Skip to main content

Kerusi yang dikhianati perlu diberikan kepada parti rakan.

Oleh : AdukaTaruna

Untuk menyambung kekuasaan BN, BN perlu lakukan sempadanan pilihanraya. Nak sempadan semula perlukan majority 2/3. Nak dapatkan majority 2/3, perlu buat apa sahaja bagi mendapatkan ahli parlimen lompat. Nak dapatkan MP lompat, PKR paling kacang.

Gua tidak jelas pengundian dijalankan secara rahsia atau terbuka untuk dapatkan kelulusan sempadan semula pilihanraya. Kalau pengundian dijalankan secara rahsia, terdapat 2-3 ekor MP PAS yang BERKEMUNGKINAN menyokong usul sempadanan semula atas nama kepentingan perpaduan Melayu. Ditambah dengan barisan PKR lompat, maka, ianya adalah satu detik kemusnahan kepada harapan rakyat di masa hadapan.

PKR bertaraf kacang kerana ianya adalah party paling muda di antara PAS dan DAP. OK. Fine.. kita terima hujah itu. Tetapi di fasa selepas PRU13, PKR kekal parti paling muda. PKR kekal parti paling muda, bermakna PKR kekal parti paling kacang kualiti MPnya. Jadi tidak selesai masalah. Jika PRU12, atas dasar parti muda, 10 MP PKR lompat, PRU13 atas dasar parti kurang muda, maybe 8 atau 5 MP PKR lompat. Jadi tetap satu ancaman kepada rakyat dan tetap tidak akan selesai masalah.

Sekat BN dari berjaya dapatkan majoriti 2/3 adalah satu gerakan yang sangat penting. Langkah persediaan di pasca PRU13 juga penting. Kita masuk ke tajuk ini.

Langkah persediaan pasca PRU13.

Menjelang pasca PRU13, seandainya BR kekalkan prestasi dan berjaya mengambil alih Putrajaya dengan BN Sarawak (bukan UMNO) bertahaluf bersama BR, keadaan sedikit genting.

1. ISA masih wujud dan belum dimansuhkan.
2. Kualiti MP PKR (parti muda).

Dan di sinilah satu fasa yang menuntut satu kesabaran, satu kethanan yang tinggi sebelum berjaya melakukan satu revolusi politik pertama Malaysia.

Jadi, di bawah tajuk ini, gua menuntut, kesemua kerusi yang dikhianati oleh komponen BR diberikan kepada rakan. Atau maksud yang lebih jelas, demi survival harapan rakyat Malaysia, semua kerusi yang dikhinati DAP dan PKR diserahkan kepada PAS.

Gerakan Najib untuk PRU13.

1. Dapatkan negeri kaya seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor untuk menjana dana pilihanraya BN.

2. Dapatkan dengan cara apa sahaja majoriti 2/3 parlimen bagi pelbagai pindaan (termasuk sempadnan semula).


3. RM300 juta dikatakan diperuntukkan bagi melumpuhkan kekuatan media baru anti BN.

4. Lemahkan Anwar dari bergerak ke seluruh Malaysia dan kurangkan fokus Anwar terhadap parti PKR.

Cadangan jangka pendek problem MP kacang PKR.

Saat genting ketika ini ialah menyekat sasaran Najib mendapatkan undi 2/3 bagi sempadanan semula. Dan kelemahan yang jelas dan nyata pada BR ialah pada kualiti MP PKR.

Di sini gua mendesak sebagai penyelesaian jangka pendek, ialah; seluruh MP PKR muslim yang masih tinggal, supaya hadir dalam satu proses tarbiyah kerohanian yang dikendalikan Majlis Syura Ulama PAS. Ini bukan soal ego. Ini soal kepentingan rakyat.

Gua tuntut Anwar mewajibkan seluruh MP dan ADUN PKR hadir dalam kursus atau apa sahaja nama dan program kerohanian. Gua tuntut Nik Aziz basuh dan cuci dalaman wakil2 rakyat PKR. Gua tuntut Hadi, Haron Din membantu PKR dalam hal2 dalaman dan kerohanian. Pada saat sekarang. Diulangi pada saat sekarang.

MP PKR pada gua tahap silibus motivasi ritual kena tanam dalam kubur. Wajibkan seluruh wakil PKR yang masih ada alami pengalaman ditanam dalam kubur untuk semalaman.

Comments

  1. ok jugak idea ko tu..

    apakata kita tambah sikit... kita kuburkan terus tak payah semalaman.. nanti ada pilihan raya baru.. pilih lagi..

    ReplyDelete
  2. gua sokong lu py idea. Tp mslhnya PKR ni sombong sket. Tu la yd jd mslh skrg. Jd smbong sbb PKR ni dikira sbgai parti serpihan UMNO. So, perangai UMNO tu mmg menebal.

    ReplyDelete
  3. 1. Dapatkan negeri kaya seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor untuk menjana dana pilihanraya BN.


    ayat kat atas tu wa musykil skit..... apasal kelantan lu tak masuk.... kalau BN dapat kelantan konfem paling busuk 2 billion duit petronas mengalir kedalam kantung UMNO atas nama royalti........

    ReplyDelete
  4. Kau tak tau, PKR dan DAP hanya kuar sorang dua je, tetapi PAS jenis tunggu kepala yang di atas. Sekali kepala kata kuarrrrr, dengan ekor ekor dengan kaki kaki, dengan cibai cibai kuar

    ReplyDelete
  5. betul 2 bro ramzi.. kang kalo pkr bg kusi kat pas, bantai plak pas menang trus nak ug dgn ubn. itu lg lahanat.. ish lagi aku xpercaya.. sendiri nak lompat aku xkisah. hang nak lompat jauh mane lompat la. yg xda maruah diri sndri tapi kalo yg nak lompat 2 bawak parti sekali, dgn parti2 org cop xda maruah. lagi yg dok kat atas 2 xtukaq lagi 2 aku xsetuju pkr dgn dap bagi kusi kat pas. sbb kompem kalo pas dok gabung dgn ubn, mp ka adun pas ka kena ikut sama kalo x baiiah taklik jatuh ma.. bahaya jugak kalo fikir dalam2 ni.. mana lagi bahaya parti lompat atau mp lompat.. hmm..

    ReplyDelete
  6. Dalam PKR pun ada tokoh agama mcm Badrul Amin untuk mentarbiahkan ahli. Masalahnya PKR dipenuhi dengan firaun2 kecil yg akan membunuh PKR sedikit demi sedikit. Rakyat sudah muak dengan alasan klise "pemutihan" dan budaya menyerang peribadi serta menuding kesalahan ke pihak lain.

    ReplyDelete
  7. suruh saja calon PKR tu buat takliq apa2, kalau tak sanggup jgn jadi calon. sbb ternyata calon pkr yang menang ni lah yg banyak mendatangkan masalah besar! sampaikan 1 negeri jatuh ke tgn musuh, tak ke 1 kerugian yg sgt besar.

    pas dan dap kena gesa pkr pilih lah calon dgn sgt berhati2 jgn tangkap muat ja. pru13 jgn lah pkr rasa dia lebih kuat,lebih besar dan lebih hebat (cam sesetengah org pkr dok dakwa), dap jauh lebih baik - rasa lebih hebat sampaikan nak kerusi lebih2 berebut pulak dgn pas, bagi pas lebih kerusilah. ada sbb pas boleh mintak lebih, dr segi seniority pun lebih, kuat pun lebih, matang pun lebih, jelas halatuju, dan ternyata calon pas sgt setia, sbb apa? sebab perjuangan bukan kerana yg lain melainkan semata-mata kerana Allah. nak pilih calon memang terlebih2.. banyak yg tak mau pegang jwt sbb takut tak tertunai amanah walaupun memang layak dr segi penilaian umum, nak yg macamana yg profesional ka nak yg beragama, dan nak yg dua2 pun ada.
    tambah pulak pas for all.. isu sokongan berbilang bangsa tidak menjadi halangan lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.