Skip to main content

Apa motif Barcelona promosi Messi?

Oleh : AdukaTaruna

Setelah Man U kalah bergaya bersama Selangor yang menentang N9 (hua3..), kini tiba perlawanan Barca vs Arsengal la plak.


Skang ni bai.... gua nak bangkitkan persoalan kepada lu, apa motif Barca promosi Messi secara lebihan pada gua. Messi hebat la.. Messi bukan manusia la.. mcm2. Apsal tak simpan jer senjata tu?

Tapi team Barca punya psiko war bukan tahap liga Melayu bai.. gua rasa la... motif Barca war2kan kehebatan Messi adalah untuk mengecilkan kekuataan pasukan Arsengal secara keseluruhan. Tak paham? Takpo.. gua bagi faham. Jangan tanya jemaah Rusila, tapi tanya gua.

Tolak keeper, kekuatan Arsengal ada 10 orang. Tak payah nafi, nak sekat atau jaga Messi, memerlukan at least 2 orang untuk tahap liga Inggeris, 5 orang untuk tahap liga Melayu.

Jadi gua ingat Barca akan provok Arsengal supaya mengecilkan kekuatan 10 pemain kepada 8 dengan 2 menjaga Messi secara serius. Dan kalau ramalan gua betul, gua cadangkan Messi bermain sebagai penyerang tengah.

Jika Messi bermain sebagai penyerang tengah, banyak bahagian kekuatan Arsengal akan berkurangan, bergantung kepada Wenger nak suruh siapa fokus jaga Messi. Meh lihat gambarajah nih. Takdo kat kitab kuning atau FAM ni bai.. kat blog gua jer ada.

Jadi, Messi memang sukar nak jaringkan gol, tetapi tugas untuk kucar-kacirkan defend atau lemahkan ruang Arsengal sudah cukup bagi Henry atau Ibrahim tu dapat ruang yang agak selesa.

Namun, Barca perlu ingat bahawa, counter attack Arsengal memang tahap celako 3 kali. Celako.. celako.. celako.... dalam keghairahan Barca membuli Arsengal, macam main monyet2, Arsengal memiliki kekuatan melakukan serangan balas yang cantik, laju dan berkesan.

Ramalan gua, Barca 3 Arsengal 0. Muahahahahaha.

Comments

  1. aha
    lu
    taknak berbogel kat kb mall ke klau barca kalah ada bran

    ReplyDelete
  2. ghua ingat lu tak layan bola . yang ponting n9 da monang kolobihan jaringan kek tompek lawan .
    untuk itu , ramalan ghua :
    Barca 18 arsenal 2 .

    ReplyDelete
  3. Har...Har...Har...

    Draw bhai...

    2-2...

    Arsenal bg budak2 men ja 2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...