Skip to main content

Siapa Nak Ikut Gua Memancing Di Kepulauan Maldives...???

Baca dulu di sini.

Justeru itu, tiada apa yang gua nak ulaskan lagi, yang lepas biarkan berlalu, gua terima hakikat kekalahan tersebut dan siapalah barisan najis dan umno jika tidak menipu dan menghalalkan perkara yang haram. Nak gua keluarkan nas dan hadis ke...? rasanya tak perlu... sebab Jamil Mat Khir pun boleh bacakan pada Pak Jib dan Pak Din.

Memandangkan semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir malam tadi, gua rasa sudah memadai… jadi tak perlulah gua menyemakkan diri untuk hadir bersama. Gua rasa lebih baik gua teruskan berkempen dan berdakwah kepada penduduk yang gua kunjungi di sini. Terutama sekali kepada penghuni lautan ciptaan Allah yang maha Agung.

Lazimnya…, dalam setiap kali persidangan pasti ada waktu rehat dan santai… (itu pun jika ada persidangang), jadi gua ambil peluang ini untuk memenuhi hobi gua dengan memancing, gua nak masuk pertandingan memancing Joran tak boleh sebab terlalu sibuk dengan jawatan gua sebagai Presiden.


Di sini… selain diadakan persidangan, tempat ini juga terkenal sebagai syurga pemancing… pergh… untung2 dengan izin Allah SWT, gua dapat menaikkan Marlin 160kg… nanti gua kirimkan gambar kepada harakah, lu orang bolehlah tengok gambar gua dengan ikan yang menjadi buruan pemancing sedunia, bangganya gua....

Berkaitan kekalahan di Hulu Selangor, biarlah anak2 buah gua dan Mursyidul Am yang uruskan, tahulah mereka nak "handle" macam mana, takan itu pun gua nak handle... gua kan Presiden. Gua letakkan sepenuh tanggungjawap dan kepercayaan kepada anak2 buah gua.

Tak macam si Najib tu... setakat PRK macam tu... sibuk nak turun padang berkempen apa kejadah sebagainya... itu tandanya dia tak percaya kepada anak2 buahnya, itu yang gua katakan umno/bn menghadapi krisis keyakinan dan kepercayaan dalaman sesama mereka.

Tengok gua.... cool jer..., lagipun gua nak fokus dan membuat strategi kepada usaha mendaratkan ikan yang berprestij ini terlebih dahulu.

Pesanan gua kepada Zaid Ibrahim, terimalah hakikat kekalahan tersebut sebagai qada dan qadar dari Allah SWT. Lawan tetap Lawan, dan gua kat sini pun masih dalam perjuangan… berjuang dengan lautan belantara demi hobi gua sebagai pemancing tegar.

Salam dari gua kepada Penyokong dan Pengundi Hulu Selangor, serta kepimpinan Pakatan Rakyat semuanya di atas usaha tungkus lumus kalian sepanjang PRK Hulu Selangor.

Pecah kaca pecah gelas…. lu orang semua tak perlulah nak balas surat gua ni… pasal tengah laut mana ada posmen.. internet…? gua ni buta IT sikit…. tengah laut ada internet ka…?

Salam perjuangan dari gua, dari kepulauan ????. Lubuk ni terpaksa gua rahsiakan... takut nanti lu orang datang bawa pukat... huhhhh... hancur dan pupus ikan2 di sini.

p/s: opppsss.... gua bermimpi rupanya.... sori ekkkk... tercerita mimpi gua kat sini pulak... tapi itulah impian gua sebagai pemancing tegar... ha..ha..ha....

Comments

  1. apa la lu ni.... melalut pasal mimpi rupanya...

    ReplyDelete
  2. sebelum lu mimpi.. wa siang2 dah tau dah lu akan curik tulang! tp mampuih gua tak agak lu gi maldive.. ingat kat pulau ketam jer!!
    so.. baik lu sambung tiduq dan mimpi balik.. cuba ceck pakej mimpi memancing lu sapa taja?? lu kena jawab kat pas reform tu AT.. misti telus maa!

    ReplyDelete
  3. aduka taruna, apa la lu, lu ingat orang bawahan pecaya ka cakap lu, itu presiden mana boleh bikin itu macam ma.....dia olang manyak mulia oooo.wa talak picaya ooooo...lu ada bukti ka?

    ReplyDelete
  4. Salam.....tuan, ada benar atau tidaknya kata-kata tulisan Aduka Teruna, cuma nak tanya pada tuan.....

    Tuan pernah dengar tak cerita Kaab di zaman Rasulullah yang dia tidak turut serta ke satu medan peperangan? Rasulullah dan sahabat2 boikot beliau?

    Tuan tahu tak pada hari pilihanraya ahad 25 April itu ada 2 kawasan yang mengadakan AGM ketika sahabat2 lain dalam Pakatan berperang di Hulu Selangor? yang keduanya dirasmikan oleh Mustapa Ali dan Nasarudin Mat Isa?

    Tahukah tuan ketika sahabat2 PAS dan Pakatan bekerja dan bergerak di Hulu Selangor , Hassan Ali pada Jumaat mlm Sabtu 23 April buat forum perdana di Shah Alam? tak boleh ke kalau betul2 nak tolong Pakatan di ubah ke Hulu Selangor? .....tolong jangan jawab sebab program dah dijadual tak boleh ubah! tak guna ada kuasa kalau benda kecik camtu pun tak boleh ubah!

    Markaz pemuda PAS pusat sehingga khamis tidak dikunjungi oleh Ketuanya dari Pusat , bahkan Ketua Negeri Selangor pun tak sampai2 lagi....nasib baik tak kena serang macam di Bagan Pinang

    ReplyDelete
  5. Jika benar kata pemimpinrakyat, maka saya cadangkan perlu ada Presure Gruop dlm Pas untuk adakan EGM memilih semula pemimpim-pemimpin bermasalah dalam Pas, seperti yang telah dilakukan oleh MCA. Kita tiru benda baik, apa salahnya, memang lani zaman org kafir buat benda baik yang dianjurkan oleh Islam dan org Islam tinggalkan benda baik yang dianjurkan oleh Islam......

    ReplyDelete
  6. dan pas shah alam ngan Khalid samad pada 19 April 2010 pulak berkonsert dan nyanyi kat Dataran Shah Alam...

    ReplyDelete
  7. dan Nik Aziz hanya berkempen 2 hari sebelum mengundi...(jangan pulak kata Umrah tak boleh balik awal...)

    ReplyDelete
  8. wa dah agak dah.... melayu negeri lain memang bengap.... sama la melayu negeri lu aduka..... kena jolok skit ..... sejuk dah marah tu.... apparaaaaa..... dapat duit RM1k pun dah rasa kaya nak mampus dah..... alah wa tak heran la setakat dapat RM1k tu.....

    ReplyDelete
  9. lu luar je cool tpi dalam panas beb.... maklum lah lu punye agenda gagal n lu nak ubat ati yg lara g mancing...huhuhu... lu ajak lah nuar al juburi n zaid kaki botol g mancing. t leh mengkuda ngan minum2....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...