gua untuk beredar ke balai polis bagi membuat report rampasan handphone, tetapi tidak dibenarkan Lelaki 3. Gua cam lelaki 3 sampai sekarang. Insyallah. Ketika gua dikepung oleh lebih 100 orang, tiada satu pun pihak yang tampil memperkenalkan sebagai Batu Api atau Songkok Putih.

Kemudian, Lelaki 3 dan beberapa lelaki yang gua tak sure jumlahnya, menarik tangan dan baju gua ke tingkat 1. Gua merentap kembali tangan gua dan membuat bahasa tubuh supaya jangan 'seret' gua. Gua boleh jalan sendiri. Tak lari dan bersumpah atas hubungan peribadi setiap hamba dengan Penciptanya, sedikit pun gua tidak takut.

Gua ditahan dalam sebuah bilik di Tingkat 1. Pintu ditutup. Ada kira2 15 lelaki di dalam. Siap membuat rakaman video lagi. Di luar bilik terdapat ramai lagi lelaki dan anak-anak lelaki. Mereka meinjau2 dicelah2 tingkap. Gua diberikan hak buang air dan disuruh duduk.

Berkali-kali gua menjelaskan hak gua untuk beredar dan membuat laporan polis, tetapi ditahan. Seorang lelaki Melayu tua dipercayai bernama Wahab berkutbah kepada gua, TGHA adalah ulama yang diiktiraf antarabangsa. Melawan masuk neraka. Kita semua mati, etc. Kejadian dirakamkan oleh pihak mereka.

Sepanjang gua ditahan secara salah itu, tiada siapa pun memperkenalkan diri sebagai Batu Api atau Songkok Putih. Gua menjelaskan bahawa, gua difahamkan oleh Terengganukite, di bawah Lajnah IT PAS Dungun (seingat gua), dan laman blog Batu Api yang dipercayai di bawah Suhaimi Embong (seingat gua), telah memaklumkan kehadiran gua; dan pihak Rusila tahu kehadiran gua. Lelaki separuh tua yang gua percayai sebagai pengerusi Masjid Ruslia menafikan. Sehinggalah gua menjelaskan bahawa penahanan mereka ke atas saya adalah salah, dan boleh dianggap satu penculikan, barulah mereka 'cuak' (tafsiran gua).

Lelaki yang gua percaya sebagai Pengerusi Masjid Rusila mendakwa, dia boleh lepaskan gua. tetapi jika berlaku apa-apa, mereka tidak bertanggungjawab. Lelaki 3 membantah. Gua setuju dan bangun. Terus bersalaman dengan semua, termasuk lelaki yang merakamkan dengan handycam. Tiada rakaman bagi pihak gua. Kalaulah EdyesDotCom ada (tafsiran gua).

Gua keluar dan bersalam dengan ramai lelaki yang berada di luar pintu. Termasuk beberapa kanak-kanak. Gua turun tangga dengan diringi oleh beberapa lelaki yang gua tak sure jumlahnya. Gua menuju ke pintu besar. Kereta gua parking di depan HPA. Setengah sampai ke pintu besar, gua dikejar dan dipanggil oleh lelaki yang gua percaya bernama Wahab. Dia meminta kad pengenalan gua.

Gua menjelaskan pakcik tiada hak meminta kad pengenalan gua. Tapi gua sedia berikan butiran diri gua. Gua berikan kertas (sejenis kad). Dia tulis, tapi tak boleh sebab tangan dia gua lihat menggigil (tafsiran gua). Pakcik Wahab suruh gua tulis, on the way nak tulis, gua ambil keputusan, lu nak gua, bukan gua nak lu. Ini berkaitan dengan tindakan bodoh UG Selangor dulu. UMNO nak bagi tawaran, UMNO kena datang, bukan PAS yang datang. So, gua suruh kanak-kanak yang mengekori gua tu tulis. Diambil pakcik Wahab dan dia tulis butiran gua. Nama penuh, no KP, dan alamat Kelantan dalam keadaan tangan gigil.

Selesai dari tu, gua didatangi oleh lelaki yang memperkenalkan diri sebagai cybershot. Dia menjelaskan dia sedih dengan apa yang berlaku. Dia meminta gua menjelaskan dakwaan gua terdapat kenyataan Songkok Putih di bawah Bicara Webmaster. Gua mengajak dia minum di seberang jalan. Tapi tak boleh lama, kerana gua perlu membuat laporan polis. Gua bertanya dia jam supaya kelak gua boleh ingat (jam gua takda). cybershot menjawab sekarang pukul 2.45.

Lelaki yang mendakwa Cybershot menawarkan khidmat menghantar di mana-mana sahaja gua nak pergi. Gua menolak dengan baik, dan gua nak ke balai polis dengan kereta gua (yang dipinjam dari Man). Cybershot membantu dengan menunjukkan arah ke Balai Polis Marang.

Gua menuju ke Balai Polis Marang dalam keadaan semua nombor telefon yang gua boleh hubungi tiada. Gua tak ingat nombor, sebab gua berpandukan nama phonebook. Kalaulah gua mahir kaedah Mokhdar..

Sekian dulu, gua akan sambung lagi. Gua bersumpah atas hubungan peribadi setiap hamba dengan Penciptanya, gua akan datang untuk bertanya soalan kepada Presiden PAS sekali lagi. Mungkin selepas tarikh bicara gua. 15 Mac. Insyaallah. Dan wallahualam.

Comments

  1. idup lagi lu bro?^_^

    moga2 pjg umur.
    nak jadi MA kan.^_^

    ReplyDelete
  2. Adik ku Khairul...

    Aku bangga dengan sikap kamu... teruskan lah usaha kamu jika kamu yakin kamu benar.. Insyaallah, Allah itu amat adil dengan hamba-hambanya..

    ReplyDelete
  3. tq bro..

    Baca juga sumber lain. Sokong gua ikut tajuk. Supaya gua tak musnah kendian hari.

    Bro, uma. Gua takmo jadi Mursyidul Am. Gua nak jadi Pengerusi SPR. Muahahaha.

    ReplyDelete
  4. wa ada beberapa persoalan..

    semua dah termaklum.. terbukti dan terpampamg perjanjian dengan batuapi pukul 3 ptg??

    kenapa tak tunggu pukul 3??

    dulu masa di kelantan.. tok guru memang tak layan terjahan semberono untuk soalan yang lu kata genius..
    takkan lu nak guna taktik yang sama dalam sesi soalan kali ini??

    lu kata nak cara bersopan..

    kenapa tak tunggu... aturan untuk berjumpa Tok Guru mengikut saluran..

    Lu kena ingat lu telah label TGHA ulama PUKIMAK sebelum ini dalam artikel Lu...

    Kemudian lu buat alasan macam ni..
    menimbulkan polimek dengan mendahului rancangan asal dengan terjahan di kalangan Penyokong Taksub..

    Lu memang suka mencelakakan diri sendiri..

    Wa tanya..

    kalau ada orang memukimakkan TGNA..
    lu ingat... orang pulau Melaka akan bertenang???

    bahkan ORANG KELANTAN AKAN LEBIH BERTINDAK LEBIH GANAS LAGI..


    cara lu memang tak ubah cara muktazilah berfikir dan cara khawarij mengambil tindakan...

    Lu mengeksploitasi kelemahan aqal penyokong yang terdiri daripada orang kampung untuk menghasilkan gimik yang menunjukkan Lu adalah mangsa keadaan..
    PADAHAL.. keadaan itu.. yang mula-mula usahakan supaya kelihatan begitu...

    usah omong lu mahu kebenaran..
    kalau Tindakan sudah tersasar dari paksi kebenaran...

    Sebenarnya.. Lu sudah menempa kecelakaan pada diri sendiri...

    Lu lihatlah lepas ini..
    kesan pada diri lu..
    kesan pada rezeki lu..
    kesan pada emosi lu..
    kesan pada keluarga lu..

    lu dah buat orang sekeliling lu sengsara atas tindakan Lu yang GENIUS gila babi itu!!!!

    ReplyDelete
  5. pengaruh blogger picisan macam lu sekarang sudah entah kemana..

    di mana pengaruh mat saman kati??
    di mana pengaruh pinkturtle?
    di mana pengaruh wan jo??
    di mana pengaruh wan ji??

    kalau lu kata ini tindakan gila Puak TGHA.. silakan..

    tapi yang start buat kije gile konon atas kebenaran adalah LU..

    1. siapa yang kata mahu berjumpa atas kebenaran tapi Kutuk pukimak, boroi dan sebagainya??

    2. siapa yang buat rancangan bersama.. kemudian pergi secara solo sebelum masa dijanjikan??

    3. perjumpaan kat rusila ini.. dua tujuan..satu membongkar siapa batu api kedua.. nak tolong projek lu..tapi lu pentingkan diri sendiri. lu jalankan projek lu sebab lu dah berniat BURUK..

    4. Lu memang mahu orang mencelakan jemaah Rusila.. tapi.. tengoklah kesannya.. sepanjang mana..

    5. sama ada lu yang terkesan secara emosi, aqal dan rezeki.. ATAU imej TGHA langsung tiada effect dek peristiwa ini..

    ReplyDelete
  6. polis pun cakap berani tapi BODOH.. wakakaka..

    mana lu punya genetik GENIUS ni...
    dapat bodoh ngan POLIS ni... wakakaka

    ReplyDelete
  7. apa-pun gua ucapkan tahniah atas keberanian lu bro aduka!!

    ReplyDelete
  8. banyak perkara yang bermain dalam fikiran wa selepas kejadian ni...... memang cukup-cukup berbeza.....

    ReplyDelete
  9. SFH cakap :bahkan ORANG KELANTAN AKAN LEBIH BERTINDAK LEBIH GANAS LAGI..

    hehehe.... menarik ayat ni.... orang pertama pak berahim katak.... sampai masuk wad...

    ReplyDelete
  10. Salam Aduka...

    kalaulah kamu gabungkan sedikit bijaksana dan sedikit sabar serta kurangkan kesemboronoan, kamu mantap, beb...

    Catatkan peristiwa ini dan jadikan sebagai kaedah untuk terjah dengan cara yang lebih memerangkap, bukan kamu yang diperangkap.

    Cakap Penembak Babi betul... tahun 70-an 80-an dulu, masuk dengan songkok hitam atas kepala ke Rusila pun, harus terbenam kaki dalam tanah kena tenung dek orang-orang kat situ... sekarang okay sikit dah tu...

    ReplyDelete
  11. Aku dah agak dh sebelum ni, mesti benda x baek akan berlaku, dah2, x payah jumpa lagi.. buat kenyataan mohon maaf dlm ni sudah, tu la, sebelum buat fikir baek dulu

    ReplyDelete
  12. Alah, bukan dipukul apa pun, nak act hero konon. kau ngan Khalid Samad sapa spesis, memalukan perjuangan Islam!

    ReplyDelete
  13. try "Langgar Najib" instead. sounds more interesting. i'd like to see where you would end up.

    ReplyDelete
  14. aduka aku dok suka mu, tapi nok nasihat gok, klu mu berubah aku dapat syare gok.. berdosa mu bersumpah cam tu "...moga Allah jatuhkan laknat buat diri gua."

    ini nasihat ikhlas aku, mu gi lah tanya org alim2 kat kelantan, ramai ada, apa hukum sumpah gitu.. kebetulan mu duduk kelantan doh, cari lah masa ngaji ugama dgn ramai alim ulama kat kelantan tu, klu tak rugi kita.

    kesihan aku tengok keadaan mu, cam dok tahu hukum langsung.. gi lah mengaji ugama, dok rugi pun masa mu, mudah2an tuhan beri mu masa yg berkat

    ReplyDelete
  15. abanghensem..

    kalau ada orang memukimak TGNA?

    lu bleh duduk diam??
    kalu lu diam..
    member kampung lu bleh duduk diam??
    bila ada peluang budak tu buat hal lagi??
    siapa yang buat gambar kencing bediri??
    konon atas mahu kebenaran??

    kampung wa dan wa ada sedara orang kelate laa bro..
    yang siap ada kes bunuh membunuh kerana persaudaraan ni..

    tu pasal wa berani cakap..

    setakat dapat luku dua kali..

    dah lembik..

    aduka memang genius..
    tapi bagi penghuni sepilok laaaaaaa...

    ReplyDelete
  16. -aku pelik kenapa reaksi tgha cm2..sepatutnyer as leader a die xpatut react cm2,die bley gentlenyer cakap "apekah soklan 2?"...bukan lame sgt pown nak kene jawab..klu sibuk sekalipon tghh ley bincang sal temunjanji. Bukan nyer blah cam2 jew..

    ReplyDelete
  17. maki balas maki bro..
    maki dlm blog
    balas maki dlm blog.

    gambar balas gambar...


    bukan guna pakai ISA.
    ISLamic Security Acts pasti diguna pakai oleh PAS nanti bg
    mempertahankan kerajaan andaikata mereka dihujani hujah2 maki oleh puak2 pembangkang yg ganas mcm AT.^_^


    nak bertumbuk...
    bukak gelanggang bertumbuk.


    golongan yg dikata ciput
    bukan jenis reramai tumbuk sorg.
    golongan ciput adalah
    jenis sorg tumbuk reramai.

    UMNO dgn Internal Security Acts.Klu PAS nanti dgn Islamic Security Acts. nama islam mesti kene ada baru Islam gitu.^_^

    ReplyDelete
  18. bro AT,
    syabas dan bravo.. pada wa lu adalah pejuang sejati!
    jangan gentar dan give-up.. lu berani berjuang kerana kebenaran agama, bukan kerana manusia!
    wa dari besut.. wa faham dan masak dgn peel berok-berok jakun dari kuale ni, pada wa lu lebih berani dan jantan dari serma berok kat rusila tuh..
    berok-berok ni berani bila ramai atau jauh atau bila nusut dalam gelap..
    contoh paling betino berok2 pukimak tu adalah 'batuapi', songkok putih SFH pukimak.
    berok2 ni semua kalau jumpa lu onebyone lagi gigil dari berok wahab tuhh.. gerenti!!
    SFH pukimak,
    kalau TGNA pong buat kerja sial macam hadi dan geng perpaduang.. gua ganti wirid gua dgn pukimak kat TGNA... TAPI MASALAHnya Tgna tak wat kerja sial macam hadi..
    MASALAHNYA hadi dan geng perpaduan lu yg buat kerja sial babi sondol cam 'tuhan tunjuk kat nabi dalam peristiwa israk mikraj'... hadi buat takkan nak pukimakkan orang lain lak?? apa punya bangan lu..
    hadi buat kerja sial pukimak, hadi la pukimak..
    hadi buat kerja bodoh sial, hadi lah bodoh sial..
    lu berani buat kerja pukimak.. lu berani la tanggung title pukimak kehkehkeh..
    nak panggil apa lagi?? pewaris pembohong nabi?
    lu buat pukimak pukul AT... memang itu kerja jemaah pukimak lu..
    kerja pukimak adalah hasil dari jemaah pukimak.. jemaah nabi tak gitu..
    wa tak hairan atau terkejut... apa lagi bulih harap dari jemaah jakun lu?? selain dari hasil2 jakun, sial dan pukimak?
    lu, ayah cik lu lebih teruk dari AYah Pin.. sebab ayah pin tidak sebarkan kejakunan dan kepukimakan cam lu keperingkat nasional dan antarabangsa!! kehkehkeh
    hehhehheh.. HARI INI.. lu punya kepukimakan, kejakuna dan kebodohsialan telah TERSERLAh!! taniah pukimak!!! Tahniah!

    ReplyDelete
  19. sedara SFH.... cara lu bukan cara Islam ajar... lu letak semua orang pulau melaka camtu.... lu kenal semua ke orang pulau melaka?....
    lu cakap orang kampung lu then lu sama kan semua orang kelantan camtu..... salah tu ....

    dalam Islam tak ajar camtu bro.... sedang kan orang yahudi tak semua jahat.... tak semua menentang Islam..... kalau lu kenal orang pulau meka lu tak kata camtu..... tapi lu tuduh orng pulau melaka camtu.... lu memang tak kenal orang pulau melaka....

    cuba lu bagtau kat wa sorang yang suka hina TGNA kena pukul..... contoh forumer KMu jer.... sapa yang kena pukul sebab kutuk hina caci TGNA? dalam KMu TGNA lagi teruk kena fitnah.... bukan setakat pukimak jer sesat, gundu, macam² lagi.....

    lu ingat tak kes bekas ahli PAS marah² TGNA semasa di galas.... berapa biji penumbuk kena kat mamat tu?.... tapi lepas tu TGNA bagi penjelasan tanpa calar sikit pun kena kat mamat tu.... hujah ngan hujah bro... bukan lari lintang pukang.... lu ingat tak mamat yang ugut bunuh TGNA dalam facebook?.... dah dalam kubur ke mamat tu?...

    wa tak kisah lu nak bela sesapa pun .... tapi jangan lu burukkan or fitnah orang lain sebab nak pertahankan pendirian lu.... bagi wa tu bukan cara Islam .... kalau lu citer pasal sedara lu ada kes bunuh tu keluarga lu.... bukan semua ore kelantan camtu....

    ReplyDelete
  20. padan muka kau....

    nasib baik la kau cuba interview Hadi kat Rusila... kalau la jadi kat kampung baru.... masuk masuk longkang kau.... siap kena kencing ramai-ramai lagi...

    aku cadangkan lepas nie kau interview la dia kat kampung baru

    ReplyDelete
  21. Salam bro. Ini cicit tun teja nak komen. Bukan main dasyat dan berbisa sungguh bahasa ko kpd TGHA satu ketika dulu. Bahasa "puk...mak"!.Wah! wah ! Hari ini bercakap pasal 'hablumminAllah habumminannas' pulak !Sikit punya bagus bahasa ko arini. Bagus le tu. Dah tobat le tu. Smg diterima Allah.Di Masjid Rusila keceluparan ko terbalas sebab mulut gatai ko jugak. Harap2 pembantaian terhadap ko tu menjadi kafarah dosa2 yg ko dah buat. Belajar dari kesilapan bro. Nak jumpa TGHA lagi, taffadhal. Percayalah lepas ni pasti dia layan ko mcm anak sendiri dan semua soalan dia kn jawab, sebab bab2 dicarut2 oleh puak2 ko dia dah imune sbb dah telan carutan
    ko orang dah berpuluh-puluh tahun.

    ReplyDelete
  22. hahaha...
    adukataruna kena pukul beramai-ramai??
    sampai patah kaki??

    abanghensem..

    lu faham tak Memukimakkan TG??
    wa tak kata semua pulau melaka..

    hehe...

    hahaha..

    takpe... wa kali ni menyebelahai gengster.. wakaka..

    ReplyDelete
  23. bro SFH...

    lu baca balik la kenyataan lu tu.... rasanya tak salah dah anggapan wa....

    lu makin beremosi.... tak pasal-pasl lu kaitkan dengan TGNA ( ulama gak ni)....

    wa tak tau apa tujuan lu....

    ReplyDelete
  24. bro.SFH
    hangin AT masuk kosmo kot.^_^
    page 3 tu...


    wa pun tak nampak AT kata dia dipukul beramai2..
    dlm kosmo pon tak kata mcm tu,
    cume yg ada
    AT dipukul je.


    klu 50 org pukul sorg
    elok Hadi kasi tarbiyah byk skit kat puak2 tu..or rendam pale dlm kolah.^_^

    ReplyDelete
  25. TGHA baru macam tu dah tak nak layan orang. Nabi pun tak ajar camtu. Guru dia ajar atau ego dia tinggi? Oh ya dia ada kasyaf apa boleh tahu AT nak tanya apa, sampai dia rasa tak perlu bagi masa sikit untuk jawab soalan orang.

    macam SIAL wa cakap lu! Memang siot punya perangai ulamak camtu. Unacceptable! Buat malu PAS saja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.