Skip to main content

Kenyataan media : PAS Reform bersedia letak calon PRU13




Oleh : AdukaTaruna

Kenyataan Media PAS Reform
9 April 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Ego.

Prinsip PAS Reform membela maruah dan setiap helai undi penyokong PAS dan komponen Barisan Rakyat yang lain.

Adalah satu yang melukakan apabila setiap helai kepercayaan dan maruah pengundi dikhianati parti komponen Barisan Rakyat seperti mana yang terjadi muktahir ini. Sangat-sangat melukakan. Menginjak-injak, memijak-mijak maruah intelek para pengundi.

Kami, PAS Reform telah lama mencadangkan dan mendesak, bahawa, di mana kerusi yang telah berlaku pengkhianatan tersebut, supaya menyerahkan kepada rakan komponen Barisan Rakyat lain sebagai satu sifat bertanggungjawab kepada maruah dan kepercayaan para pengundi.

Sebagai contoh, di Pasir Mas, seluruh pengundi bebas yang memilih Barisan Rakyat dan seluruh pengundi PKR dan DAP (jika ada), telah dikhianati oleh PAS melalui Ibrahim Ali. Ini sangat melukakan pengundi di situ. Maruah yang telah dipijak dan diludah dengan hina.

Seluruh ahli PAS berdaftar Pasir Mas / Kelantan dan pemimpin PAS Pasir Mas / Kelantan harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Salah tetap salah, benar tetap benar. PAS harus bertanggungjawab terhadap pengkhianatan yang berlaku terhadap pengundi PKR di situ. Terhadap pengundi bebas anti-BN di situ. Dan juga bertanggungjawab terhadap pengundi DAP sekiranya ada di situ.

Jadi, jika mengikut sifat intelek dan professional yang setaraf negara maju, pertama, PAS perlu memohon maaf secara rasmi. Keduanya, serahkan tanggungjawab kepada rakan lain sebagai rasa bertanggungjawab terhadap segala maruah dan kepercayaan mereka. Dan sekiranya dia juga turut gagal, barulah tuntut semula.

Di sini, kami menyenaraikan kerusi-kerusi yang telah berlaku pengkhianatan yang di maksudkan.

 



Nama kerusi.

Nama parti yang mengkhianat pengundi.
Parti komponen BR yang berhak mendapat kerusi sebagai sifat bertanggungjawab atas pengkhianatan.
Parlimen Pasir Mas
(Ibrahim Ali)
PAS
PKR atau DAP. PKR lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Behrang
(Jamaluddin Radzi)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Jelapang
(Hee Yit Foong)
DAP
PKR atau PAS. PKR lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Changkat Jering
(Kapt (B) M. Osman Jailu)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
Parlimen Kulim-Bandar Bharu
(Zulkifli Nordin)
PKR
PAS atau DAP.
DUN Perlabuhan Kelang
(Badrul Hisham Abdullah)
PKR
PAS atau DAP.
Parlimen Bagan Serai
(Mohsin Fadzli Samsuri)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
Parlimen Bayan Baru
(Datuk Zahrain Mohd Hashim)
PKR
PAS atau DAP.
Parlimen Nibong Tebal
(Tan Tee Beng).
PKR
PAS atau DAP.
DUN Lunas
(Mohd Radzhi Salleh)
PKR
PAS atau DAP. PAS lebih sesuai berdasarkan pecahan pengundi.
DUN Ngemah
(Gabriel Adit Demong Rabu)
PKR
PAS atau DAP. DAP lebih sesuai kerana faktor kelemahan PAS di Sarawak.


Masalah kekuatan spiritual calon PAS Reform.

Secara keseluruhan kenyataan media ini adalah membicarakan kekuatan dalaman satu-satu calon dalam menjaga dan menghormati maruah intelek pengundi Malaysia. Dan kumpulan PAS Reform adalah satu kumpulan pendesak yang menjaga kepentingan pengundi.

Secara berterus-terangnya, seandainya parti sebaru dan semuda PKR pun gagal menyediakan calon yang benar-benar layak, apatah lagi kumpulan semuda kami. Kami tahu persoalan ini kerana kami juga pengundi seperti anda.

Jadi, untuk itu, seandainya diizinkan Allah untuk PAS Reform meletak calon di mana-mana kerusi di atas (mengikut turutan kepentingan dan kemampuan), kami akan memilih calon dari anggota PAS Reform segar, muda, bijak dan licik, yang telah lama mendapat pentarbiyahan PAS. Itu janji kami. Insyallah. Diulangi sekali lagi, kepentingannya di sini, jika diizinkan Allah, kami akan meletakkan calon yang telah lama mendapat didikan pentarbiyahan PAS.

Untuk itu, kami, PAS Reform, bersetuju untuk bergerak dalam melaksanakan perancangan meletakkan calon di kerusi-kerusi pengkhianat (mengikut turutan kepentingan dan kemampuan), seandainya parti-parti pengkhianat tersebut enggan bertanggungjawab. Enggan tunduk kepada maruah pengundi.

Melancarkan tabung dana.

Dengan ini, demi maruah pengundi Malaysia, demi intelek pengundi Malaysia, PAS Reform akan melancarkan Tabung Dana Pilihanraya dalam masa sedekat yang termampu. Tabung ini akan dikendalikan oleh seorang anggota PAS Reform yang dilantik dan diumumkan secara awam.

Jadi, kami memohon kepada seluruh pengundi Malaysia untuk menyumbang kepada perjuangan ini. Dan juga, perlu dijelaskan, Tabung Dana ini akan dilancarkan selepas Projek Langgar Hadi 2010 terdekat ini. Insyaallah.

AdukaTaruna
Kumpulan PAS Reform.




Comments

  1. lu memang berkepala hotak!

    tapi wa rasa lu xkan jadi calon..

    kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  2. alamak bro. kali ni gua ada sikit confuse la. setuju letak calon dari parti lain kat tt berlaku pengkhianatan tapi nape nak letak calon atas nama PAS reform lak. macam entiti lain je dari PAS. elok tumpu pada me"reform" PAS, (dengan projek2 mcm langgar TGHH, dll)so bila the times come calon adalah dari PAS yang telah di"reform"

    ReplyDelete
  3. Saye,

    Letak calon PAS Reform kalau parti khianat tetap enggan serah kepada parti lain.

    1. Sila tunaikan tuntutkan PAS Reform.

    Kalau enggan,

    2. PAS Reform letak calon sebagai lambang maruah dan intelek pengundi tidak dipijak2.

    Kes contoh.

    Behrang. PKR khianat. Sila serah kepada PAS pada PRU13. Kalau PKR enggan dan PAS bacul bela maruah pengundinya, maka;

    PAS Reform letak calon* sebagai lambang maruah pengundi terutama generasi baru tidak boleh dikompromi.

    *Jika mampu dan diizinkan Allah.

    ReplyDelete
  4. Bukan Calon.

    Memang gua takan jadi calon sebab gua tahu gua lemah. Gua mata duitan maa... Walau gua jahat, insyaallah gua sedar diri. Sedar diri penting untuk jemaah.

    Tak macam Hadi Awang. Walau lemah, selagi perwakilan minta dia, dia tunaikan amanah. Padahal pembolehubahnya, perwakilan PAS tahap rendah. Melayu yang takut mengubah kebiasaan.

    Nik Aziz sedar diri kelemahan dia, dia mudah kesian kat orang. So, dia tidak mahu terbabit dalam perundingan kerusi antara PKR-PAS-DAP.

    Untuk calon PAS Reform, gua tahu siapa gua nak letak. Dalam PAS Reform ramai tokoh muda yang terbentuk melalui pentarbiyahan PAS. Insyaallah, tak gila duit macam gua. Pendidikan pun power2.

    Gua just panggil memember PAS Reform, bincang, dan dapatkan persetujuan mereka.

    ReplyDelete
  5. tulisan dan komen aduka tambah mengelirukan...

    mungkin kesan selepas ditangkap/ugut..keluar dengan perjanjian untuk melagakan Pakatan Rakyat.

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. Duka... so kena register as a new Party lah ye?

    esok turun bkt jalil la... ada bran?

    ReplyDelete
  7. Katon

    Tak payah. Calon bebas tapi bawa jenama PAS Reform.

    Manifesto ialah menyokong kestabilan kuasa Barisan Rakyat seandainya menang.

    Kestabilan kuasa sahaja. Maksudnya, kuasa dalam dewan / pengundian / etc. Tetapi bab2 idealogi, PAS Reform ikut tajuk.

    Kalau Allah izinkanla..

    ReplyDelete
  8. Kepala hotak engkau. Engkau samakan Allah dengan diri kau (Ego?). Berguru dengan guru songsang engkau ni.

    agbr47: Anak Johor.

    ReplyDelete
  9. dah TERBUKTI memang 98.2 PERATUS minta maaf saudara Aduka Taruna yang Bijaksana. ambo Tumpang lalu.
    Muslim Malaysia JAHIL MURAKAB. ada ke marah bila dikatakan ALLAH MAHA EGO. wahai Muslimin Muslimat yang KONON NYA mengaku ada kalimah Tauhid.... Sesungguhnya Sesiapa Yang Berjalan Penuh EGO di atas muka bumi ALLAH SWT ini... Sedarlah ANDA semua.... ALLAH SWT MAHA EGO. Tak Ke mana EGO kamu Semua!
    sekali lagi yang dikasihi Aduka,
    saya nak IKLAN PRODUK Sikit...
    Oleh itu Berulah SOKONGAN PADU buat Our Spiritual Leader WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DiDokong SUPREMO LIM KIT SIANG, MAULANA KARPAL SINGH dan Our NEXT Perdana Menteri TOKGURU AYOHCHIK ABDUL HADI AWANG.

    ReplyDelete
  10. dah TERBUKTI memang 98.2 PERATUS minta maaf saudara Aduka Taruna yang Bijaksana. ambo Tumpang lalu.
    Muslim Malaysia JAHIL MURAKAB. ada ke marah bila dikatakan ALLAH MAHA EGO. wahai Muslimin Muslimat yang KONON NYA mengaku ada kalimah Tauhid.... Sesungguhnya Sesiapa Yang Berjalan Penuh EGO di atas muka bumi ALLAH SWT ini... Sedarlah ANDA semua.... ALLAH SWT MAHA EGO. Tak Ke mana EGO kamu Semua!
    sekali lagi yang dikasihi Aduka,
    saya nak IKLAN PRODUK Sikit...
    Oleh itu Berulah SOKONGAN PADU buat Our Spiritual Leader WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DiDokong SUPREMO LIM KIT SIANG, MAULANA KARPAL SINGH dan Our NEXT Perdana Menteri TOKGURU AYOHCHIK ABDUL HADI AWANG.

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Saudara Aduka, apa maksud disebalik tulisan anda "Allah Maha Ego?"

    Sebagai manusia yang dilahirkan dengan akal fikiran serta lahir sebagai orang Islam, sepatutnya anda tidak terfikir untuk menulis perkataan "Ego" bagi merujuk kepada Tuhan anda.

    Anda sengaja melakukan kesilapan demi mengejar populariti walaupun terpaksa menghina agama anda sendiri. Bertaubatlah!!!

    Saya bukan Islam namun saya mempunyai ramai ahli keluarga yang beragama Islam termasuk adik-beradik kandung saya, sepupu serta sauadara-mara jauh dan dekat. Saya sangat menghormati mereka dan agama yang mereka anuti.

    Tetapi apabila saya melihat adanya orang yang sejak dilahirkan sebagai Islam seperti anda sanggup untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama sehingga sanggup menggelarkan Tuhan anda sebagai "EGO", bagi saya itu adalah satu perbuatan yang sangat melampau dan keterlaluan, maka harap anda segera berbuat sesuatu demi kebaikan bersama. Terima Kasih!

    ReplyDelete
  12. he he glamour lagi lu lepas ni bro. semua blog Umno dah kuar gambar lu, dah takleh pose tutup mulut ngan tangan dah. tapi kali ni menampakkan kurang ilmiahnye diorantu.

    buat Hilbert: ego sama makna ngan sombong/takabur la tu. kita orang Islam dilarang bersifat macam tu pasal sifat tu hanya layak bagi Pencipta alam semesta ini, Dia yang mencipta, memberi rezeki, kesihatan, kesenangan kpd kita maka Dia layak untuk sombong, takabur, keras, samseng dan lain2 kita ni hanya hambaNya yang tidak memberi kesan sedikit pun padaNya. hanya berharap Dia memandang kita dengan pandangan Rahim

    ReplyDelete
  13. Ego 2bahasa skrg.xde lg org agama yg gne ayat ego.xsalah vocab yg btul "Al Mutakabbir".sifat yg xleh ad pd mnusia sbb i2 sifat Allah.org Islam msuk syurga bukn sbb pahala tp simpati dr Allah.Buat amal ni supaya Allah simpati dgn pmbuat amal.Nikmat Allah kt mnusia ni byk sgt

    ReplyDelete
  14. Kes Pasir Mas adalah special kes. PAS tidak harus dianggap pengkhianat kepada pakatan rakyat kerana kes Ibrahim Ali. TGNA sendiri dah jelaskan, pada ketika itu, pembacaan politik, PAS letak Ibrahim Ali, kerana kes PRU sebelum itu pun, PAS hanya menang tipis, sebab Ibrahim Ali bertanding dan pecah undi BN.

    Dan tsunami politik yg lepas tu turut mengejutkan pimpinan PAS kelantan sendiri. Tengok munajat mereka, menunjukkan betapa bersungguh mereka berdoa kepada Allah.

    Adakah pihak tuan menjaja isu ini dengan niat menjatuhkan maruah TGNA bab isu strategi politik beliau?

    ReplyDelete
  15. Bagus cadangan tu, cuma perlu wang yang banyak untuk melaksanakannya. PAS Reform dlm kalangan minoriti. Bimbang agen UMNO akan ambil kesempatan kononnya pendokong PAS Reform. Kelak yang menjadi mangsa adalah PAS dan PR sendiri.

    ReplyDelete
  16. letak la calon.. nk tgk berapa ramai mengundi.. n mmg tepat lah korg pas reform ni nk buat satu jemaah sndiri..so,aku rase better daftarkan..seriously,xde benda lg dah korg nk perjuangkn dlm PAS..sume dah korg xsetuju..go ahead,aku sgt suka smngat korg..its a waste kalo korg still terikat ngan PAS..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...