Skip to main content

Tips nak pergi demo anti ISA malam ni.

Oleh : AdukaTaruna

Kalau kat Kelantan, kat Taman Hijau beb. Kat mana ntah. Gua harap member jer nih.

1. Jangan pakai baju hitam, merah atau maju parti walaupun diwajibkan. Memang sah peluang lu nak lepas dari pemeriksaan Unit Polis UMNO tipis. Pakai jer baju biasa. Janji hadir dari tak hadir sebab kantoi dengan polis. Bangang namanya tu. Polis Kelantan diarah jaga Terengganu, polis Terengganu diarah jaga Kelantan. Tu maklumat dari member gua yang polis gak. Ngeee...

2. Jangan tegur Poyol Perak kalau lu terjumpa dia kat demo. Dia bekeng skang ni bai. Maklumlah Red Worrior kan kalah liga di kaki Selangor. Kah kah kah. Skuad N9 kalau main game takda piala ni, tak berahi la beb. Hambek la lu orang...

3. Jangan bawa apa2 sepanduk, risalah tentang parti atau ISA. Biar pimpinan yang bawa. Dia ada kaki. Lu plak, payah nak lepas nanti. Kalau dalam lokap lebih ramai dari yang hadir demo, memang gua cop lu orang ngok.

4. Jangan anggap semua lelaki hensem yang hadir demo itu adalah AbangHensem. Itu adalah mitos. Faktanya AbangHensem adalah pengundi PAS yang pemalas nak join aktiviti.

5. Jangan kompius demo anti ISA adalah demi anti kepada blogger ISA. Ikut Suka Aku.

Comments

  1. hahaha yang last skali tu x bleh blah.. kesian bro isa... hahaha

    ReplyDelete
  2. Gua baru dapat title PGB (Panglima Gagah Berani) sempena birthday agung.

    Gua baru jer... balik dari medan peperangan nuklear, lu jangan cari pasal... ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  3. kat penang, polis baik. depa bagi 1st 5 minit demo. then kena bersurailah. otherwise, selamat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...