Skip to main content

Gua nampak benda misteri kat langit semalam.

Oleh : AdukaTaruna

Kalau time tu Pakdin Moundtdeweller ado mesti lagi best.

1. 

Gua sejak kecik, memang selalu nasib baik dapat tengok benda2 pelik kat langit. Terasa bertuah pun ada, terasa ngok pon ada. Sebab setiap kali gua nampak benda pelik, gua kompom terlupa 'wish' macam citer omputeh. Kalau time tu gua 'wish' nak Toyota Wish, dah dapat 8 bijik dah skang nih. Siap bagi Presiden PAS sebijik. Tapi no plat beli sendiri la. Tak mampu gua layan selera yang bukan2 macam tuh. Bukan jenis gua tuh. Membadohpos namanya. Membazir + bodoh + nak mampos.

PAS12
PAS17

Ni ulama menatang apa la nafsu sial yang bukan2 nih? Tak paham gua. Betul siyes punya tak faham. Walau orang hadiah pun, tak ke membazir tu sedara setan? Takan nak tukar jadi sedara Hadi dan Abduh plak? Baik hadiah mcm Nik Aziz. Hadiah kek. Dapat gak makan. Hadiah g Mekah ke apa ke.

Kes pertama masa gua darjah 2 kalau tak silap gua. Masa gua menapak dengan ayah gua dan jiran gua (kawan ayah gua) dari surau semayang Subuh. Masa tu bulan pose. Gua nampak dulu. Bebola api melintas atas kepala. Kalau gua pegang raket, sah2 gua boleh jumping smash punya. Dekat sangat. Sebesar bola sepak.

Bapak gua cakap itu jin.

Jiran gua cakap, bulan pose mana ada hantu.

Bapak gua cakap, syaitan dengan jin tak serupa.

Gua plak percaya bapak gua lagi cerdik dari jiran gua. Hahaha. Kalau semua jin kena rantai time bulan pose, jin muslim caner plak?

2.


Sejak kes pertama, banyak kali lah gua dapat tengok taik bintang la, bola2 api la. Kali terakhir gua tengok di N9 ialah bersama Ayet. Member gua sejak kecik. Masa tu time gua tengah berniaga.

Gua nampak dulu. Ayet pun nampak gak. Macam biasa gua terlupa wish. Kalau gua wish time tu Ayet bertukar jadi Nora Danish, alangkah bahagianya gua. Lazat bai. Tapi tukar sekali dengan suara la. Kalau Nora Danish, tapi suara Ayet, memang gua terajang jer. Loya gua.


3.

Terbaru sebelum yang terbaru, time gua minum dengan member gua. Kat kedai makan sebelah bomba Pengkalan Chepa. Time tu gua sorang yang nampak. Bebola api di kaki langit meluncur ke arah bumi. Sebab member gua tu duduk mengadap gua. Bila dia toleh benda tu dah ghaib.

Macam biasa, gua terlupa wish gak. Niamakahai. Ke gua ni dah tahap Tamar Jalis? Ada pendamping? Jangan bergurau bai. Takda masa gua der. Gua ni dah la penakut.


4.


Terlatest punya. Malam semalam, lepas Isyak, gua jalan2 dengan bini gua. Jalan kaki g kedai burger. Sajer ambil angin malam. Pusing punya pusing, gua pun berjalan ke arah rumah semula. Jeng3.... sekali lagi gua nampak benda pelik. Ni gua siap lukis guna Paint lagi.

Weih. Jangan gelak weih. Gua cerita siyes nih. Yang bulat tu bulan. Yang bintik Kelabu tu bintang. Yang bintik Merah tu la yang gua nampak. Dia bergerak mengikut anak panah. Tak laju dan tak perlahan. Memang jelas la. Tak dapat pasti benda alah tu belakang bintang atau depan bintang.

Gua tunjuk kat bini gua. Bini gua macam biasa buat muka cemas dia. Kita exited n ingin tahu, dia cemas plak. Potong betul la...

Lalu sekor pakcik dari surau. Gua siap tunjuk lagi kat pakcik tu.

"Pakcik nampak tak tu? Apa benda tu eh?"

"Gapo tu?"

Dia plak tanya gua. Mementang la muka gua muka cerdik dan nerd + skema. Dia ingat gua semua tahu? Gua tanya dia, dia tanya gua balik plak.

5. 

Bila gua cerita kat member gua semula selepas kejadian itu (apsal gua rasa ayat gua dah tahap cikgu BM dah ni?), member gua boleh buat cadangan bongok kat gua.

"Apsal tak rakam guna enset?"

Hadoiiiii...... enset gua? Pasal enset ni la gua nyaris2 tinggi suara dengan IO Hazizi Bukit Aman lu tahu tak. Mati2 dia tak caya blogger macam gua hanya ada enset macam nih.


"Jangan tipu saya Khairul Nizam. Kamu bukan blogger pertama yang saya siasat. Mustahil la. Dah berapa tahun saya bertugas dah."

"Akalaaaa... saya jawab dengan jujur la tuan. Saya takda enset2 canggih ni der. Bukan reti guna pun."

Pastu dia pandang slek kat muka gua. Tak cayo sudah. Tak ghoti den nak koba an laie.

Comments

  1. banyak ringgit gua nih bro. berapa butir lu nak gua beli?

    ReplyDelete
  2. Bro,Lu cayakah taik bintang boleh confirm lu punya wish. Tak salahkah caya pada kuasa selain kuasa Allah Yang Maha Ego.

    Tahun lepas kawan saya pun ada terlihat benda yg lu lukistu. Lepas satu bulan dia jadi sewel sampai sekarang. Orang lain pun ada nampak tapi dia nampak dulu. Jaga sikit bro. Lu pi tunggu taik bintang dan wish lu tak jadi sewel.

    ReplyDelete
  3. hoi syaitan hina ulama.

    ko baca ni.

    http://anti-bakistani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Bhai AT,

    Gua belum berkesempatan lagi nak tengok macam2 kat lagit tue... tapi telinga nih.. kalu dengar bunyi jet kat atas tue... siap boleh kenal apa jenisnyer... hahaha...

    ..... gua pon tak percaya lu cuma ader henset cam bangang tue... hahaha.... takkan la lu blogger cikai macam gua gak kot... hahaha....

    cuma gua lebih ensem dari lu la... sebab gua guna henset jenama Norkiah 2600c ... murah jer...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  5. Untunglah dapat tengok objek pelik kat langit. Akak pun pernah nampak cahaya terang benderang berwarna-warni yang bergerak dari arah pantai ke darat diikuti dentuman yang kuat(akak mmg cikgu BM). Walaupun henset akak ada kamera tapi mana sempat nak amik gambar. Kejadian itu berlaku umpama kilat.

    ReplyDelete
  6. HP gua mmg cangih pon..
    Tapi gua tension sbb smpai skang gua x dapek lagi gambor lubang idung lu...
    kui2...
    cybeshoot tu..
    Klu bleh gua nk zooommm smpi dalam..
    kui2...

    ReplyDelete
  7. Yang merah-merah tu cam tanglong cina tu..aku pun dah biasa tengok tu...aku rasa cina ada sambut perayaan apa-apa tuh...

    Udah-udah le dok teropong kat langit tu...kat bumi ni berlambak lagi misteri yg belum settle ni....

    Membadohpos tul le korang nih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.