Skip to main content

Sidang Media pengumuman che'GuBard calon Ketua dan Chang Lih Kang Timbalan Ketua AMK

Kenyataan media 13 Oktober 2010

Saudara /saudari sekelian – selamat datang;

Kami menyokong pencalonan Azmin Ali
Kami menyokong pencalonan Khalid Ibrahim
Kami menyokong pencalonan Zaid Ibrahim
Kami menyokong pencalonan Mustapha Kamil Ayub

Mereka adalah induk puncuk pimpian KEADILAN. Ketrampilan mereka adalah ketrampilan KEADILAN. Kekuatan mereka adalah kekuatan KEADILAN.

Ketika ini KEADILAN sedang menganjurkan dan meluaskan ruang demokrasi. Semua anggota KEADILAN telah diperkasa dengan hak mereka memilih pimpinan dari yang paling rendah hingga tertinggi,dari cabang hingga ke pimpinan pusat.

Syabas ! Kerana KEADILAN lah parti pertama dalam negara ini yang mengotakan dan menterjemahkan konsep dan idea demokrasi sebenar.

Pemilihan ini adalah kami ibaratakan BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT . Ini adalah satu proses untuk memilih satu pasukan kepimpinan parti untuk memperkukuhkan parti.

Pada hemat kami Anwar Ibrahim akan di penjara.
Pada hemat kami krisis ekonomi dunia akan merebak ke tanah air kita
Pada hemat kami adu domba perkauman akan terus di tingkatkan

Semua ini adalah krisis. Dalam krisis yang akan datang tidak lama lagi ini kita memerlukan kepimpinan yang kukuh, ampuh dan setia.

Kepimpinan yang berteraskan massa rakyat. Kepimpinan yang lari dan keluar dari baju batik, berlengan panjang dan bersenggang di pejabat.

Kerana itu kami menyokong Azmin.
Kerana itu kami menyokong Zaid.
Kerana itu kami menyokong Khalid.
Kerana itu kami menyokong Mus.

Menyedari betapa anak muda perlu disiapkan menghadapi krisis negara dan terus memacu bagi menyelesaikan 'pertempuran' peringkat ini maka justeru dengan sokongan anak anak muda dari Perlis hingga ke Sabah – dari Rembau hingga ke Permatang Pauh. Dari Bruas hingga ke Bintulu. Dari Kemaman hingga ke Kuching. Dari Seremban hingga ke Sarikei.

Maka saya dengan rendah hati menawarkan diri saya untuk bertanding sebagai Ketua Angkatan Muda Malaysia dan Chang Lih Kang selaku Timbalan Ketua Angkatan Muda Malaysia serta yang lain - lain mengisi jawatan selaku Naib-naib dan exco.

Justeru kerana inilah kami akan terus bersetia kepada parti, kepada pucuk pimpinan dan kepada gerakan anak muda. Angkatan Muda Keadilan akan diwajahkan menjadi landasan bagi gerakan semua anak muda Malaysia.

Biduk lalu kiambang bertaut. Sesudah pemilihan kita bersetiakawan lagi untuk bergerak dan melawan musuh politik kita.

Anak muda bersedia meneraju perubahan : membujur lalu melintang patah.

Anak muda penerus perjuangan REFORMASI.

Terima kasih.

Kenyataan media ini di iringi dengan penerangan misi dan vis(sila klik) serta profil che'GuBard(sila klik).

Rakaman lensa pada hari pengumuman tersebut.jelas kelihatan anak muda tanpa semangat perkauman dan merentasi kelas latar belakang bersama dalam pengumuman semalam



YB Lih Kang menerangkan kesediaan beliau bersama dengan aspirasi Anak Muda Penerus Perjuangan REFORMASI kerana memahami cabaran dan hakikat kesediaan anak muda Malaysia dalam berdepan krisis yang bakal melanda.








Rahman, orang lama AMK yang bersama pasukan AMPPR

Bersama sebahagian yang hadir 'berposing' dengan risalah AMPPR



cheGuBard menegaskan kepada semua pasukan ini perlu mendapat menang bersama YB Lih Kang.





Calon Timbalan Presiden, yang kini Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub turut hadir memberikan sokongan. Katanya saya terpanggil datang kerana jiwa saya rapat dengan perjuangan anak muda.

Pasukan mantap 'Rock' dan S'hima' antara aktivis SAMM yang hadir.
Untuk bacaan lanjut dan lagi gambar sila klik sini.

Comments

  1. actually malas nak layan pemilihan PKR, hal berbangkit yg kecoh sana sini, ahli marah-2 & keluar parti (masuk pulak tu F*****g UMNO?) so & so.

    Bagi wa, PKR ni 2x5 UMNO aja IF (big if) perangai lama UMNO tu tak buang. Khasnya teruji bila mana things get tough & the tough gets going.

    Majoritinya ok mahu perubahan & tolak UMNO 100%. Tapi mesti ada sikit yg perangai bangsat punya la... sama kes dalam PAS la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...