Skip to main content

Tunaikan janji, Pakatan Rakyat. Kami menuntut penerbitan Utusan Rakyat

Kepada: Pimpinan Pakatan Rakyat serta Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

1.Pada 23 Februari 2008, PAS, DAP & PKR (selepas ini dirujuk sebagai "Pakatan Rakyat") telah menandatangani akuan penyokongan terhadap Deklarasi Rakyat (http://harismibrahim.wordpress.com/the-peoples-voice-the-peoples-declaration ), dan dengan itu, berjanji untuk bekerja demi dan bersama rakyat dalam usaha merealisasikan aspirasi yang digariskan dalam Deklarasi Rakyat, termasuklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menjamin dan melindungi kebebasan media.

2.Dalam Pilihanraya Umum ke-12, lebih 4 juta penduduk Malaysia telah mengundi dan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakan janji serta agenda politiknya yang bertujuan untuk membawa pembaharuan dan reformasi. Walaupun Barisan Nasional tetap memperoleh jumlah kerusi parlimen yang cukup bagi membentuk kerajaan persekutuan tanpa 2/3 majoriti, Pakatan Rakyat telah dipertanggungjawabkan dan telah membentuk kerajaan di negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Dalam bulan Februari 2009, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah ditumbangkan oleh Barisan Nasional melalui beberapa percaturan politik yang tidak telus dan menimbulkan banyak syak wasangka dan menyebabkan Pakatan Rakyat kini membentuk kerajaan di empat buah negeri.

3.Media massa arus perdana, tidak kira sama ada media bercetak atau media elektronik, terus memaparkan laporan yang tidak tepat.

4.Isu campurtangan politik di NTV7 dan RTM baru-baru ini telah mengingatkan semula masyarakat bahawa selagi media dimiliki atau dikawal oleh entiti politik menerusi apa-apa cara atau kaedah, rakyat Malaysia tidak boleh secara realistik berharap untuk menerima laporan berita yang telus serta tidak berat sebelah.

5.Berkaitan hal ini, kami mengambil maklum bahawa Seksyen 25(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menyatakan bahawa "Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh meliputi hasil penerbitan atau membuat apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun" dan kami faham bahawa menerusi seksyen tersebut, keempat-empat buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhak mencetak, menerbit dan mengedar suratkhabar negeri masing-masing tanpa perlu mendapatkan permit daripada Kementerian Dalam Negeri.

6.Kami kini menuntut pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri-Menteri Besar, Ketua Menteri dan ahli Exco keempat-empat buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji mereka kepada rakyat dan mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin dan melindungi kebebasan media dan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membolehkan penerbitan, pencetakan dan pengedaran sekurang-kurangnya sebuah akhbar harian negeri, dalam Bahasa Malaysia, dalam jangka masa dua (2) bulan ini.

Klik disini untuk menandatangani petisyen.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...