Najwa tak guna nama bapa
DISELAK lembaran industri muzik tanah air, saban hari ada saja pucuk baru yang sedang menghijau.
Seakan benih segar yang bermain-main dengan aliran udara dan simbahan cahaya mentari, sampai waktu yang tepat, ia menjalar naik menjadi sesuatu yang segar dan menyejukkan.
Najwa Muhyiddin sedang naik dengan pantas. Lantunan suaranya mencabar banyak minda untuk mencari siapa pemilik nama ringkas tersebut.
Dia sampai pada waktu yang tepat iaitu ketika umum sedang meneliti dan menghargai bakat baru yang punya identiti tersendiri.
Lebih dekat lagi apabila menyebut tajuk lagu popular milik Maliq (Too Phat). Dihiasi sentuhan suara enak didengar, Kau Yang Punya seakan pengenalan serius suara Najwa buat pendengaran ramai.
Kolej Berklee
Agak malu-malu pada pertemuan awal dengan Sensasi Bintang. Belum terbiasa dan masih mencari alun kata yang sempurna, Najwa galak bercerita tentang aliran seninya.
"Sejak dahulu saya sudah dibiasakan mendengar lagu-lagu lama. Ayah dan ibu memasang lagu-lagu ini kerana minat mereka.
"Lalu, saya pula pura-pura menyanyi dengan kononnya mikrofon di tangan," dia memulakan cerita kenapa wujud pengaruh soul dan jazz dalam langkah seninya.
Menyebut nama-nama hebat seperti Ella Fritzgerald, Jill Scott dan Erykah Badu sebagai penghembus inspirasi dan nadim telinganya, kita tahu dia bukan datang dengan bakat dan jiwa yang kosong.
Berakar umbikan nama seperti itu sudah cukup meyakinkan bahawa minat yang mengalir ada pengisian yang benar.
Malah inspirasi lagu dan fesyen yang berjalan seiring menampakkan gadis ini punya originaliti yang tidak dibuat-buat.
Realitinya, dalam aliran pengetahuan Najwa kini terkandung dua subjek yang berbeza.
Untuk jaminan pertama dan kepuasan hati ayah bonda, dia siap bergelar siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik yang ditimba di Melbourne, Australia.
|
|
Dua tahun dia menimba pengalaman di bumi kanggaru itu sebelum kembali ke Malaysia untuk mendalami bidang muzik pula.
Dua tahun juga dia tekun menggali ilmu di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), Kuala Lumpur, Najwa bakal terbang ke Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat.
"Kalau tiada aral melintang, bulan September nanti saya akan belajar di sana selama dua tahun.
"Tidak sabar juga untuk ke Berklee," ujarnya yang bakal berkongsi pentas persembahan dengan Babyface 5 Mac nanti di Plenary Hall, Kuala Lumpur.
Namun, sebelum itu, dia ada tanggungjawab yang mahu diselesaikan. Najwa ingin menyemarakkan genre soul dan jazz di Malaysia terlebih dahulu.
Anak Timbalan PM
Gadis ini mahu mengubah persepsi dan tabu klise. Tidak bersandarkan nama ibu bapanya, anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abd. Rahman ini mahu menjual vokalnya sendiri.
Dia sedar itulah cara yang paling tepat untuk bakatnya dihargai secara telus dan bukan kerana dia anak orang kenamaan. Dia ialah duta kepada namanya sendiri.
Najwa juga bangga dapat berganding suara dengan Maliq untuk lagu Kau Yang Punya. Persetujuan kolaborasi itu, katanya, dicapai menerusi mesej-mesej di laman sosial Myspace.
"Saya suka berkolaborasi. Tetapi saya juga tidak mahu gunakan nama orang lain untuk menaikkan nama saya sendiri.
"Malah membina nama sendiri dapat memberi kepuasan," jawabnya apabila ditanyakan amalan 'featuring' dalam dunia nyanyian terutama hip hop atau jazz.
Buat masa ini, dalam usaha membina nama 'Najwa' itu sendiri, dia sedang berkira-kira untuk membikin sebuah album mini
"Saya sudah menulis beberapa buah lagu sejak usia 16 tahun. Untuk album, saya sedang merancang untuk memasukkan sekitar tujuh buah lagu yang saya tulis sendiri.
"Sekarang dalam proses mencari penerbit untuk album saya.
"Harap-harap bulan Mac atau April nanti dapatlah saya keluarkan album saya," ujarnya yang menulis lagu berdasarkan pengalaman cinta remajanya selain rakan-rakan terdekat.
Najwa mungkin sudah biasa berdikari dan menimba pengalaman di luar negara.
Tetapi sejauh mana dia bersedia berhadapan tradisi hiburan tanah air bahawa peminat bukan hanya mahu tahu latar belakang seni tetapi lebih daripada itu.
|
|
"Saya bersedia. Tetapi fokus saya adalah muzik dan bakat. Saya tahu dalam hiburan, hal peribadi akan terbawa sama namun penegasan saya untuk dunia hiburan adalah 'saya di sini kerana muzik'" jelasnya.
Pada akhir pertemuan dengan penyanyi baru berjiwa besar ini, dia mengingatkan saya kepada penyanyi Liza Aziz - kaya dengan bakat dan suar
saya tak gun nama bapak..... tapi duit bapak saya nak guna buat album.... hehehe
ReplyDeleteitu le dia beza antara anak pemimpin umno dgn PAS.....macam mana nak tegakkan islam.....anak sendiripun tak tutup aurat......
ReplyDeleteDUIT RAKYAT JADI GAJI BAPAK DIA
ReplyDeleteDUIT GAJI BAPAK DIA HANTAR DIA BELAJAR
HABIS BELAJAR JADI PENYANYI
DAH TU BUAT KONSERT ALBUM DLL DAH TU DAPAT DUIT
BANYAK TOL INCOME KERABAT KERAJAAN NI
hahaha anyway...sedap sangat ke suara si gemok ni.. wahahahaha
tolonglah tpm selamatkan anak dara muslimah kau ni dari api neraka.belilah tudung tutup aurat,dayus tak masuk syurga,,kan masuk syurga menjadi idaman setiap mukmin keculi mereka yg enggan.tak payah nyanyi2 lagi ambil saja makan hasil negara yg bapa kau rompak,lepas tu istighfar banyak2...adakah ni natijahnya beri makan duit rompak rakyat?
ReplyDeletexde pekdahnye lu org nk tegur.impact kecik sgt,klo ad pon,abis2 wat bahan lawak je sudey.baik korg pk kn
ReplyDeletesolution homeless kt kl.ak tgk mjlh 3,rs nk mnitis air mata pon ad.PAS ptt selesaikn mslh2 mcm 2.mcm hizbullah,walaupn diorg syiah,amik yg baik.klo bg sdekah xselesai mslh.ptt buat module ekonomi.
at least klo nk claim biar PAS kalah,islam menang..sjuk sikit hati ak.ini dok fokus org xpkai tudung,walhal islam 2luas lg.nabi dakwah pon byk gune akhlak.
dgn taktik dakwah mcm ni,myb muslim
rmai xkesah,tp byk org kafir yg tertarik dgn islam.ini asik bashing org xpkai tudung,asik menghukum,xde hikmah.org kafir dok pk,islam ni psl tudung je ke?
tak de kutuk ahli politik lagi ke bro dah tak de modal ke
ReplyDeleterakuban said...
ReplyDeleteislam ni psl tudung je ke?
kapir ke ko ni.. isu yg ade dalam Quran.. kecik macam mane pun.. patut dibesarkan.. xde ilmu baik senyap jer..
ak bukn ckp,tdung xpenting..jgn tegur org xpkai tdung.tudung pon kne tegur,bnde lain pon kne bwt.iman xsmpurna klo ad jiran lpar.ini ad sp2 buat sumting?
ReplyDeleteJURUTAIP DIRUMAH DIPERLUKAN: RM3,800 SEBULAN (PENDAFTARAN PERCUMA)
ReplyDeleteSahabat Sekalian,
Sedang mencari kerja atau perlukan duit yang lebih????
Kami bayar sehingga USD 1000 = RM 3,800 atau lebih secara bulanan.
Kami menawarkan kepada anda peluang pekerjaan di rumah seperti Menaip/kerani/setiausaha/penyelia/pelatih/Peg. Pemasaran/pengurus.
Pengalaman tidak perlu. Boleh menaip. Tiada had umur.boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sepenuh masa atau part time.
Berminat atau ingin mengetahui dgn lebih lanjut!!!
Sila ikuti 3 langkah mudah seperti dibawah:
1- Klik button reply pada email anda
Pasti kan email dialamatkan ke : fast_advertise@yahoo.com
Cc: (jurutaip2010@yahoo.com)
2- Dengan perkataan anda sendiri, sila tulis samada anda berminat atau tidak dengan tawaran kerja ini
(ingat!!! Jgn tulis jawapan anda pada ruangan subject)
3- Sebelum Klik butang send, sila pastikan email iklan ini juga disertakan sekali.
Setelah anda memenuhi 3 langkah diatas dan menghantar email berkenaan, seperti yang diminta, kami akan menghubungi anda dengan maklumat terperinci seperti yang diperlukan.
Terima kasih.
yelatuu.. pastu ko suruh org tu bank in duit sbg deposit nak kerja.. siap jer keje.. payment pun senyap kan.. kawan aku baru je kene.. berhati2la..
ReplyDeleteni sure malas nak kerja ni.... kata ada kelulusan electrical engineer.... takkan susah dapat kerja kot yg nak jadi penyayi ni....
ReplyDeletehok alurh...wat malu bpk die je
ReplyDeletewhai kengkawan,jdkan lah ini tauladan....takbirr!!!
eh eh cian bpak diekan .malu toi
ReplyDeletewahai kengkawai jadikn lah sbgai tauladan........takbir!!!
eh eh cian nye bapak die...
ReplyDeletewahai kengkawan jdkn lah ia sbg tauladan...takbir!!!
餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 關島蜜月 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體
ReplyDelete