Skip to main content

Surat terbuka pemuda PAS Seremban kepada TGNA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Demi zat yg diri ku berada di dalam genggamanNya..saya cc kan surat ni kpd manusia yg paling saya kasihi hormati di dalam perjuangan menegakkan Islam di Malaysia..iaitu TG Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS, dan ditujukan kepada seluruh ahli PAS Seremban.

Saya A**** H***** Bin ****, pemuda pas caw ? (xtahu), kawasan Seremban, ingin mengajukan hal / masalah PAS kawasan Seremban yg berlaku (digantung semenjak tahun 2000.. xsilap saya) sehingga saat ini. Saya juga difahamkan, terkini (setelah beberapa yg lain fed up), 'orang2 dari pusat' yg diketuai oleh Dato' Mustapa Ali diamanahkan mencari ubat yg paling mujarab utk menyembuhkan penyakit PAS Seremban.

Akhirnya setelah g mari..g mari.. saya dimaklumkan PAS Seremban akan distrukturkan semula (ubat lahiriyah) melalui pemilihan yg akan diadakan pada 8 Mei ini.

1. PAS mletakkan ISLAM YG SUCI sebagai DASAR PERJUANGAN. Bermakna dalam proses kita nak menjatuhkan kerajaan BN yg zalimnya syaitan pun takut!.. disebalik strategi2 tahap kita yakni hambaNya yg amat lemah / hina ini.. solat / doa merupakan senjata kita yg paling ampuh.

Bermakna kita perlu kepergantungan yg tinggi dariNya melalui komponen terpenting..iaitu HATI YG BERSIH! Ya rabbi..setiap masa ku berdoa agar umno/ bn tersungkur mnyembahMu..tp kenapa hingga saat ini,mereka masih eksyen memerintah? oohhh..aku terlupa..aku dr PAS SEREMBAN!                                                         

2. Di dalam keghairahan kita mengatakan umno@bn rasuah, zalim, kejam, pro yahudi!, BEREBUT JAWATAN.. TIDAK PERNAHkah kita terfikir.. MENGAPA  ALLAH takdirkan begitu susah@payah skali (lbh krng 50thn).. PAS nak menumbangkn umno@bn?! Sedangkn..hakikatnyanya perkara itu sangat mudah bagiNya. Mengapa? PAS SEREMBAN ADA JAWAPANNYA!

3. Hadis nabi saw.."diakhir zaman nanti.. umatku terpecah (brpuak2 sbb brebut jwtan kot) kpd 73 fikrah.. HANYA 1 YG MASUK SYURGA".. agak2..PAS Seremban masuk kot mana? Ya rasullullah yg aku cintai.. dgn berkat syafaatmu d hari akhirat kelak..pilihlah aku d kalangan yg 1 itu..

Bertitik tolak dari 3 perkara di atas, saya yakin! Apa sahaja ubat lahiriyah yg dibawa oleh pusat untuk mengubati PAS Seremban.. TIDAK AKAN berjaya! Sebab? Saya sendiri sedang mengalami bagaimana agaknya rasa perwakilan UMNO dilobi utk memenangkan 'orang kita'.

Cuma 'manisnya' tiada..sebab tidak melibatkan RM (harap2). Ibarat seorang penagih dadah..cara nak memulihkannya bukan di pusat Serenti (fizikal).. tapi dekat/ajar dia tentang kehebatan Allah si pencipta (rohani). Insyaallah.. berkesan.. Tak percaya? Tanya saya..

Untuk itu.. dgn rasa rendah diri.. saya memohon campur tangan TG Nik Aziz selaku MURSYIDUL AM PAS.. utk mmberi / mengingatkan PAS Seremban ubat batiniyah yg wajib diambil. Dgn harapan PAS Seremban kembali pulih sepenuhnya.

Cukuplah setakat ni. Sebelum tu.. izinkan saya mnympaikan serangkap pantun berkerat2.. ditujukan khas kepada seluruh lobai2 PAS Seremban.

TAHUN 2000 AKU HISAP DADAH,
KORANG BERKOPIAH PAS S'BAN BERPECAH,
2010 ALHAMDULILLAH,LAMA DAH AKU BRENTI HISAP DADAH,

KORANG STEADY LG BERKOPIAH,PAS S'BAN?!HUAARGHH!!BILA NAK BERUBAH?! 

Kepada TG Nik Aziz.. saya memohon ampun dan maaf jika terdapat kekasaran bahasa.. yg baik itu dari Allah azzawajjalla.. yg jahat itu dari UMNO kerana menyediakan sistem yang berlawanan dengan kehendakNya..

Assalamualaikum wbt..TAKBIR!!

Komen gua.

1. Wieh... nyaris2 mampos gua nak edit email lu nih. Lu petik gua nama cikgu BM lu masa SPM dulu. Gua nak lempang pulang balik. Syotfom ikut suka ketiak lu. Gua dah lama berbulu dengan lu pasal syotfom lu nih. Nak2 time lu sms gua. Tu pasal gua pun balas dengan syotfom yang gua sendiri pun tak boleh baca. Tahu pulak lu marah gua.

2. (Baru terima sms balas) Babik lu! Sakit hati gua baca alasan lu. Geng. Lu baca sendiri sms member gua nih.

"Hua3! Gua tak reti bai cmne nk prnggn2 gn com. ni.. nk buek huruf bosa pn tnya bini wa mn nk tekan. aphal lu sengih2 nih? jgn hino gua bai!"

3. Camni la Bat, gua balik Seremban nanti, lu tunjuk gua siapa Hasan Bin Taha, siapa Haji Rahim. Gengster sangat ke orang tua tu? Warak sangat ke dia? Boleh tukar air mineral jadi petrol ko apo? Gua nak interview veteran2 tak sedar diri tuh. Ustaz wal ulama kepala paip dia tuh, sampai semua bengong2 PAS yang lain kena wala' dengan diorang pulak.

4. Nanti gua edit sket isi hati lu yang gua sendiri pun gagal tangkap point2nya nih, print dan sampaikan by hand kepada Nik Aziz. Tu pun kalau Nik Aziz tak tempeleng gua la. Maklumla.. gua bab protokol2 ni kereng sket.

5. Semoga lu tabah. Tak payah la nyorok mufarokah lama sangat kat Terengganu tuh. Lu balik dan bergaul dengan 2 ekor jibauk  ustaz dan ulama veteran tu dengan professional. Jangan segan bergaul dengan pihak A kerana pihak B rakan baik. Begitu juga sebaliknya. Be strong, be pro, man.

Dah.. dah. Balik Seremban dan memilih la dengan betul. Duduk lama sangat kat Terengganu buat susah gua nak langgar jer.

Comments

  1. Gua raso ler, maybe PAS dah silap strategi la..
    Patutnya PAS kene tegakkan syariat Islam melalui pengikut2nya. Jadi contoh. Sejahil2 manusia pon klu dia nampak ade pilihan yang lebih baik die akan ikut. Ni tidak, dok kalut nk jatuhkan UMNO/BN, sampai sanggup pakat dengan DAP & PKR. Dah tu sokong pulak majlis peguam tu. Pastu dok kalut kompelin UMNO/BN dok pakat ngan APCO. Gua nampak cam sama ja.
    Yang paling penting Rukun Islam & Rukun Iman tu yang dipentingkan. Bagi gua bukan bile ade parti Islam yang jadi pemerintah dah jadi negara Islam.
    Tapi yang paling penting masyarakat yang hidup didalamnya mengikut syariat Islam atau tidak. Islam tidak hidup kerana seorang individu sahaja, tapi pada umat yang sinarkan syariatnya...

    ReplyDelete
  2. kepunden, ko baru sedar ke?.. ingatkan xsedar diri lg....
    pas buang masa je nak lawan umno klau masi berkwn ngan dap n pkr...

    ReplyDelete
  3. Bg pendapat akak, pertama sekali PAS kena bercampur-gaul dgn masyarakat Seremban melalui aktiviti2 keagamaan dan kemasyarakatan. Jangan terlalu berpolitik sangat sebaliknya lebihkan usaha2 dakwah supaya mereka lebih memahami Islam. Bila masing2 dah faham tentang Islam barulah lebih mudah mengajak mereka menyokong perjuangan PAS. Ceramah pulak, janganlah asik hentam UMNO. Kutuk lebih2 orang tak suka jugak.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. lawan je dulu.lpas 5tahun,kn ad pilihanraya lg.lgpon klo xstuju, PAS leh refuse utk bkejesama lepas kalahkn umno.tnpe tiga2 kompenen, PAS PKR DAP xdpt majoriti.

    br la ad tawar mnawar.paling penting kalahkn dulu.br la sembang tawar mnawar.kan?kan?

    ReplyDelete
  6. Benda ni masuk muktamar pemuda negeri sembilan baru ni tak? Tapi memang ramai dah fedap pun

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.