Skip to main content

Lubang cacing mana Hadi Awang mahu lari?

Oleh : AdukaTaruna

Arakian, sampailah maklumat kepada gua bahawa Hadi melanjutkan program luar negaranya sehingga 29 hb Mei ini. Sedangkan, sejak lebih sebulan lalu gua telah memastikan bahawa 28 Mei Hadi berada seperti Jumaat biasa di Rusila.

Jika maklumat ini benar, maka, tidak hairanlah sejarah yang telah mencatit Songkok Putih (pengikut Hadi), sehingga kini, mungkir janji mengaturkan pertemuan dan mungkir janji membiayai pertemuan. Gagal adalah mungkir. Ini adalah sejarah. Demi Allah, gua bersumpah bahawa fakta sejarah ini adalah benar.

Tetap ke Rusila.

Gua akan tetap ke Rusila bagi mengelak Hadi memanipulasi keadaan. Jika Hadi bacul, dan menunggu 29 hb untuk pulang ke Malaysia, pada hari berkenaan (di Rusila pada 28 Mei), jika Allah izinkan, gua akan buka meja penerangan mengapa perlu jatuhkan Hadi demi Islamic State. Kita akan berdialog dengan jemaah Rusila. Kita akan open soalan.

Setiap mukmin harus mutlak terhadap Allah, bukan terhadap pemimpin. Pemimpin dan jenama jemaah adalah tumpangan. Tepuk serban, tanya kepala masing2. Kita berjuang kerana Allah atau pemimpin? Hidup dan mati kerana Allah atau sistem? Kalau Allah bertembung dengan kehendak pemimpin perlu disingkirkan, mana yang perlu dipilih? Dalam satu2 isu, kita lebih mempertahankan kebenaran Allah atau mempertahankan pemimpin?

Hadi adalah satu berhala yang wajib ditebang. Demi Allah.

Hadi ke luar negara muktamar ini?

Gua bersihkan niat jatuhkan Hadi kerana Allah. Hadi juga telah lama berjuang kerana Allah. Jadi kita serahkan perkara ini juga kepada Allah.

Faktanya, Jun ini, tidak dapat tidak, Hadi pasti ke lubuk baru gua. Muktamar PAS yang dijadualkan di Pengkalan Chepa. Itu faktanya. Takdirnya, sama2 kita lihat. Sama ada Hadi mencatat sejarah Presiden PAS pertama tidak hadir ke muktamar, atau sebaliknya.

Lubang mana pun Hadi, gua tetap akan bersemuka dengan lu kerana Allah; selagi Allah tidak membolak-balikkan hati gua ini.

Kesimpulan.


Sekiranya Hadi berjaya mengelak 28 Mei ini, kita akan tunggu di Muktamar PAS. Insyaallah. Lubang mana Hadi Awang mahu lari? Setiap inci dunia adalah milik Allah.

Comments

  1. eloklah lepas kickdefella kena tangkap ,dia tibai nik aziz bagai nak gila.kau pun lepas kena tangkap ni semacam je tibai hadi awang.ada apa apa ke?

    ReplyDelete
  2. Bhai One Nie Group...

    Lu ader baca artikel dier tak.. gua saspek lu takder baca... dier start buat benda-benda nih lama sebelum kena tangkap lagie... tahun lepas lagie...

    Lu nih aperhal mamat ooi... tak reti baca artikel ka... hahaha .. kayu.. kayu...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. one nie cebai ....

    x sekolah la lu .. reti baca atau tidak...

    otak selut. pi mampous la group UG.

    ReplyDelete
  4. http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5169

    ReplyDelete
  5. Bhai...

    Setiapemuda sudah hanggin satu badan sama lu Bhai...

    http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=7708

    ReplyDelete
  6. hmmm Dato’ Seri TGHAHA ??? or simply, TG Ha Ha Ha.

    was he, not long ago, a joke of the nation, wasn't he?

    ReplyDelete
  7. 70 buah negara Islam menyertai 19th International Congress of The Union of Muslim Communities.


    Persidangan Antarabangsa Kesatuan Komuniti Muslim ke 19 telah bermula semalam. Ucap utama telah disampaikan oleh Prof Dr. Necmettin Erbakan, Penasihat Parti Saadet Turki yang juga mantan Perdana Menteri Turki. Lebih 70 buah negara umat Islam yag diwakili oleh parti-parti Islam dan Ngo Islam menyertai kongres ini. Malaysia diwakili oleh PAS, Kerajaan PAS Kelantan dan Yayasan Amal Malaysia.

    PAS diwakili oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang, Presiden PAS dan YB Salehuddin Ayob, Naib Presiden PAS. Manakala Kerajaan Kelantan diwakili oleh YB Che Abdullah Mat Nawi, EXCO Asas Tani dan Bio Teknologi, YB Zulkifli Mamat, YB Abdullah Yaakob.

    Yayasan Amal pula diwakili oleh Cikgu Husein Ismail Presiden YAM, YB Dr. Abdul Rani Naib Presiden dan beberapa Jawatankuasa Amal Pusat.

    Dalam ucap utama yang disampaikan semalam beliau mengajak seluruh negara Islam bersatu mengagaskan pembangunan ekonomi umat Islam bagi berdepan dengan kuasa besar dunia yang ekonominya dikuasai oleh Yahudi. Seluruh gerakan Islam yang mewakili negara masing-masing hendaklah disatukan di bawah satu gagasan Economic and Social Researches Centre yang berpusat di Instanbul. Tema kongres kali ini "Yeni Bir Dunya: Nicin? Nasil?" (Bahasa Turki)/ A New World Order: Why? How ?.

    Ucapa utama yang disampaikan oleh Erbakan dibahaskan oleh wakil-wakil dari seluruh negara. YB Datuk Presiden PAS juga turut membahaskan ucapan tersebut dengan beberapa gagasan dan pandangan, menurut beliau seluruh dunia Islam perlu kembali kepada roh Islam yang sebenar, ajaran Al Quran dan Sunnah sudah cukup lengkap bagi menjawab isu-isu berkaitan dengan ekonomi dan politik. Tanpa Islam dunia Islam tidak mampu berdepan dengan Yahudi dan Amerika yang menguasai politik dan ekonomi dunia masa kini.
    Antara pemimpin gerakan Islam yang turut mengambil bahagian membahaskan ucap utama Erbakan Prof Gazi Husein Ahmed (Presiden Jamiat Islami, Pakistan), Ustaz Rashid Ghonusi (Tunisia), Ustaz Lutfi Hasan Ishak (Parti Keadilan Indonesia) dan beberapa pemimpin ternama gerakan Islam dunia.

    Sesi petang ini, Cikgu Husein Ismail akan berucap mewakili Ngo Malaysia. Beliau dijangka akan menyentuh peranan Ngo Islam diseluruh negara yang mesti bersatu dalam membawa misi kemanusian dan dakwah di negara-negara yang ditimpa musibah atau mana-mana negara yang masih mundur dalam aspek pembangunan kemanusiaan itu sendiri.

    sumber:
    http://misabah.blogspot.com/2010/05/70-buah-negara-islam-menyertai-19th.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu