Skip to main content

Ostad Azizan kata yang buat hal dalam PAS semua yang baru.

Oleh : AdukaTaruna

Masa gua dalam proses terlentang sebab demam, banyak masa gua habeskan dengan membaca (BM la beb. Hehe). Sampai gua tak tahu kenyataan Ostad Azizan dalam akhbar yang mana.

Ostad cakap, perlembagaan tak payah ubah. Cadangan Tuan Ibrahim buang masa. Tak payah layan. Benda tu dah lama macam tu dan masih relevan. Yang buat hal semua ahli PAS yang baru. Lebih kurang camtu la.

Gua tak setuju sungguh la bab tak perlu ubah perlembagaan atas sebab hujah yang dia berikan. Macam gampang gua rasa time tu. Maybe sebab gua demam kot. Benda yang kita nak perbaiki atau pertahankan bukan atas dasar benda tu sejak azali dah macam tu atau benda tu ada sentimental value atau benda tu adalah sejarah. Ini melibatkan sistem. Takan sejak dulu zaman Ostad pakai bulu ayam nak kekal pakai bulu ayam sedangkan dah tercipta atau sudah ditemui benda lebih kaizen dari itu, yakni pen.

Lagi satu, memang betul antara Tuan Ibrahim dengan brother yang kritik keputusan Tuan Ibrahim tu, Tuan Ibrahim lagi lama.... tapi antara Hasan Ali dengan Khalid Samad? Siapa lama? Hadoiyaii... ni MB negeri siapa ni? Angkat tangan. IQ tahap perwakilan PAS tahun 60an sungguh la.

Satu sistem yang perlu dikaizenkan bukannya bergantung kepada :
  1. Baru-lama keahlian
  2. Sentimental value
  3. Bapak aku yang daraf, takan aku nak batalkan draf bapak aku?
Buatlah kajian dan dapatkanlah pandangan. Dari cendekiawan dulu. Prof Bari contohnya. Then dari akar umbi. Then buat poll terbuka. Apakah perlu ubah perlembagaan berkaitan dengan Lembaga Disiplin. Kemudian, ubah tak ubah satu bab lain.

Tapi bab yang ni, N3 yang ini, ialah kekuatan IQ Ostad Azizan untuk tajuk yang dibincangkan ini. Contoh. Apsal Ostad tak setuju perlembagaan ubah?

"Err.. sebab perlembagaan tu dah lama. Ubah hak yang lama macam mansuhkan PAS. Nanti kecik hati pejuang PAS lama yang dalam kubur. Lagi pun yang buat hal ni semua bebudak baru jer. Orang2 lama semua akur."

Abah lu. Orang lama pembolehubah dia ialah tiada maklumat. Orang baru pembolehubah dia ialah ada maklumat. Zaman lu dulu Otad; orang besar PAS buat hal, 3 bulan baru orang tak berapa besar PAS dapat tahu. Zaman skang Ostad, orang besar PAS nak buat hal esok hari, semalam lagi dah kantoi. Yang kelakarnya, bila dah kantoi, jempot blogger UMNO plak tu. wala kejadah apa?

Comments

  1. ayat tu jaga-jaga sikit bro kes lama tak selesai masuk kes baru pulak

    ReplyDelete
  2. dalam organisasi satu benda yang susah nak ubah.... budaya organisasi..... orang lama biasanya akan selesa ngan budaya organisasi asal organisasi..... walaupun budaya tu dah lapuk n tak seswai ngan keadaan semasa.... sama la ngan PAS.... kalau mintak kaji perlembagaan mesti ada orang lama menentang..... biasa la tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu