Skip to main content

Tarikh Langgar Hadi jatuh pada 28 Mei 2010


Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama Allah Yang Maha Ego.

Assalamualaikum kepada seluruh anak muda.
Setiap darah Melayu adalah bodoh secara genetik.
Jika anda semua adalah pembaca gua sejak lama dahulu, anda tidak akan terkejut dengan dakwaan gua ini. Gua terbuka sama ada anda mahu terima secara negative atau positif akan dakwaan gua. Setiap darah Melayu adalah bodoh secara genetik, TERMASUK ulamanya.
Dalam satu2 spesis, terdapat pembolehubah baka. Spesis padi mempunyai baka tebaik dan baka terburuk. Spesis cicak juga begitu. Manusia juga begitu. Spesis Melayu adalah satu spesis yang lemah. Dari penemuan ilmu, teknologi, filem hinggalah ke sukan dan sebagainya.  Itu satu kejadian Allah yang harus kita terima dan fikirkan secara positif.
Jika setiap manusia beramal dan menegakkan KETUANAN BANGSA masing2, maka; terjadilah apa yang terjadi. Perang, tindas-menindas antara satu sama lain. Bangsa atau baka yang hebat seperti English menindas bangsa atau baka yang lemah seperti Melayu dan orang asli Australia. Dunia tidak akan aman. Tidak akan aman sehingga ke tahap kita tidak tertanggung lagi. Baka hebat akan tegak dengan menindas. Baka lemah akan terus terjajah segala segi.
Sistem Allah vs individu dari Allah.
Anak muda sekalian.
Untuk itu, Allah telah turunkan satu system yang WAJIB digigit oleh seluruh baka ciptaanNya. Yakni Islam. Tiada perjuangan baka, tiada perjuangan warna kulit, tiada kasta ulama atau professional, tiada bidaah2 baru seperti Kepimpinan Ulama. Tidak ada raja-raja bodoh yang dilantik secara genetik dan keturunan. Tiada!
Yang ada ialah satu Allah untuk semua, satu system untuk semua, serahkan sesuatu itu kepada ahlinya. Tiada kebangsaan, tiada paras rupa, tiada pengasingan spesis. Sistem yang melindungi apa sahaja makhluk Allah hatta seekor semut atau jin sekali pun, bersama-sama dengan manusia, sebagai khalifah pentadbir bumi ini. Wallahualam.
Anak muda sekalian.
Katakan dalam satu negara yang selama ini jakun dan tindas-menindas. Kemudian dihantar Allah satu individu yang memulihkan keadaan negara tersebut. Masyarakat tersebut. Kemudiannya aman, adil dan sejahtera. Kekayaan yang dikongsi sama rata. Ianya masih satu keadaan yang salah selagi individu tersebut tidak menegakkan system.
Anak muda sekalian.
Apa beza system dengan individu? Individu yang adil tidak menjamin masa depan keadilan yang panjang. Individu boleh pergi. Paling lama 60 tahun riwayat hidup individu. Tapi system yang diturunkan Allah menjamin keseluruhan hidup bukan setakat 60 riwayat hidup pemimpin itu, tetapi berkesambungan sehingga akhirat dan sehingga system itu tidak runtuh oleh musuh.
Apa yang gua tekankan ialah, perjuangan menegakkan system adalah satu perkara wajib dengan tangan kepada yang mampu, dengan lidah kepada yang kurang mampu, dengan hati kepada mereka yang sangat lemah.
Perjalanan tegak  system Allah di Malaysia.
Anak muda sekalian.
Dalam konflik politik menegakkan system Allah di Malaysia, kita perlu tahu apakah pembolehubah perjuangan kita. Di Malaysia ini. Kita mahu menegakkan sistem Allah dengan wadah apa? Demokrasi. Ya. Demokrasi di Malaysia, setakat ini.
Jadi, apabila memilih dan masuk ke dalam wadah demokrasi, maka, terpisahlah kita sebahagian dengan perjuangan nabi secara total dan tulen. Ini kerana nabi tidak menegakkan sistem Allah melalui demokrasi secara total. Ini pembolehubah.
Bila kita hanya suku dari apa yang nabi tunjukkan, maka, tidak semua nas dan sirah nabi yang boleh kita gunakan. Kerana pembolehubahnya tidak sama. Nas dan sirah nabi seumpama satu kedai hardware yang mengumpulkan segala peralatan yang nabi gunakan, di sepanjang perjuangannya menegakkan sistem. Maka, keseluruhan alatan kedai hardware tinggalan nabi tadi sudah pasti tidak boleh dirujuk hanya untuk satu wadah demokrasi yang suku pun tidak sampai berbanding wadah nabi yang menyeluruh. Jelas?
Anda tidak akan mendapat cabang kefahaman ini dari mana2 ulama Melayu; kerana ulama Melayu adalah bodoh secara genetik. Mereka hanya lulus di atas kertas peperiksaan dalam bentuk hafal.
Anak muda sekalian.
Untuk itu, reality pertama yang perlu kita dapatkan untuk menegakkan sistem Allah secara demokrasi di Malaysia, ialah; dapatkan demokrasi subur dan telus. Untuk dapatkan demokrasi itu, kita wajib menukar kerajaan yang ada sekarang. Untuk menukar kerajaan yang ada sekarang, kita perlu bekerjasama dalam titik bersama mendapatkan demokrasi tulen dan seimbang.
Gua mudahkan dalam bentuk point.
1. Wadah yang ada ialah tegakkan sistem Allah melalui demokrasi.
2. Dapatkan demokrasi yang telus dengan menumbangkan kerajaan kuno dan jakun sekarang.
3. Nak tumbangkan kerajaan jakun sekarang perlu bekerjasama dalam satu titik bersama.
4. Kerajaan tumbang, dan demokrasi beransur pulih. Maklumat bebas dari kurungan.
5. Kekalkan dan kukuh kerjasama kerana masih dalam waktu pergolakan.
6. Dapatkan dan masukkan silibus sistem Allah dalam pendidikan muslim.
7. Dapatkan kekuatan media dalam arus keterbukaan demokrasi seimbang.
8. Bina satu model sistem Allah di peringkat satu negeri dahulu, dalam satu keadaan media seimbang, dan kerajaan pusat bertaraf minda berbangsa maju. Contohnya Kelantan. Jaga, semai, kaizen dan promosi model sistem Allah itu sebaik mungkin dalam suasana demokrasi sihat.
9. Bila rakyat semakin cerdik dan terdidik, generasi Melayu Felda, kampung, mamak2 jadian Melayu sudah tiada; barulah setiap parti yang berpakat mendapatkan demokrasi tadi, kembali bertanding atas manifesto perjuangan masing2. Ketika itu, parti yang memperjuangkan sistem Allah sudah mempunyai 1 model yang dapat dilihat, dirasai dan dialami.
Kata mudahnya, model Malaysian Malaysia dari DAP melalui Pulau Pinang akan bersaing sihat dalam segala kekuatan demokrasi tulen, dengan model Islam Is Universal dari PAS melalui Kelantan, Terengganu dan Kedah. Insyaallah. Wallahualam.
10. Bertanding atas manifesto perjuangan masing2, tetapi selesai PRU, kembali membentuk kerajaan secara bersama. Serahkan sesuatu bidang itu kepada ahlinya.
Hadi wajib dijatuhkan kerana Allah.
Anak muda sekalian.
Akan tetapi, perjalanan yang dijelaskan di atas dihalang oleh satu individu bernama Hadi Awang, walau setiap zarah kejadiannya, dia juga turut berjuang mendapatkan sistem yang sama, malah lebih lama dari gua dan rakan. Sistem Islam.
Hadi perlu disedarkan. Hadi menghalang perjalanan mendapatkan sistem dalam beberapa bentuk.
1. Syiar kesesatan falsafah bidaan ciptaan manusia. Kepimpinan Ulama. Satu pemonopolian mutlak terhadap satu2 bidang keahlian. Menyanggah falsafah Allah yang disampaikan nabi. Berjaya jatuhkan Hadi seumpama berjaya menjatuhkan BN. Jatuhkan BN untuk pembetulan demokrasi, jatuhkan Hadi untuk pembetulan falsafah Islam.
2. Tenggelam dalam aura dan karisma pemimpin entity lain dalam perjalanan mendapatkan sistem Islam. Untuk mendapatkan sistem Islam melalui demokrasi, maka memerlukan undi. Siapa undi terbanyak, maka dialah berhak menegakkan manifesto. Jika dalam perjalanan, entity tersebut gagal mendapatkan sokongan2 baru, tenggelam dan kalah dalam persaingan imej, maka, ruang dan peluang menegakkan sistem Allah dalam wadah undi di maa hadapan kelam. Musnah kerana falsafah biar kalah, asal Islam (baca : kasta ulama) tidak kalah (baca : dalam pentadbiran entity).
Sebagai contoh, pimpinan Hadi menyebabkan sebahagian pemimpin PAS dilihat pengundi baru lebih duduk di bawah karisma Anwar Ibrahim. Sedangkan di masa hadapan, PAS perlu bersaing sihat di bawah demokrasi segar dengan PKR, di mana PAS memerlukan pengundi2 baru.
Jika Hadi yang membuat dedahan dan mengawal isu negara seperti Anwar, PAS tidak akan tenggelam. Sebagai contoh, Anwar letupkan isu APCO menyebabkan ramai pemimpin PAS membuat laporan polis akan dedahan dan bentangan Anwar. Suasana ini menyebabkan PAS tenggelam di masa hadapan oleh pengundi baru. Sepatutnya, Presiden PAS yang membentangkan maklumat itu sehingga pemimpin DAP dan PKR turut serta menyahut.
Hadi adalah manusia penghalang yang dia sendiri tidak sedar. Biar kalah asalkan ulama tidak kalah. Biar sistem Allah kelam dan mengundur masa, asalkan ulama tidak kalah.
3. Bodoh dalam arus politik rumit dan licik. Jika merujuk Islam, 4 perkara yang Allah tuntut untuk satu2 amanah sehebat nabi dan rasul. Yakni Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Tetapi Hadi TIDAK ADA dalam kreteria Fatonah. Orang jujur yang bodoh dan diberati lagi dengan sifat tidak sedar diri. Sedar kelemahan dan kekuatan diri sangat2 berguna dalam satu2 perjuangan.
Itu kalau ikut Islam. Kalau ikut Islam 3 party (dari tafsiran kemampuan otak baka Melayu), maka, asal ulama, ianya adalah syarat wajib. Beranikah Hadi mengisytiharkan bahawa cabang ilmu ini adalah benar? Beranikah Hadi mengisytihar bahawa TIDAK ADA sebutan word KEPIMPINAN ULAMA dalam kitab para rasul dan hadis nabi? Walaupun menjejaskan kedudukannya? Sudah pasti tidak. Kerana level kreteria Tablighnya adalah lemah. Berpaksikan pangkat dan kuasa.
Beranikah AdukaTaruna mengisytiharkan kata2 makian terhadap isteri nabi adalah salah? Ya. Ianya adalah satu perkara yang salah. Tabligh. Menyampaikan salah terhadap yang salah, walaupun ianya adalah batang hidung sendiri.
Jatuhkan hadi dengan hujah.
Anak muda sekalian.
Kita memilih ruang dan rongga demokrasi yang bersisa ini untuk perjuangan menegakkan sistem Allah dalam sisi lain. Termasuk dalam menjatuhkan Hadi Awang. Islam itu tegak dan terbenam kukuh dengan hujah. Tidak ada jalan mudah dan malas macam Melayu.
Jika Ayah Pin menyampaikan satu fahaman sesat, berhadapanlah dengan hujah. Jangan pemalas macam Melayu dengan membuat report polis, meminta Ayahpin ditangkap. Semoga Ayahpin tidak lagi boleh berhujah dan kita semua tidak perlu bersusah payah membalas hujah. Tidur kita aman, hati kita tenteram. Kaset lawan kaset. Facebook lawan facebook.
Jika Khalid Samad menyampaikan satu fahaman sesat dalam isu nama Allah, jangan bodoh dan pemalas dan penakut macam YB Zul Kulim. Buat laporan polis. Semoga Khalid Samad ditangkap. Penjarakan semoga dia tidak boleh lagi berkata-kata. Di zaman kegemilangan Islam dahulu, perkara sebangsat perangai Melayu ini tidak wujud sama sekali. Siapa pun anda, walau pendeta handalan Yahudi, silakan berhujah dengan matang dengan kami.
Anak muda sekalian.
Dengan nama keegoan Allah, melalui asbab kegagalan janji2 ahli PAS Dungun, saudara Songkok Putih, dengan ini, gua; AdukaTaruna mengumumkan tarikh Langgar Hadi jatuh pada Jumaat 28 Mei 2010. Melalui bantuan dana rakan2, gua telah ke Masjid Rusila untuk merisik program Hadi pada tarikh berkenaan. Alhamdulillah. Hadi Awang dijadualkan seperti biasa pada Jumaat tersebut. Pada hari itu cuti Wesak bagi negeri2 tertentu. Semoa Allah jadikan ianya asbab kemudahan kepada seluruh anak muda yang cintakan sistem Allah. Insyaallah.
Gambaran program.
Anak muda sekalian.
Jika sebelum ini, perangan asal ialah base di Seremban, tetapi keadaan berubah. Gua akan bergerak dari Kota Bharu. Jadi, para pembaca yang ingin turut serta boleh memilih sama ada bergerak bersama gua di Kota Bharu ataupun menunggu di Rusila.
Kita memilih sebelum solat Jumaat untuk sampai ke Masjid Rusila. Kemudian solat di belakang Hadi Awang bersama. Kemudian, baru kita bersemuka dengan Hadi. Tiada provokasi. Kita adalah matang dan dewasa. Kita hanya dapatkan penjelasan Hadi atas segala yang berlaku dan sedang berlaku. Kita tidak melanggar Hadi kerana akhlak atau ibadahnya kepada Allah. Tetapi kita melanggarnya kerana satu sistem yang kita perjuangkan.
Kita akan rakam setiap detik dengan beberapa jurukamera secara nyata dan juga secara rahsia. Untuk itu, bantuan handycam ditagih oleh kami. Kita akan masuk dalam bab bantuan sebentar lagi.
Gambaran Ramalan.
Anak muda sekalian.
Untuk mendapatkan sistem Allah melalui asab PAS, kita perlu gantikan Hadi. Untuk gantikan Hadi adalah sukar kerana perwakilan PAS terdiri daripada baka Melayu yang juga bodoh. Kerana itu langgar dengan hujah secara rakaman adalah perlu. Untuk rujukan perwakilan PAS generasi baru.
Untuk melanggar Hadi secara rakaman, perkara penting yang perlu dilalui ialah 2 pihak atau golongan.
1. Golongan yang menjadikan jubah Hadi sebagai benteng pangkat.
2. Golongan BN yang sudah pasti akan mempertahankan Hadi. Kerana Hadi adalah asset BN, tanpa Hadi sendiri menyedari. Kata Presiden PAS terdahulu (lebih kurang), nak lihat kedudukan kita, lihat kedudukan musuh. Jika musuh mempertahankan kita, maka, adalah sesuatu yang tidak kena.
Anak muda sekalian.
Golongan 1 sudah pasti akan menggagalkan ibadah ini. Satu pertemuan sekumpulan lelaki kerana Allah dan berpisah kemudiannya juga kerana Allah. Mungkin Mustapa Ali, mungkin juga ABC. Tidak ada bukti, Cuma ramalam dan kemungkinan.
Jadi, mungkin dengan hanya satu panggilan dari Mustapa Ali kepada Hishamuddin KDN, boleh menyebabkan gua ke dalam sekali lagi atas pelbagai sebab yang logic untuk taraf fikir Melayu Felda dan Melayu Rusila (teori X).
Untuk itu, kami telah meyediakan beberapa penganti yang akan meneruskan ibadah ini. Semoga Allah melindungi usaha kita semua. Amin.
Anak muda sekalian.
Boleh jadi juga golongan 1 membawa lari Hadi pada tarikh berkenaan. 28 Mei, Hadi mungkin berada di Maldives atas undangan parti Islam di sana. Jadual kebiasaannya di Masjid Rusila dibatalkan. Jadi, untuk itu, kita akan pulang semula, dan Langgar Hadi di Muktamar PAS Pengkalan Chepa pada 10 – 12 Jun ini. Jalan kaki dari rumah mak mertua gua jer.
Anak muda sekalian.
Seandainya berlaku seperti di atas, yakni golongan 2 menghalang kami dengan pelbagai cara dan sebab, janganlah terus dituduh benar bertaraf mutlak seperti teori X kerana kemungkinan golongan 2 mahu kita berprasangka sedemikian. Kita professional. Jujur mencatat sebarang kemungkinan. Pembersihan niat dan jejak adalah perlu. Kerana Hadi adalah ulama yang tiada kompromi terhadap perintah Allah. Salah niat, pasti Allah akan halang. Ingat. Kita jatuhkan Hadi kerana dia bodoh dan lemah. Bukan kerana dia jahat dan berakhlak buruk.
Dana.
Anak muda sekalian.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang, gua memohon derma dari lu orang bagi menampung projek ini. Gua telah kosongkan akaun Maybank gua ( No 155014038030 ) yang memang selalu hampir kosong itu untuk dijadikan tabung.
Selain itu, gua jual baju yang gua design ini, dengan harga yang sedikit tinggi, juga bertujuan untuk mengumpul dana. Kita hanya ada 13 hari sahaja lagi.
Baju : T Shirt berkolar jenis polo
Warna : Putih
Saiz : M, L, XL dan XXL
Penghantaran : Pos Laju.
Harga : RM 40
Ilustrasi :
 Cetakan belakang T Shirt


 Cetakan alamat blog kat depan T Shirt.

Selain itu, gua juga memohon bantuan dalam bentuk barang. Yakni pinjaman handycam, bantuan jurugambar, kenderaan, makan minum, etc.
Penjelasan design T Shirt.
Bloger2 otai yang berkenaan tidak terbabit dalam projek gua dan kumpulan. Tetapi ianya adalah satu inspirasi kepada kami untuk tidak patuh secara membuta. Sokong ikut tajuk secara matang. Lawan dengan hujah apa yang tidak sokong secara pro.
Laman blog yang dicetak di hadapan baju (rujuk contoh) sebenarnya untuk laman blog yang mempamerkan logo PAS Reform. Tapi kang takut ada yang tak setuju plak. Jadi, sebelum gua cetak, gua mohon dari lu orang dulu lah. Sapa2 yang nak laman blog mereka dicetak dalam T Shirt ni, email atau bagitau kat ruangan komen ni. Senang gua pungut untuk cetak.
Jadi, macam biasa, bank in duit ke Maybank No 155014038030, email kat gua bukti bayaran berserta butiran nak pos, then gua settlekan. Insyaallah.
Blog gua mungkin tak diupdate.
Akhir kata, gua mohon lambung dulu. Blog gua maybe bersemak-samun seketika kerana gua nak masa untuk study apa yang patut. Kena jumpa Kamarul untuk dapatkan segala rakaman ucapan Hadi koleksinya.
Sebarang komen, cadangan gua alu2kan. Nanti kalau ada bantahan atau tambahan (tertinggal) sila maklumkanlah.

Comments

  1. blog lu tak update...? takpa2... nanti ada ular dalam semak yang tolong update-kan.

    teruskan lu punya study. Gua 25 mei to 31 mei, takda di malaysia. Gua punya projek langgar tembok besar china.

    Kirim salam gua kat Hadi. Tak perlu cium tangan dia... ha..ha..ha...

    ReplyDelete
  2. Bhai AT,

    InsyaAllah, kalu cukup sen gua join sama... okeh...

    alamat blog gua kalu lu nak letak kat baju pon takper... gua takder hal... yang PASti... gua nak PAS bersih dan segar... macam sabun TOP atau DAIYA...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Lu tulis, lu cerita,lu ajar,lu macam-macamlah...last sekali lu minta donation lepas tu lu jual t-shirt.. trick lama..

    ReplyDelete
  4. gud luck la bro....
    harap2 lu bejaya lah...

    ReplyDelete
  5. Bersungguh2 benar anak muda ini. Teruskanlah apa yg diusahakan. Semoga menjadi realiti suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. bro aduka...
    camne nk cntct lu bro??
    28 mei ni mmg gua nk g kota bharu..

    ReplyDelete
  7. aku harap pisang x berbuah 2 kali jek...

    mungkin 1st round ingatan ALlah yg Maha Ego tu agak ringan sket la...

    Tapi jgn ingat yang sterusnya tu sama ngan yg pertama lu nah alami tu bro.

    wa doa kan lu trbuka hati menjadi Umar Al-Farouk insyaALlah

    ReplyDelete
  8. duka, lara, wa tengok dah tak ramai komen kat blog lu, apasal tak serancak dulu..mana semua peminat lu, wa ingat semua pergi pulau maldive....

    ReplyDelete
  9. Cakap bab Kepimpinan Ulama adalah cakap bab perlembagaan PAS.

    Apa definisi Ulama mengikut penafsiran PAS? Bukan datuk mufti etc. Saya pun tak ingat, tapi takdelah tinggi mana. Tak perlu sampai ada PhD pun. Rasanya diploma sahaja.

    Susah sangatkah nak ambil diploma? Dalam keadaan susah nak merangka pengetahuan orang bab islam, sekurang-kurangnya, dengan ada konsep diploma syariah, kita tahu orang itu tahu.

    Mungkin PAS boleh abolish syarat ulama untuk jadi presiden, tapi calon yang bertanding kena ambil peperiksaan, tahap diploma, subjek AlQuran, Hadis, Usul Fiqh, Sirah, falsafah islam, undang-undang syariah dan sebagainya.

    ReplyDelete
  10. tulis mcm power tapi peribadi mcm syaitan.

    ReplyDelete
  11. 70 buah negara Islam menyertai 19th International Congress of The Union of Muslim Communities.


    Persidangan Antarabangsa Kesatuan Komuniti Muslim ke 19 telah bermula semalam. Ucap utama telah disampaikan oleh Prof Dr. Necmettin Erbakan, Penasihat Parti Saadet Turki yang juga mantan Perdana Menteri Turki. Lebih 70 buah negara umat Islam yag diwakili oleh parti-parti Islam dan Ngo Islam menyertai kongres ini. Malaysia diwakili oleh PAS, Kerajaan PAS Kelantan dan Yayasan Amal Malaysia.

    PAS diwakili oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang, Presiden PAS dan YB Salehuddin Ayob, Naib Presiden PAS. Manakala Kerajaan Kelantan diwakili oleh YB Che Abdullah Mat Nawi, EXCO Asas Tani dan Bio Teknologi, YB Zulkifli Mamat, YB Abdullah Yaakob.

    Yayasan Amal pula diwakili oleh Cikgu Husein Ismail Presiden YAM, YB Dr. Abdul Rani Naib Presiden dan beberapa Jawatankuasa Amal Pusat.

    Dalam ucap utama yang disampaikan semalam beliau mengajak seluruh negara Islam bersatu mengagaskan pembangunan ekonomi umat Islam bagi berdepan dengan kuasa besar dunia yang ekonominya dikuasai oleh Yahudi. Seluruh gerakan Islam yang mewakili negara masing-masing hendaklah disatukan di bawah satu gagasan Economic and Social Researches Centre yang berpusat di Instanbul. Tema kongres kali ini "Yeni Bir Dunya: Nicin? Nasil?" (Bahasa Turki)/ A New World Order: Why? How ?.

    Ucapa utama yang disampaikan oleh Erbakan dibahaskan oleh wakil-wakil dari seluruh negara. YB Datuk Presiden PAS juga turut membahaskan ucapan tersebut dengan beberapa gagasan dan pandangan, menurut beliau seluruh dunia Islam perlu kembali kepada roh Islam yang sebenar, ajaran Al Quran dan Sunnah sudah cukup lengkap bagi menjawab isu-isu berkaitan dengan ekonomi dan politik. Tanpa Islam dunia Islam tidak mampu berdepan dengan Yahudi dan Amerika yang menguasai politik dan ekonomi dunia masa kini.
    Antara pemimpin gerakan Islam yang turut mengambil bahagian membahaskan ucap utama Erbakan Prof Gazi Husein Ahmed (Presiden Jamiat Islami, Pakistan), Ustaz Rashid Ghonusi (Tunisia), Ustaz Lutfi Hasan Ishak (Parti Keadilan Indonesia) dan beberapa pemimpin ternama gerakan Islam dunia.

    Sesi petang ini, Cikgu Husein Ismail akan berucap mewakili Ngo Malaysia. Beliau dijangka akan menyentuh peranan Ngo Islam diseluruh negara yang mesti bersatu dalam membawa misi kemanusian dan dakwah di negara-negara yang ditimpa musibah atau mana-mana negara yang masih mundur dalam aspek pembangunan kemanusiaan itu sendiri.

    sumber:
    http://misabah.blogspot.com/2010/05/70-buah-negara-islam-menyertai-19th.html

    ReplyDelete
  12. kO nIh pum pAng pum pAng lAst2 mmtk dUit...nk bIsnEs bt lA lek lOk..xyAh nk mAki ulAma'..kO pon cAm bEbal jE aku tgk...citEr agama tp aYt 'gUa'...dAh cnfm org xcYe kO...bAnding kAn kO ngn tuAn guru mg jAuh bEze.bEk kO ngaji blk .aku rse sEk kO pon xtgi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.